3. Setiap tamadun mempunyai sifat, pencapaian serta
keunikan yang tersendiri.
Sesebuah tamadun menerima pengaruh luar melalui
interaksi dengan tamadun lain.
Interaksi berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan
insan di sepanjang sejarah.
Interaksi ini melahirkan kesan positif dan negatif
4. Interaksi berlaku melalui proses tertentu dan dengan
pelbagai cara yang berbeza.
Wujud kerana sifat saling menghormati dan toleransi
yang tinggi.
Sifat terbuka ini memberi peluang kpd berlakunya
percambahan pemikiran dan budaya serta
memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai
aspek.
Ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun drpda
mnjadi beku dan jumud.
6. Interaksi yang berlaku secara harmoni
tanpa ada pertembungan terbuka
antara budaya tempatan dengan
budaya yang dibawa masuk sama ada
oleh masyarakat tempatan sendiri atau
sebaliknya
7. ISLAM, YAHUDI, KRISTIAN
Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah
Madinah) yg digubal oleh Nabi Muhammad
(saw), hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta
penganut-penganut agama lain telah diberi
perlindungan. Diberi kebebasan mengamalkan
tuntutan agama mereka tanpa gangguan
Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis
dan ahli intelektual daripada kalangan
individu-individu Yahudi dan Kristian
8. INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA
DENGAN TAMADUN CINA
Agama Buddha disebarkan ke negara China
melalui interaksi ini
Terdapat kemahiran teknologi membuat gula
daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China
Astronomi India turut diperkembangkan di
negara China oleh ahli-ahli astronomi India
9. INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM
DENGAN TAMADUN CHINA
Memperlihatkan kesan positif melalui
perdagangan
Berlaku perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang dengan wanita-wanita
tempatan
Wujud penyebaran agama Islam di negara
China yg akhirnya mewujudkan komuniti Islam
tempatan Cina
10. INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM
DENGAN TAMADUN MELAYU
Agama Islam tersebar di Kepulauan Melayu
Muncul kerajaan-kerajaan Islam tempatan di
Pasai, Melaka, Acheh, Johor-
Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mat
aram dll
Tamadun Islam mengubah pandangan hidup orang-
orang Melayu
Membawa tulisan Jawi yg berperanan dalam
perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu
Pengaruh dari segi
perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan spt
pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yg digunakan
dalam BM
11. INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA
DENGAN TAMADUN MELAYU
Tamadun China membawa teknologi
membuat gula daripada tebu ke Kepulauan
Melayu, perusahaan sutera, membuat
tembikar serta pertukangan logam
Interaksi berlaku melalui 2 cara, iaitu secara
aman dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti
perdagangan, emigrasi dan hubungan
diplomatik
12. INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA
DENGAN TAMADUN JEPUN
Agama Buddha dari negara China dikembangkan dalam
tamadun Jepun. Ajaran Buddha ini diasimilasikan dengan
agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto.
Kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun.
Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun
Tamadun China meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara
tertentu di Jepun spt upacara minum the
Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan
dalam tamadun Jepun telah memantapkan lagi institusi
keluarga Jepun
Interaksi berlaku secara aman dan asimilasi tamadun China
dalam tamadun Jepun telah memperkukuhkan indentiti
tamadun Jepun
15. Hubungan antara orang-orang Kristian dan
Yahudi telah mengalami kemerosotan
Kesan : pembunuhan orang Yahudi secara
beramai-ramai
Perbezaan
agama
Faktor Ketidak seimbangan
ekonomi
Sosial
Zaman pertengahan di Eropah, hubungan orang-
orang Kristian dan Islam juga merosot.
Perang Salib ( Pemerintah Kristian melancarkan
perang ke atas org Islam )
17. Hubungan antara penganut Islam dan Hindu
sentiasa berada dalam keadaan tegang
Terdapat peristiwa org Islam dibunuh dan
masjid dimusnahkan oleh raja India yang
beragama Hindu.
Keadaan yang sama berlaku kepada penganut
agama Hindu.
Cth : raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
mengharamkan pembinaan kuil dan
mengharamkan beberapa upacara keagamaan
Hindu.
19. Dpt lihat konflik terutama semasa agama
Buddha mula diperkenalkan ke dm masyarakat
China. ( Dinasti Han Timur )
Kemasukan agama mendapat tentangan dari
cendiakawan Konfusianisme
Sami Buddha telah dikurung dan kuil Buddha
dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama itu.
21. Cth: tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih
tlh mengalahkan angkatan tentera dibwh pimpinan
oleh kao Hsien-Chih.
Permusuhan tercetus kerana rasa tidak puas hati
terhadap percapaian ekonomi pihak bertentangan.
Abad ke-8 masihi, penduduk Han di tenggara China
telah mewujudkan permusuhan dengan orang Islam.
( iri hati dengan kemewahan org Islam )
758 dan 876 masihi, berlaku pemberontakan. (ramai
org Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton)
Kesan: ramai org Islam dari China dan berhijrah ke Asia
Tenggara.
22. Hbgn org Islam dengan penduduk tempatan
China turut terjejas sms pemerintahan Dinasti
Ching. ( pengukuhan ajaran Konfusianisme)
Org Islam mendapat layanan yg tdk adil.
Rasa tdk puas hati penganut Islam disokong
oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum
Muda atau Wahabi.
Menyebabkan berlaku beberapa siri
pemberontakansms pemerintahan Dinasti
Ching. ( p. Sinkiang I , p. Kansu, p. Jehangir
dan lain-lain)
23. Kepemimpinan
Sikap
Misi
golongan
politik
agama
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
HUBUNGAN
ANTARA
TAMADUN
Kedudukan
Perdagangan
geografi
Perkahwinan
24. KEPEMIMPINAN
Faktor terpenting mempengaruhi interaksi -
pemimpin @ raja yang adil dan toleran, interaksi
akan berlaku dalam keadaan aman dan damai.
Fenomena sebaliknya berlaku sekiranya pemimpin
bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi
kepada rakyat jelata.
25. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di
kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah:
pemimpin Sikap/ cara memerintah pemimpin Sikap/ cara memerintah
Nabi Tidak menyekat orang Sultan Bertindak keras terhadap
Muhammad Yahudi dan Kristian dalam Shamsuddin penganut Hindu.
SAW pemerintahan Madinah, Altamish di
sebaliknya hak mereka India
dilindungi undang-
undang.
Kerajaan Bertoleransi kepada Han Wu Ti Melaksanakan dasar
Islam penganut Hindu malah (Dinasti Han) memihak kepada
Ghaznawi, pegawai dilantik dari cendekiawan
Delhi, dan kalangan mereka. Confuciunisme
Moghul di berbanding sami Buddha.
India
26. SIKAP GOLONGAN AGAMA
Faktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan
hidup beragama secara harmoni.
Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat
beragama tamadun Asia.
27. Golongan agama Para ulama
dalam Tamadun Islam
Berteraskan agama Hindu
Tamadun India
Minoriti kasta Brahmin
Golongan agama
dalam kepercayaan Sami
Buddha
Golongan agama
dalam fahaman Paderi
Kristian
28. Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan
suasana harmoni dan memberi penekanan sifat
keinsanan.
Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang
dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu
memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi.
Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam
(pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk
Alam Melayu.
29. Mereka juga telah membentuk pendidikan formal
dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali
dengan pelbagai nama seperti
pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh).
Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu
seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan
lain-lain.
30. KEDUDUKAN GEOGRAFI
Sejarah membuktikan kedudukan geografi
memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi
antara tamadun bentuk muka bumi & kemudahan
perhubungan.
Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi:
31. i. Cina: Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana
terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat
dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah menyebabkan Cina
mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun ke-3
Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina
dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan
laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan
Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini membolehkan
kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan.
Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di
Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.
32. ii. Pelabuhan Melaka Kedudukan geografi yang
strategik dan terlindung dari angin monsun
menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan
persinggahan para pedagang. Semasa singgah di
pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan
aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.
33. PERKAHWINAN
Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi
dengan pedagang Arab sehingga terdapat sebilangan
pedagang yang telah berkahwin dengan gadis
tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam
Melayu untuk beberapa waktu sementara menunggu
peralihan angin monsun.
34. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus
ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan
wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang
beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan
terlebih dahulu.
Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja
mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang
Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam.
35. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di
kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah.
Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar
Shah dengan Puteri Pasai.
36. PERDAGANGAN
Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi
antara tamadun. Sebagai contohnya hubungan
perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui
jalan darat dan laut.
Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan
seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan
Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou.
Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini.
37. Selain itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India
dengan rantau Alam Melayu sejak kurun pertama
masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama
wilayah Asia Tenggara dicatat dalam kitab Ramayana
seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud
Semenanjung Emas dan Suvarnabhumi yang
bermaksud Bumi Emas.
38. MISI POLITIK
Berdasarkan catatan sejarah, Melaka hubungan
diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak tahun
1404 M.
Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan
Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari
ancaman Siam.
39. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di
rantau Alam Melayu yang bertujuan politik secara
tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau
Alam Melayu.
Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama
kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain
seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.
41. Berlaku pd abad ke-2 sebelum Masihi.
Ajaran Buddha dihasilkan dlm tamadun India &
disebarkn ke dlm masyrkt China.
Pd awalnya kurang diterima kerana ajarannya
tidak sesuai dgn institusi keluarga, politik, etika
serta moral msyrkt China yg tlh diresapi flsfh
China terutmanya flsfh Konfusianisme.
42. Kemudian mengalami proses penyesuaian dgn
tradisi & budaya China tetapi x mnjejaskn prinsip
asasnya.
Maharaja Han, Ming Ti seorg pnganut agma
Buddha yg diktakn mndpt mimpi ttg agma
tersebut.
Penyebaran agama Buddha ke China mencapai
kemuncak pda zaman pemerintahan Dinasti Han
(zaman Han Timur).
43. Faktor Interaksi Tamadun
China & India
Agma Buddha mndpt smbutan pd zaman Dinasti
wei Utara (386-564M).
Disebabkan :-
Golongan cendiakawan Konfusianisme tidak lagi
berpengaruh dlm pentadbiran kerajaan.
Berlaku huru-hara dlm msyrkt China, oleh itu
agama Buddha mnjadi sumber kerohanian yg
penting pd masa itu.
44. Ajaran Buddha ttg penderitaan & cara
mengatasinya sehingga melepasi penderitaan
tersebut iaitu mencapai nirvana berperanan sbgai
ubat kpd rakyat.
Mazhab Buddha Mahayana bkembang sbgi ajrn
Buddha yg dipengaruhi oleh unsur族 pnyembahan
Dewa tmpatan.
Tokoh agma Buddha berketurunan China yg
terkenal ialah Fa Hsien, Hsuan Tsang & I-Tsing yg
mengembara ke India.
45. Kesan Interaksi Terhdp Tamadun China
Karya dri India diterjemahkn & pghasilan karya ttg agma
Buddha oleh org China.
Bberapa alat muzik & struktur India diasimilasikn dlm
Tamadun China .
Muzik & tarian India mnjadi tarian pling popular di istana
& di klgn bangsawan China.
46. Kesusasteraan yg terhasil sperti kitab ajrn agama Buddha.
Puisi, cerita dongeng, kisah tauladan, kias ibarat, yg
berkaitan dgn agma Buddha mpengaruhi penulisan sastera
China.
Menyumbangkn perbendaharaan kata Sanskrit & Pali dlm
bhsa Cina.
Perkmbgn pengajian fonetik bhsa Cina yg sgt penting
semasa zaman Dinasti Sui.
47. Kesan Interaksi Terhdp Tamadun India
Bberapa ciptaan sains & teknologi org China bkembang dlm msyrkt
India. Cth, teknologi pembuatan kertas, bhn letupan, percetakan, &
penggunaan kompas.
Interaksi yg turut berlaku ialah melalui usha penterjemahan. Cth, 60
koleksi ilmu astronomi India diterjemahkn ke dlm bhsa Cina pd zaman
Dinasti Sui.
China mdptkn khidmat ahli族 cendiakawan India, cthnya gautama ( ahli
astronomi India) diambil berkhidmat dlm G Dinasti Tang. Beliau
mperknlkn sis kalendar China yg > tpt drpd thun 727 M. Jwtn tersebut
dipegang oleh keturunan beliau selama 4 generasi.
48. Ajrn Buddha dibukukan dlm kitab Tripitaka yg
meliputi Mahayana & Hinayana.
Prhubungan antra kedua tamadun terus
berlangsung wlupun selepas kemerosotan agma
Buddha di India pd abad ke-10 M.
Pkembgn sterusnya > bsifat diplomatik & pdgn.
50. Interaksi melalui perdagangan. Pedagang-
pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan
penting dalam interaksi ini.
Terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap
di China.
Berlaku perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang dengan wanita tempatan
Penyebaran agama Islam di negeri China yg
akhirnya mewujudkan komuniti Islam
tempatan China.
51. Muncul cendekiawan Islam tempatan yang
mahsyur spt Liu Zhi dan Mha Zhu
Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan
kepada ibubapa dan raja dan nilai-nilai moral
yg terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah
dijadikan landasan utk memperkenalkan
agama Islam kepada masyarakat China.
Mendapat ilmu pengetahuan spt pengetahuan
tentang perubatan, astronomi, farmasi dan
beberapa pengaruh tamadun Islam di China
52. Dari segi seni bina telah menyumbang kepada
pembinaan beribu-ribu masjid dewan
membaca al-Quran
Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri
reka bentuk Arab dan China
Reka bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih
dipengaruhi oleh kuil atau istana China
54. Berlaku melalui Korea sms zaman Raja Packhe
memerintah Korea.
Pernah meminta bantuan Jepun mengatasi pihak
utara.
Pada 405 masihi, Raja Pakche telah menghantar
beberapa orang penasihat ke istana Yamato.
Golongan-golongan penasihat ini membawa
bersama mereka tukang-tukang mahir dalam
peleburan logam dan lain-lain.
Tahap penting dlm perkembangan intelektual
Jepun.
Raja Pakche telah mengirimkan pemberian
dokrin dan patung Buddha ke Jepun.
55. Kesan positif : sistem tulisan
Tulisan china telah digunakan sebagai
perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan
kesenian dalam masyarakat Jepun membawa
kepada perkembangan intelektual.
Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod
mengenai mitos agama Shinto dan rekod
pentadbiran Jepun.
Tulisan China digunakan untuk membentuk bunyi
bahasa Jepun.
Nihonshoki rakaman rekod pentadbiran Jepun
adalah tulisan pertama yg dihasilkan di Jepun
56. Kesan positif : perkembangan seni sastera dan
muzik Jepun
Asimilasi tulisan China telah membawa kpd
kemunculan tulisan asli Jepun ( Hiragana dan
Katakana )
Bnyk perubahan kpd budaya masyarakat
Jepun.
Kesan paling PENTING : pengenalan agama
Buddha
Shotoku Taishi - tokoh penting yg tlh
memperkukuhkan kedudukan agama Buddha
di Jepun.
57. Ajaran Konfusianisme juga salah satu interaksi
antara Tamadun China-Jepun
Tahap pertama perkembangan pendidikan
China di Jepun
Kandungan ajaran Konfusianisme menjadi
teras kpd pendidikan China.
Usaha drpd pemerintah Jepun menghantar
pegawai Jepun utk mendapat pendidikan dan
latihan di China.
Perkembangan seterusnya ialah tahap Neo-
Konfusianisme.
58. Kesan : sistem pentadbiran berpusat
Pemerintah Soga telah mewujudkan sebuah
kerajaan diraja berpusat, gerakan pembaharuan
Taikai dan kerajaan Jepun kemudiannya.
604 masihi, Soga telah berjaya mengawal istana
dan mengisytiharkan kedaulatan unggul maharaja
ke atas semua rakyat termasuk golongan
bangsawan.
607 masihi, pegawai pegawai kerajaan yang layak
telah dihantar ke negeri China utk belajar
702 masihi, sebuah perlembagaan yg berasaskan
undang-undang Tang tlh digubal
59. Kesan : stuktur pembinaan bandar pemerintahan
Jepun amat dipengaruhi oleh struktur pembinaan
bandar di China.
Proses penyesuaian dan asimilasi atau E.L Farmer
menggunakan istilah domestication( zaman
Heian)
Cth: sistem birokrasi.
Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun
turut mengalami perubahan.
Konsep mandat dari syurga telah digunakan
untuk memperkukuhkan raja bukannya
keterangan terhadap perubahan pemerintahan
dari satu dinasti kpd dinasti yg lain
60. Agama Buddha turut mengalami asmilasi dgn
agama asal org Jepun iaitu Shinto.
Shinti mengiktiraf kewujudan dua agama ( dewa-
dewa luar dan dewa-dewa tempatan )
Agama Buddha yang berkembang di Jepun ialah
ajaran Buddha Mahayana yg turut menerima
unsur penyembahan tempatan.
Agama Buddha diterima sebagai agama rasmi
Jepun pada zaman Nara.
Abad ke-10, ajaran Buddha yang berkembang
ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha
sebagai lambang penyembahan penting.
61. Interaksi Antara Tamadun India
dengan Asia Tenggara
Secara teologi, interaksi ini telah memberi peluang
kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada
masyarakat Asia Tenggara.
Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting
dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di
Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.
Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia
Tenggara ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan
Brahmanisme.
62. Agama Hindu turut mempengaruhi sistem
pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan
kewujudan konsep devaraja.
Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja
setaraf dengan dewa.
Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di
Asia Tenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana
(agama Buddha Theravada).
63. Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan
perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti
yang dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama
Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya
pada abad ke-7 masihi.
Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia
Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos
menerima agama dari Mazhab Buddha Hinayana.
Kesan interaksi : Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali
yang berkembang di Asia Tenggara.
64. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di
istana.
Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana
menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara.
Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan
perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.
Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam
kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi
ini.
65. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan
penduduk Asia Tenggara secara amnya telah
menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara
meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai
kesan interaksi antara tamadun ini.
Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem
perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam
undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-
undang Melaka dan Perundangan Majapahit.
67. Hbungan AT & China berlaku sejak G Funan pd abad
ke-3 M. Disebut dlm rekod dinasti Qin(201-
206M), Han(206-220M) & Wu(222-280M).
Mncapai kemuncak pd zaman Dinasti Tang (618-907M)
d& Dinasti Ming (1368-1644M) .
Berlaku dlm suasana aman iaitu misi
diplomatik, emigrasi & pdgn, serta dlm suasana konflik
sprt peperangan .
68. Faktor Interaksi Antara Tamadun
China & Asia Tenggara
Hbungan antra Melaka & China mencpai
kemuncak semasa zaman kesultanan Melayu
Melaka melalui pengutusan wakil China &
Melaka.
Melalui pkahwinan puteri Hang Li Po dgn Sultan
Mansyur Syah.
69. Kesan Interaksi Antara Tamadun
China & Asia Tenggara
Melibatkn pngenalan bberapa brgn, mkanan & teknologi.
Melalui misi diplomatik & pdgn, org China pkenalkn
sutera, porselin, tembikar & mkanan sperti
taugeh, tauhu, kicap dll.
Teknologi persenjataan & membuat bhn letupan, membuat
gula, kertas, perlombongan & ptukangan logamturut
diperkenalkan.
Interaksi scara konflik blaku smasa zaman Dinasti
Yuan(1279-1368). Turut dikenali sbgi Dinadti Monggol
pernah menyerang kemboja (Myanmar) & Jawa pd abad
ke-13.
70. Vietnam pernah mjadi jajahan China mewarisi ciri budaya
China & sis pntadbiran brbentuk mandarin.
Ajaran Buddha Mahayana yg diamalkan di vietnam &
Buddha Thervada (Hinayana) di negeri族 jiran.
Emigrasi org Cina ke AT pd akhir zaman Dinasti
Tang, Sung, Yuan & Ming yg menyumbang kpd bidang
tamadun kebendaan kpd msyrkt AT melalui pengetahuan &
kemahiran.
Penghijrahan menyebabkn berlakunya perkahwinan campur
antra org Cina & penduduk tmptn AT yg melahirkn komuniti
peranakn mewarisi 2 budaya dri ibu bpa mereka.
Proses pembudayaan melibtkn peminjaman sprti dlm aspek
mknan, pkaian, teknologi, perkataan, dll .
72. Berkembang melalui perkembangan agama
Islam secara aman
Snouck Hurgronje merupakan cendiakiawan
yg mempelopori teori bahawa Islam di AT
datang dari India (terdapat batu nisan yg
dijumpai mempunyai corak yg sama ukiran
dengan batu nisan di Cambay/ Kembayat di
Gujerat
Teori kedatangan Islam dari China mengaitkan
AT dengan kewujudan komuniti China-Islam di
China sejak abad ke-7 M (S. Q. Fatimi)
73. Membawa kemunculan beberapa buah
kerajaan Islam tempatan spt Pasai, Melaka dll
Dari aspek kepercayaan, tamadun Islam telah
menarik minat penduduk di kepulauan AT utk
terima agama Islam
Membawa perubahan dari segi politik dan
pentadbiran. Konsep devaraja yg jadi
pegangan politik dan lambang daulat raja-raja
tempatan digantikan dengan konsep
khalifahtullah fit-ardhi (raja sultan)
74. Mempengaruhi undang-undang, contohnya
dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka
Perkembangan pemikiran dan intelektual-
membawa 1 tahap pendidikan yg lebih baik
kepada masyarakat AT (kandungan pengajaran
berkisar mengenai ilmu-ilmu Islam cth ilmu
syariah dan fekah)
Pengajaran ilmu pengetahuan islam dilakukan
melalui tulisan Jawi jadi pemangkin kepada
perkembangan intelektual dan pemikiran
masyarakat Melaka
75. Tamadun Islam mempengaruhi bidang seni
bina terutama seni bina masjid
Bentuk kubah potong bawah adalah pengaruh
seni bina Arab dan Parsi
Tamadun Islam juga membawa unsur seni
bina China dan India
77. Hubungan antara orang Arab dengan India telah
berlaku sejak zaman kerajaan Main dan Saba.
Hubungan perdagangan ( kain, pedang, hasil rempah )
Cara penyebaran pengaruh Islam adalah melalui
perdagangan.
Pengaruh Islam tersebar ke India melalui peperangan.
Tentera Islam telah sampai ke kaw. pantai Sind di India
sejak zaman Khalifah Umar bin al-Khattab.
Angkatan islam tawan Thana ttp gagal.
Menyerang Sind melalui jalan darat ( pemimpin
tentera Islam Abdullah bin Amir )
Sistan dan Makran tlh berjaya ditawan.
659 masihi, serangan ke Sind pimpinan al-Haris ttp
peperangan tersebut dihentikan apabila dia meninggal
dunia.
78. ke-8 masihi, berjaya menguasai Sind.
Berjaya menguasai Kabul dan Lahore sms
zaman Umayyah.
Muhammad al-Qasim memain peranan
penting dlm usaha penaklukan ke atas India.
Penaklukan Islam ke atas India tlh dilakukan
oleh pemerintah keturunan Turki dan Parsi-
Islam.
Operasi ketenteraan memberi peluang
kemunculan kerajaan Islam di India.
79. Tamadun Islam dan India berlaku amat pesat semasa
pemerintahan kerajaan Moghul.
Pentadbiran Akbar tdk membezakan antara org Islam
dengan bukan Islam.
Menggalakkan perkahwinan seorang puteri Hindu dan
juga telah meminang puteri-puteri Hindu utk
dikahwinkan dgn puteranya.
Menggalakkan program-program perdebatan agama di
istananya.
Banyak dipengaruhi oleh penasihat iaitu seorang ahli
Sufi keturunan Parsi Abdul Fazal dan saudaranya Faizi.
Akbar tdk menperdalamkan pengetahuan Islamnya
sebaliknya menjauhkan dirinya dari cendiawan Islam.
Melahirkan satu agama sinkritisme drpd semua ajaran
yang dipelajari iatu agama Din-Illahi(Kesatuan
Ketuhanan)
tdk mendapat sambutan
80. Hubungan 2 tamadun ini membawa kepada
perkembangan kesusasteraan.
2 tokoh Islam yg memainkan peranan penting ialah
Zain-ul- Abidin dr Kashmir dan Husain Shah dr Bengal.
Cendiakawan Islam mempelajari mengenai yoga dan
Vedanta serta ilmu perubatan dan astrologi India.
Ahli astronomi India tlh meminjam terma
astronomi, pengiraan latitud dan longitud
bumi, pengiraan kalendar, bdg horoskop yg dikenali
sbgi Tajik dn bdg perubatan.
Sms zaman pemerintahan kesultanan Delhi bhs Urdu
tlh wujud hasil percampuran antara bhs-bhs
Hindi, Parsi, Arab dan Turki.
Salah satu lambang penting interaksi antara Tamadun
Islam dengan India.
81. Asimilasi antara budaya Islam dengan budaya
tempatan India sms zaman kesultanan Delhi tlh
melahirkan bentuk baru dalam seni kesusasteraan.
Interaksi antara Tamadun Turki-Islam sms zaman
Kesultanan Delhi dan Parsi-Islam turut memperkayakan
ciri-ciri seni bina India.
penggunaan mortar dan konkrit juga merupakan hasil
daripada pengaruh Islam.
Sebuah masjid yang terkenal iaitu Quwwat-ul Islam
telah dibina sms zmn pemerintahan Qutbuddin.
Qutb-Minar adalah penciptaan seni bina Islam dengan
ukiran ayat-ayat suci al-Quran yang indah.
Kehidupan harmoni dapat dilihat dalam aspek
pentabdiran.
82. INTERAKSI ANTARA TAMADUN
ISLAM DAN EROPAH
Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan
Sicily.
Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan
pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan
tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.
Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.
Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.
Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah
dengan Islam merupakan interaksi konflik.
Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini. Antaranya ialah:
83. Penindasan yang
dilakukan oleh
pemerintah
Kristian kepada
penganut Islam.
Faktor
berlakunya
Perang
Peranan paderi Salib
Kristian yang
menyeru orang-
Ketidakseimbangan
orang Kristian ekonomi.
untuk berperang
dengan orang-
orang Islam.
84. Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku
adalah kesan interaksi positif yang berlaku.
Penterjemahan buku falsafah Greek telah
menghubungkan orang-orang Eropah dengan
tamadun Greek (Yunani).
Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan
dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.
Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-
bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah
dikembangkan oleh cendekiawan Islam.
85. Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku
secara aman pada awalnya, diikuti konflik apabila
tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200
tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi).
Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman
gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi)
Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada
pertangahan kurun ke-7.
86. Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku
pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.
Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan Islam di Eropah.
Universiti-universiti Sepanyol di
Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi
pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian.
87. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti
falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang
berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi
pemikiran orang-orang Eropah.
Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-
karya penting dalam bidang seni muzik.
Pada abad ke-12, karya-karya mereka telah
diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang
kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini.
88. KESIMPULAN
Interaksi antara tamadun dpt mperkayakn
tamadun & mgelakknya drpda mjadi jumud,
beku & statik.
Hasilnya sesuatu tamadun yg bersifat terbuka
& dpt mengasimilasikan pengaruh luar akan
semakin berkembang sertamelahirkn prubhn族
penting.
89. Bagi tamadun yg lebih tinggi & lama, ia lebih
bnyak mempengaruhi @ meninggalkn unsur
penting kpd tamadun yg lbih rendah.
Tamadun yg lebih rendah pencapaiannya akn
lebih bersifat receptive, wlupun ia turut
mempengaruhi tamadun yg lebih tinggi.