Saya bukanlah seorang yang pandai agama. Namun, saya bersyukur dikurniakan nikmat Islam setelah lahir ke alam dunia. Sedikit kesal kerana ketidak pandaian agama saya tidak pernah diperbaiki.
Saya pernah mendengar daripada seorang ustaz.
"Sebagai umat islam kita perlu sentiasa bertaubat. Taubat yang betul-betul taubat perlu disegerakan tanpa penangguhan. Allah tidak pernah hairan kepada kita melakukan maksiat, dosa dan sebagainya kerana kita memang dilahirkan sebagai manusia / insan yang sememangnya mempunyai sifat begitu. Kita juga bukan maksum, tidak perrnah melakukan maksiat seperti nabi. Tetapi Allah hairan kenapa sebagai manusia kita tidak bertaubat. Sejahat mana kita, kita m