Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja
mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu derita hatimu,
retaknya hatimu tapi
mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati
yang sebeginilah selalunya lebih lunak
dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya..(<3.<3)v