JIKALAU ADA DULANG DITANGAN,
JANGAN BIAR JATUH TERHEMPAS,
JIKALAU ADA SENJATA DITANGAN,
JANGAN BIAR ORANG RAMPAS,
TEMPENA NIPIS NAMA ASAL KU,
BESI TUA DI TANAH JAWA,
HIDUP KEMBALI KEBUDAYAAN BANGSAKU,
TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA..
Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan haruslah diserta
Seni Gayong payung pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purbakala
Ilham menyusun zahir semula
Lembaganya bersih nyawanya suci
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia junjunglah tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri
Gayong mencantum bersatu padu
Mengingatkan junjungan empunya seru
S