"Bukan ku damba segigih Siti Hajar, sesetia Khadijah, sesabar Asiyah, secantik dan secerdik Balqis, setulus kasih Zulaikha, sejujur Aisyah, seteguh hati Fatimah, sesufi Rabiatul Adawiyah mengabdikan diri dilorong sufi, bkn jua Ainul Mardhiah pembakar semangat mujahid, kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa, kerana aku hanya pengembara diakhir zaman, tapi cukuplah sekadar aku mencontohi bunga-bunga itu kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga, dan aku bukanlah yang baik tapi mencuba untuk lebih baik dalam kembara ini untuk aku kembali ke negeri abadi. Ku mohon redha dan rahmat-Mu mengiringi kembara ini''