Saya adalah insan biasa yang mengharap reda Allah swt.Kalau dia reda hidup saya di dunia,maka itu sudah terlebih cukup buat saya.Saya juga hamba yang bagaimanapun mestilah patuh kepada Tuhan yang telah menjadikan saya.
Kalaulah saya diberikan Tuhan untuk memegang jawatan yang kecil di atas dunia ini,maka itu tidak membezakan saya dengan insan lain kerana jawatan itu amanah.Saya mengharapkan ada yang mengucapkan takziah kepada saya kalau saya ada memegang jawatan supaya saya tidak sengsara di dunia dan menyesal di akhirat.