*~ Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba...~*
Tika mata diuji manisnya senyuman
terpamit rasa, menyubur harapan
Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
dibuai lambut belaian cinta
Rela aku pendamkan impaian yang tersimpan
enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya merampas rasa cinta
pada DIA yang lebih sempurna
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerana tak upaya kuhadapinya
Andai murka-NYA menghukum leka
Di atas nama cinta pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-NYA
Biar sendiri hingga hujunga nyawa