Izinkan aku untuk menjelas sesuatu kepadamu wahai pembaca (sekiranya ada pembaca), supaya tidak kau terus meronta dalam pelbagai persoalan, tidak juga bertarung dengan tanda tanya. Usahlah dikau mencari siapa diriku, tetapi yakinlah sepenuh hati, ini adalah ketentuan yang terjanji antara kita berdua yakni kau tidak mengenaliku, dan tidak juga aku mengenali dirimu.
jika ada benci di hati, katakanlah padaku,
relaku terima walau kutukan,
asalkan aqidah terjaga,
kerana tidak sanggup lagi,
mempermainkan dustur Ilahi,
hakikat hati tak terluka,
walau zahirnya ada yang ketawa.