Saya sangat suka memasak. Terutama untuk suami dan anak2. Masakan saya yang paling digemari oleh mereka ialah kari (ikan, ayam, daging), daging masak hitam atau rendang, ayam masak kicap atau merah. Suami saya suka makanan yang pedas. Sudah semestinya dia menggemari masakan yg pedas terutama sekali sambal tumis ikan bilis. Selain itu, suami saya juga sangat suka akan sup terutamanya sup tulang sapi atau sup ekor sapi. Hmmm... masak sup tulang dan sup ekor ni agak mencabar. Anda kena menjadi seorang yang penyabar kerana kedua2 sup ini mesti direneh dlm tempoh 4 jam dgn api yg sederhana. Haaa... tak caya? Kalau nak cepat, guna preasure cooker je... 1jam 45min dh empuk. Tp... rasanya x sesedap