Ya ALLAH..Ya Tuhanku..
Ampunkan segala dosa-dosaku....dosa kedua ibu bapaku..guru-guruku serta muslimin dan muslimat samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..
YA RAHMAN..
Kau berikanlah taufiq dan hidayah kepadaku..
Janganlah kau pesongkan hatiku dari mengingatiMu..
Kau berkatilah setiap rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku..
Kau jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu..
YA RAHIM..
Aku berlindung di bawah lembayung rahmatMu..
Kau permudahkanlah perjalanan hidupku..
Kau berkatilah ilmu-ilmu yang telah aku pelajari..
Permudahkanlah aku memahami dan mengingati apa yang sedang aku pelajari..
Gembirakan hatiku kerana menuntut ilmuMu..