Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik dan merupakan pelajar yang masih belum habis-habis belajar dan hamba pun kurang arif mengapa terjadi begitu. Katanya sayangkan ilmu tetapi keputusan peperiksaannya tidaklah sehebat mana. Mungkin kerana sifatnya lambat memahami pembelajaran yang diajar telah membataskan semangat yang dimiliki anak muda ini. Semoga di tahun 2010 (ini dikatakan tidak adil kerana 20 menentang 10) dapat memberi sinar kejayaan kepada beliau. Hamba pun berharap begitu juga.