Sekiranya di dalam diri kita penuh sarat dengan kesalahan orang lain terhadap diri kita dan hati kita pula menyimpannya dengan mengunci kuat, rapat dan kemas tanpa mahu memaafkan serta kita melupakan pula sifat Allah yang terpuji iaitu Pemurah dan Penyayang ( Al-Rahman dan Al-Rahim). Dalam pada itu kita bertahajjud,sujud,memohon supaya segala dosa kita diampunkan Allah, sedangkan kesalahan orang lain kita enggan maafkan, adakah Allah akan memaaf dan mengampunkan segala dosa kita itu? Adilkah kita meminta-minta daripada Allah begitu? Bila difikir-fikirkan, rasanya sukar bagi kita hendak mendapatkan keampunanNya dalam keadaan demikian, apapun.... Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Wa