"Wahai Ikhwan ! Berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah suruhanNya dan jauhilah laranganNya. Bersikaplah dengan perangai yang baik Jadikan kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia, dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang Mukmin, dan dari sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang Soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari al-Quran dan betul-betul mengkaji serta mengulangi Sirah Nabawiyyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan orang yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan unt