Dokumen tersebut membincangkan tentang pertolongan cemas yang memberikan ringkasan definisi, sistem pernafasan dan peredaran darah, resusitasi kardiopulmonari (CPR), pendarahan kecil, terseliuh dan patah. Ia juga menjelaskan langkah-langkah dasar dalam memberikan rawatan pertama seperti pemeriksaan ABC, bantuan pernafasan, tekanan dada, kedudukan pemulihan dan cara mengawal pendarahan.
2. DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS
Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa
kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit
mendapat rtawatan dari doktor.
Matlamat utama:
>untuk menyelamat nyawa
>mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk
>mengurangkan kesakitan.
>sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh
doktor
3. SISTEM PERNAFASAN
Semasa kita bernafas, kita menyedut &
menghembuskan udara
Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan
meresap oksigen ke dalam darah
Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen,
selebihnya kompisisi gas nitrogen
Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk
melakukan proses respi
7. SISTEM PEREDARAN DARAH
Berfungsi menylurkan dan mengagihkan
bahan makanan dan oksigen ke segenap selsel di dalam badan dan membawa bahan
buangan keluar
Dalam badan seseorang dewasa terdapat
sekitar 4-6 liter darah
Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5
liter darah
8. FUNGSI DARAH
Membawa oksigen dan bahan makanan ke
tisu
Membawa bahan buangan ke organ
pembuangan
Melawan penyakit
Membawa enzim dan hormone ke organ
sasaran
Mengawal suhu badan
Menghentikan pendarahan
9. RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada
mangsa kecederaan yang tidak mempunyai
denyutan nadi dan tidak bernafas
Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan
mulut ke mulut dan juga tekanan dada
Berperanan untuk membantu jantung mengepam
udara yang dihembus ke seluruh anggota badan
Dua sebab utama CPR dilakukan:
*terhenti pernafasan
*tiada nadi
10. PEMERIKSAAN ABC
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan
iaitu ABC sebelum melakukan CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)
11. A - AIRWAY
(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang
perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk
memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda
boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala
mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan
mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak
menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan
visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk
membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu
yang pecah.
12. B - BREATHING
Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu
anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda
disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada
mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa
hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat
pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika
tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke
mulut.
13. C - CIRCULATION
Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini
perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak
berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan
anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum)
dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
14. KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT
KE MULUT
Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka.
Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa
bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat
untuk melihat sebarang reaksi.
Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
Catatan:
Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan
segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui
mulut mangsa.
Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang
kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa
salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi
rawatan mangsa yang tercekik
15. RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR
Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buang sebarang benda asing dari mulut.
Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka.
Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa
bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat
untuk melihat sebarang reaksi.
Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak
tangan di
tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati.
Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati
sebanyak lima kali.
Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.
Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit
16. KAEDAH CPR SEORANG DIRI
Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan
badan. apatkan bantuan.
Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa
seluruh badan.
Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.
Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan
pada kadar 12 hembusan seminit.
Jika nadi tiada, segera mulakan twkanan. Beri tekanan sebanyak 15
kali. Caranya adalah seperti berikut:
- letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
- berikan 15 kali tekanan sedalam 1.52 inci untuk orang
dewasa
- selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)
- berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2
pusingan)
-selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
-teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.
-lakukan sehingga bantuan pakar tiba.
Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan
bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali
hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya
nadi tiada.
Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam
kedudukan pemulihan.
Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit .
18. KEDUDUKAN PEMULIHAN
Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti
CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya
mulai sedar dan hendaklah diletakkan
dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini
adalah bertujuan untuk menghalang lidah
mangsa daripada menutupi tekak atau
saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan
kepala lebih rendah sedikit daripada badan,
ia akan membenarkan cecair keluar
mengalir dari mulut mangsa. Ini akan
mengurangkan mangsa dari menyedut
kandungan perut. Kepala, leher dan
bahagian belakang badan hendaklah
diletakkan dalam keadaan yang lurus,
manakala anggota-anggota badan yang
dibengkokkan seperti kaki akan
mengekalkan badan dalam kedudukan yang
teguh dan selesa.
19. PENDARAHAN KECIL
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:
pendarahan eksternal (dibahagian luar)
luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau
luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai
luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam
luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum
pendarahan internal (dibahagian dalam)
perut muntah berdarah
paru-paru / salur pernafasan batuk berdarah
tali usus darah pada dubur
rahim tumpah darah
buah pinggang kencing berdarah
tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung
pendarahan internal tanpa kesan
limpa dan hati pecah
pendarahan dalam otak
21. RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL
SECARA UMUM
A) Luka-luka kecil.
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.
Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.
Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
# bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
# cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
# keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
# lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
# gunakan pembalut untuk memegang plaster.
22. B) luka kecil yang ada benda asing.
Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang
terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut.
Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau
mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya
adalah seperti berikut:
~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.
~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian
atau sekitar tepi objek.
~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa
menekan objek.
~ bawa mangsa ke hospital.
23. CARA MENAHAN DARAH
a) Tekanan tepat tekan terus pada luka tersebut dengan kain
bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak
disertaidengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain /
bahan yang disterilkan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga
digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang
pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti
biasanya 10 15 minit.
24. b) Tekanan tidak tepat tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut
(tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.
Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan
pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang
longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan
sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa
dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
c) Anggota terputus kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian
putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang baah, sebaik-baiknya
dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota
putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu
lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam
anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.
25. PEMBEBATAN & PEMBALUTAN
Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka.
Fungsi pembebat dan balutan adalah:
Mencegah jangkitan kuman
Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah
Mengwal pendarahan dan melindungi luka
Jenis-jenis pembebatan ialah:
Paraffin biasanya digunakan untuk luka besar
Pembebat melekat plaster, digunakan untuk luka kecil
Pembebat berubat kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman
Pembebat pembebat biasa gauze
Peraturan membalut:
Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
Cuci luka dari tempat lukake arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kea rah tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :
Pembalut bergulung berasal dari kain kasa, WOW bandage
Pembalut segi tiga, lebar dan tirus terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko
Pembalut cincin diperbuat dari pembalut tirus
Pembalut kain krep biasanya digunakan untuk kes terseliuh
26. TERSELIUH & PATAH
1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di
alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot
terjadi disebabkan oleh :
Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada
tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya
patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi
kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli
sukan.
Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan
mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara
mengejut semasa berlari.
Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan
normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan
27. JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :
Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka.
Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan
tulang.
Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang
dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.
Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
Patah simple. Tulang patah dua sahaja.
28. TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG
Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi
atau otot.
Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
29. PRINSIP RAWATAN SECARA AM
Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :
Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam
nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan
ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan
kain yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat
(splin), anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari
tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.