際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
AKTIVITI PENGAJARAN BERDASARKAN PENGGOLONGAN KATA

(MUHAMMAD ALIFF SHAH B. IDRIS) 911219-14-6571

Pelbagai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang boleh dilakukan
berdasarkan penggolongan kata. Mula-mula kita lihat apakah yang dikatakan mengenai
penggolongan kata.

GOLONGAN KATA

Definisi penggolongan kata berdasarkan pakar-pakar bahasa Melayu dalam dekad ini.
Kita sudah sedia maklum bahawa semua perkataan bahasa Melayu terbentuk sama
ada melalui proses tunggal, pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan , boleh
digolongkan dalam beberapa golongkan kata yang mempunyai persamaan tertentu.
Menurut Mohd Rain Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan
penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua
kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa
Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas. Seterusnya,t Abdul Hamid Mahmood (2006) menjelaskan dalam bahasa
Melayu terdapat bermacam-macam jenis perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kita
gunakan dalam percakapan dan penulisan setiap hari. Selaku pelajar dan penggunan
bahasa Melayu kita perlulah mengetahui perkataan-perkataan tersebut supaya dapat
digunakan dalam ayat yang betul. Di samping itu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
(2008) menyatakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam
golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kritetia struktur fonologi atau bunyi ,
kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Selain itu menurut
Ahmad Khair (2012) menyatakan bahawa perkataan digolongkan dalam beberapa
golongan tertentu berdasarkan kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria
sintaksis dan kriteria semantik.Lazimnya perkataan digolongkan dalam kriteria sintaksis
dan kriteria semantik.Penggolongankata boleh juga disebut sebagai kelas kata, kategori
kata dan jenis kata. Kesimpulannnya penggolongan kata merupakan penjenisan kata
berasaskan fungi tatabahasa. Tentunya apabila beribu kata malahan ada yang berjuta
kata mengikut bahasa-bahasa tertentu apabila digolongkan dan dikategorikan akan
menjadikan sistem kata itu lebih sistematik untuk ditutur dan dipelajari.
Daripada 4 golongan kata dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas. Saya telah memilih kata adjektif untuk dijadikan sebagai bahan
bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). kita lihat pula apakah tajuk yang ada
dalam golongan kata adjektif ini.




KATA ADJEKTIF

Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan
cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat
benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat alam Bahasa Melayu
dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan
- memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan.
Contoh : orang jahat, budak pintar


2) Kata Sifat Warna
- membawa makna warna untuk menerangkan kata nama.
Contoh : langit biru, bibir merah.


3) Kata Sifat Ukuran
- menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek


4) Kata Sifat Bentuk
- menerangkan mengenai bentuk kata nama.
Contoh : jalan bengkok, mata bulat
5) Kata Sifat Jarak
- menerangkan kata nama dari segi ruang.
Contoh : jalan pintas, kawan jauh.


6) Kata Sifat Waktu
- memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh : makanan segera, rumah baru


7) Kata Sifat Cara
- membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama.
Contoh : air deras, hujan lebat


8) Kata Sifat Perasaan.
- memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata
nama.
Contoh : suka akan, penuh ragu


9) Kata Sifat Pancaindera
- terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh
: makanan lazat (konsep rasa)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN GOLONGAN
KATA ADJEKTIF

                          RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh           : 21 Mac 2013/Khamis                 Masa: 8.20 -9.20 pagi

Kelas            : Tahun 5 Cempaka                    Bil.murid : 22 orang

Mata pelajaran   : Bahasa Melayu

Tajuk            : Tanaman Organik

Objektif         : Pada akhir mata pelajaran, murid dapat:-

                  1) Menyenaraikan 20 kata adjektif

                  2) Mengesan kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang terdapat
                     dalam ayat.

Pengalaman       : Murid pernah belajar kata adjektif ketika berada dalam Tahun 4.

sedia ada



Konsep           : Kata adjektif menerangkan sifat manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan ,benda



Bahan            ;Buku teks, buku latihan, bahan maujud(petai,jering,pegaga,ulam raja)



Nilai            :Bersyukur



Kemahiran        Fokus utama             :8.1 Aras 1 (i)Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

                 Fokus sampingan         :9.1 Aras 1 (i)Mengeja dan menulis perkataan dan

                                                  rangkai kata yang dibacakan.
Langkah/         Isi               Aktiviti Pengajaran Pembelajaran                   Catatan
  Masa        Pelajaran
                               Aktiviti Guru             Aktiviti Murid
Set induksi   Tajuk:      1.Guru menunjukkan      1.Murid menamakan ulam
 (3 minit)    Tanaman       ulam-ulaman kepada      ulaman yang ditunjuk
              Organik       murid dan mereka        kan oleh guru iaitu petai,
                            dikehendaki             jering,pegaga,ulam raja
                            menamakannya

                          2.Guru meminta murid    2.Beberapa orang murid
                            menceritakan            menceritakan                 Didik Hibur
                            secara ringkas          pengalaman mereka
                            tentang pengalaman      makan ulam-ulaman
                            mereka makan ulam
                            ulaman.

Langkah 1                 1.Guru mengarahkan      1.Murid membaca
                            murid membaca           petikan bertajuk
(10 minit)                  petikan bertajuk        Misai Kucing
                           Misai Kucing

                          2. Guru mengarahkan     2.Beberapa orang murid
                             murid menyatakan       menyatakan maksud
                             maksud keseluruhan     keseluruhan teks
                             petikan tersebut.      menggunakan ayat
                                                    sendiri

                          3. Guru mengarahkan     3.Setiap kumpulan
                             setiap kumpulan        berbincang untuk
                             mencatatkan            mencari kebaikan
                             kebaikanMisai         Misai Kucing  pada
                             Kucingpada            kesihatan.
                             kesihatan.

                          4.Guru meminta setiap   4.Wakil setiap kumpulan
                            wakil kumpulan          membentangkan
                            membentangkan           hasil dapatan daripada
                            kebaikan Misai         perbincangan tersebut
                            Kucing                 iaitu:-
                                                    a) Menyingkirkan asid
                                                         urik yang berlebihan
                                                         dalam badan.
                                                    b) Melawaskan
                                                         pembuangan air
kecil
                                                       c) Menguraangkan
                                                          kadar kolestrol dan
                                                          tekanan darah tinggi
Langkah/        Isi                 Aktiviti Pengajaran Pembelajaran             Catatan
  Masa       Pelajaran
                              Aktiviti Guru             Aktiviti Murid
Langkah 2                1.Guru mengarahkan        1.Murid memberi pelbagai
(15 minit)                 murid menyatakan          maksud kata adjektif
             Kata          maksud kata adjektif      mengikut pemahaman
             adjektif                                masing-masing.

                         2.Guru menunjukkan        2.Murid menyatakan
                           petai dan meminta         bahawa rasa petai ada
                           murid menyatakan          lah pahit.
                           rasa petai tersebut.

                         3. Guru menjelaskan       3. Murid mendengar
                            kepada murid              penjelasan guru.
                            bahawa pahit
                            merupakan kata
                            adjektif iaitu sifat
                            sesuatu benda.

                         4. Guru menyuruh          4. Murid menggaris kata
                            murid menggariskan        adjektif yang terdapat
                            kata adjektif yang        dalam teks iaitu tirus,
                            terdapat dalam teks       tinggi, hijau.


                         5. Guru mengarahkan       5. Murid menyenaraikan
                            murid menyenarai          20 kata adjektif.
                            kan 20 kata adjektif      Contoh:-
                            yang mereka tahu.
                                                    -   Rendah
                                                    -   Merah
                                                    -   Panjang
                                                    -   Manis
                                                    -   Comel
                                                    -   Gelap
                                                    -   Harum
                                                    -   Bulat
                                                    -   Lazat
                                                    -   Busuk
Langkah/        Isi               Aktiviti Pengajaran Pembelajaran          Catatan
  Masa       Pelajaran
                              Aktiviti Guru            Aktiviti Murid
Langkah 3                1.Guru mengarahkan      1.Murid membina ayat
(20 minit)                 murid membina ayat      menggunakan kata
             Kata          menggunakan kata        adjektif.
             adjektif      adjektif.


                         2.Guru mengarahkan      2.Murid membaca ayat
                           murid membaca ayat      yang telah dibina.
                           yang telah dibina.
                         .

                         3. Guru mengarahkan     3. Murid menulis ayat
                            murid menulis ayat      pada ruangan yang di
                            yang telah dibina       sediakan mengikut
                            pada ruangan yang       kumpulan iaitu
                            disediakan pada         kumpulan cemerlang,
                            papan tulis.            kumpulan sederhana
                                                    dan kumpulan potensi.


                         4. Guru mengarahkan     4.Murid menyemak
                            murid menyemak         jawapan rakan dan
                            jawapan rakan.         mengesan kesalahan
                                                   dari segi ejaan,tanda
                                                   baca ,struktur ayat.



                         5. Guru memberi         5.Murid mendengar
                            ulasan berkaitan       penjelasan guru.
                            dengan
                            penyemakan
                            tersebut.
Langkah/        Isi                Aktiviti Pengajaran Pembelajaran          Catatan
    Masa       Pelajaran
                                Aktiviti Guru             Aktiviti Murid
  Langkah 4    Kata        1.Guru mengarahkan       1.Murid membuat
  (10 minit)   adjektif      murid menyenarai         tugasan seperti mana
                             kan 20 kata adjektif     yang diarah oleh guru.
                             dan memilih 6 dari
                             padanya untuk di
                             buat ayat.

   Penutup                 1.Guru meminta murid     1.Murid mencari barangan
   (2 minit)   Menciri       mencari barangan di      berbentuk bulat.
                             dalam kelas yang         Contoh:-
                             berbentuk bulat.         -pengasah pensel
                                                      -duit syiling
                                                      -penutup botol air
                                                      -permukaan jam tangan


                           2. Guru merumus isi      2.Murid mendengar
                              pelajaran hari ini.     penjelasan guru.



Refleksi:-

Murid kumpulan potensi kurang faham tentang kata adjektif.Guru terpaksa menunjukkan
bahan maujud yang ada pada mereka supaya mereka memahaminya. Begitu juga dalam
membina ayat.Mereka berkemampuan membuat ayat yang mengandungi empat patah
perkataan sahaja.Bimbingan individu adalah penting untuk membantu mereka
mengembangkan idea.
Jika kita lihat pada set induksi dalam Rancangan Pengajaran Harian(RPH) diatas. Kita
dapat lihat bahawa guru akan membawa bahan bantu mengajar(bbm) iaitu ulam-
ulaman sebenar untuk ditunjukkan kepada murid. Murid akan dapat merasakan sendiri
ciri-ciri atau sifat yang terdapat pada ulam-ulaman tersebut. Murid akan berasa seronok
untuk mencubanya sendiri dengan melihat dan menyentuhnya sendiri. Ini secara tidak
langsung dapat menarik minat murid untuk mempelajari tajuk yang akan diajar pada
hari itu iaitu kata adjektif. Pelajar akan sedar bahawa perkataan-perkataan yang biasa
mereka guna seharian dan sebut tadi merupakan sebahagian daripada kata adjektif itu
sendiri.

Kemudian kita lihat pula pengajaran pada langkah 2. Guru mengarahkan murid untuk
menyatakan maksd kata adjektif itu sendiri berdasarkan apa yang murid itu fahami
sendiri. Dari sini guru akan dapat mengetahui setakat manakah kefahaman murid
mengenai golongan kata adjektif, apa yang mereka tafsirkan sama ada tepat atau tidak.
Kemudian, guru menggunakan bbm petai pula untuk ditunjukkan kepada murid. Kali ini,
murid bukan sekadar melihat dan menyentuh sahaja. Malah, guru meminta murid untuk
merasai petai itu dengan lidah mereka sendiri. Murid akan menyatakan bahawa rasa
petai itu adalah pahit. Selepas itu, guru akan memberitahu bahawa rasa pahit juga
merupakan kata adjektif. Seterusnya, guru akan menerangkan dengan lebih mendalam
mengenai tajuk kata adjektif agar murid faham konsep dan maksud golongan kata
adjektif. Kemudian, guru dengan menggunakan bbm teks petikan Misai Burung guru
meminta murid menggariskan kata adjektif yang terdapat didalam teks. Kerana apabila
mereka sudah faham dengan betul barulah mereka boleh menjawab soalan atau latihan
yang diberikan oleh guru. Setelah itu, sebagai aktiviti pengukuhan lagi guru meminta
murid untuk menyenaraikan 20 lagi kata adjektif yang mereka tahu walaupun tidak
terdapat dalam teks petikan. Ini bukan sahaja dapat mengukuhkan kefahaman dan
ingatan murid. Bahkan, murid juga dapat mengembangkan fikiran mereka, tidak hanya
terkongkong dengan jawapan yang ada di dalam teks petikan sahaja. Ini secara tidak
langsung dapat meluaskan kefahaman mereka mengenai golongan kata adjektif.
BAHAN BANTU MENGAJAR

(GAMBAR)




Rajah 2 Petikan
                       Rajah 1 Petai & Ulam-ulaman

More Related Content

Morfologi individu alip

  • 1. AKTIVITI PENGAJARAN BERDASARKAN PENGGOLONGAN KATA (MUHAMMAD ALIFF SHAH B. IDRIS) 911219-14-6571 Pelbagai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang boleh dilakukan berdasarkan penggolongan kata. Mula-mula kita lihat apakah yang dikatakan mengenai penggolongan kata. GOLONGAN KATA Definisi penggolongan kata berdasarkan pakar-pakar bahasa Melayu dalam dekad ini. Kita sudah sedia maklum bahawa semua perkataan bahasa Melayu terbentuk sama ada melalui proses tunggal, pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan , boleh digolongkan dalam beberapa golongkan kata yang mempunyai persamaan tertentu. Menurut Mohd Rain Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Seterusnya,t Abdul Hamid Mahmood (2006) menjelaskan dalam bahasa Melayu terdapat bermacam-macam jenis perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kita gunakan dalam percakapan dan penulisan setiap hari. Selaku pelajar dan penggunan bahasa Melayu kita perlulah mengetahui perkataan-perkataan tersebut supaya dapat digunakan dalam ayat yang betul. Di samping itu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) menyatakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kritetia struktur fonologi atau bunyi , kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Selain itu menurut Ahmad Khair (2012) menyatakan bahawa perkataan digolongkan dalam beberapa golongan tertentu berdasarkan kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Lazimnya perkataan digolongkan dalam kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Penggolongankata boleh juga disebut sebagai kelas kata, kategori kata dan jenis kata. Kesimpulannnya penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungi tatabahasa. Tentunya apabila beribu kata malahan ada yang berjuta kata mengikut bahasa-bahasa tertentu apabila digolongkan dan dikategorikan akan menjadikan sistem kata itu lebih sistematik untuk ditutur dan dipelajari.
  • 2. Daripada 4 golongan kata dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Saya telah memilih kata adjektif untuk dijadikan sebagai bahan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). kita lihat pula apakah tajuk yang ada dalam golongan kata adjektif ini. KATA ADJEKTIF Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. 1) Kata Sifat Keadaan - memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar 2) Kata Sifat Warna - membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah. 3) Kata Sifat Ukuran - menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek 4) Kata Sifat Bentuk - menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat
  • 3. 5) Kata Sifat Jarak - menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh. 6) Kata Sifat Waktu - memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru 7) Kata Sifat Cara - membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat 8) Kata Sifat Perasaan. - memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu 9) Kata Sifat Pancaindera - terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa)
  • 4. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN GOLONGAN KATA ADJEKTIF RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 21 Mac 2013/Khamis Masa: 8.20 -9.20 pagi Kelas : Tahun 5 Cempaka Bil.murid : 22 orang Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Tanaman Organik Objektif : Pada akhir mata pelajaran, murid dapat:- 1) Menyenaraikan 20 kata adjektif 2) Mengesan kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang terdapat dalam ayat. Pengalaman : Murid pernah belajar kata adjektif ketika berada dalam Tahun 4. sedia ada Konsep : Kata adjektif menerangkan sifat manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan ,benda Bahan ;Buku teks, buku latihan, bahan maujud(petai,jering,pegaga,ulam raja) Nilai :Bersyukur Kemahiran Fokus utama :8.1 Aras 1 (i)Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Fokus sampingan :9.1 Aras 1 (i)Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan.
  • 5. Langkah/ Isi Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Masa Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Set induksi Tajuk: 1.Guru menunjukkan 1.Murid menamakan ulam (3 minit) Tanaman ulam-ulaman kepada ulaman yang ditunjuk Organik murid dan mereka kan oleh guru iaitu petai, dikehendaki jering,pegaga,ulam raja menamakannya 2.Guru meminta murid 2.Beberapa orang murid menceritakan menceritakan Didik Hibur secara ringkas pengalaman mereka tentang pengalaman makan ulam-ulaman mereka makan ulam ulaman. Langkah 1 1.Guru mengarahkan 1.Murid membaca murid membaca petikan bertajuk (10 minit) petikan bertajuk Misai Kucing Misai Kucing 2. Guru mengarahkan 2.Beberapa orang murid murid menyatakan menyatakan maksud maksud keseluruhan keseluruhan teks petikan tersebut. menggunakan ayat sendiri 3. Guru mengarahkan 3.Setiap kumpulan setiap kumpulan berbincang untuk mencatatkan mencari kebaikan kebaikanMisai Misai Kucing pada Kucingpada kesihatan. kesihatan. 4.Guru meminta setiap 4.Wakil setiap kumpulan wakil kumpulan membentangkan membentangkan hasil dapatan daripada kebaikan Misai perbincangan tersebut Kucing iaitu:- a) Menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. b) Melawaskan pembuangan air
  • 6. kecil c) Menguraangkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi Langkah/ Isi Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Masa Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Langkah 2 1.Guru mengarahkan 1.Murid memberi pelbagai (15 minit) murid menyatakan maksud kata adjektif Kata maksud kata adjektif mengikut pemahaman adjektif masing-masing. 2.Guru menunjukkan 2.Murid menyatakan petai dan meminta bahawa rasa petai ada murid menyatakan lah pahit. rasa petai tersebut. 3. Guru menjelaskan 3. Murid mendengar kepada murid penjelasan guru. bahawa pahit merupakan kata adjektif iaitu sifat sesuatu benda. 4. Guru menyuruh 4. Murid menggaris kata murid menggariskan adjektif yang terdapat kata adjektif yang dalam teks iaitu tirus, terdapat dalam teks tinggi, hijau. 5. Guru mengarahkan 5. Murid menyenaraikan murid menyenarai 20 kata adjektif. kan 20 kata adjektif Contoh:- yang mereka tahu. - Rendah - Merah - Panjang - Manis - Comel - Gelap - Harum - Bulat - Lazat - Busuk
  • 7. Langkah/ Isi Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Masa Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Langkah 3 1.Guru mengarahkan 1.Murid membina ayat (20 minit) murid membina ayat menggunakan kata Kata menggunakan kata adjektif. adjektif adjektif. 2.Guru mengarahkan 2.Murid membaca ayat murid membaca ayat yang telah dibina. yang telah dibina. . 3. Guru mengarahkan 3. Murid menulis ayat murid menulis ayat pada ruangan yang di yang telah dibina sediakan mengikut pada ruangan yang kumpulan iaitu disediakan pada kumpulan cemerlang, papan tulis. kumpulan sederhana dan kumpulan potensi. 4. Guru mengarahkan 4.Murid menyemak murid menyemak jawapan rakan dan jawapan rakan. mengesan kesalahan dari segi ejaan,tanda baca ,struktur ayat. 5. Guru memberi 5.Murid mendengar ulasan berkaitan penjelasan guru. dengan penyemakan tersebut.
  • 8. Langkah/ Isi Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Masa Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Langkah 4 Kata 1.Guru mengarahkan 1.Murid membuat (10 minit) adjektif murid menyenarai tugasan seperti mana kan 20 kata adjektif yang diarah oleh guru. dan memilih 6 dari padanya untuk di buat ayat. Penutup 1.Guru meminta murid 1.Murid mencari barangan (2 minit) Menciri mencari barangan di berbentuk bulat. dalam kelas yang Contoh:- berbentuk bulat. -pengasah pensel -duit syiling -penutup botol air -permukaan jam tangan 2. Guru merumus isi 2.Murid mendengar pelajaran hari ini. penjelasan guru. Refleksi:- Murid kumpulan potensi kurang faham tentang kata adjektif.Guru terpaksa menunjukkan bahan maujud yang ada pada mereka supaya mereka memahaminya. Begitu juga dalam membina ayat.Mereka berkemampuan membuat ayat yang mengandungi empat patah perkataan sahaja.Bimbingan individu adalah penting untuk membantu mereka mengembangkan idea.
  • 9. Jika kita lihat pada set induksi dalam Rancangan Pengajaran Harian(RPH) diatas. Kita dapat lihat bahawa guru akan membawa bahan bantu mengajar(bbm) iaitu ulam- ulaman sebenar untuk ditunjukkan kepada murid. Murid akan dapat merasakan sendiri ciri-ciri atau sifat yang terdapat pada ulam-ulaman tersebut. Murid akan berasa seronok untuk mencubanya sendiri dengan melihat dan menyentuhnya sendiri. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk mempelajari tajuk yang akan diajar pada hari itu iaitu kata adjektif. Pelajar akan sedar bahawa perkataan-perkataan yang biasa mereka guna seharian dan sebut tadi merupakan sebahagian daripada kata adjektif itu sendiri. Kemudian kita lihat pula pengajaran pada langkah 2. Guru mengarahkan murid untuk menyatakan maksd kata adjektif itu sendiri berdasarkan apa yang murid itu fahami sendiri. Dari sini guru akan dapat mengetahui setakat manakah kefahaman murid mengenai golongan kata adjektif, apa yang mereka tafsirkan sama ada tepat atau tidak. Kemudian, guru menggunakan bbm petai pula untuk ditunjukkan kepada murid. Kali ini, murid bukan sekadar melihat dan menyentuh sahaja. Malah, guru meminta murid untuk merasai petai itu dengan lidah mereka sendiri. Murid akan menyatakan bahawa rasa petai itu adalah pahit. Selepas itu, guru akan memberitahu bahawa rasa pahit juga merupakan kata adjektif. Seterusnya, guru akan menerangkan dengan lebih mendalam mengenai tajuk kata adjektif agar murid faham konsep dan maksud golongan kata adjektif. Kemudian, guru dengan menggunakan bbm teks petikan Misai Burung guru meminta murid menggariskan kata adjektif yang terdapat didalam teks. Kerana apabila mereka sudah faham dengan betul barulah mereka boleh menjawab soalan atau latihan yang diberikan oleh guru. Setelah itu, sebagai aktiviti pengukuhan lagi guru meminta murid untuk menyenaraikan 20 lagi kata adjektif yang mereka tahu walaupun tidak terdapat dalam teks petikan. Ini bukan sahaja dapat mengukuhkan kefahaman dan ingatan murid. Bahkan, murid juga dapat mengembangkan fikiran mereka, tidak hanya terkongkong dengan jawapan yang ada di dalam teks petikan sahaja. Ini secara tidak langsung dapat meluaskan kefahaman mereka mengenai golongan kata adjektif.
  • 10. BAHAN BANTU MENGAJAR (GAMBAR) Rajah 2 Petikan Rajah 1 Petai & Ulam-ulaman