Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang lelaki. Saya tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting lelaki yang amat saya percayai untuk mendidik saya agar menjadi seorang isteri yang solehah dan anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. ♥