"Hidup adalah gabungan antara BAHAGIA dan DERITA. Ia adalah menguji keteguhan IMAN seseorang. Malangnya bagi MEREKA yang hanya mengikut kehendak HATI tidak sanggup menerima PENDERITAAN."
Daripada Abdullah Ibn Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W. memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu. (Riwayat Al-Bukhari)