1. PERSATUAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SMK TELOK GADONG, KLANG
Ruj. Kami :
Kepada , Tarikh :
Melalui dan salinan,
Pengetua,
SMK Telok Gadong,
Jalan Serampang 3, Off Jalan Telok Pulai,
41100 Klang, Selangor.
Y.B Tan Sri/Y.B Dato/Y.B Datin/Tuan/ Puan,
Per : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI KELAB GURU DAN KAKITANGAN
SMK TELOK GADONG
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya bagi pihak Kelab Guru dan Kakitangan SMK Telok Gadong ingin memohon sumbangan
berbentuk kewangan/hadiah/barangan untuk Jamuan Akhir Tahun.
3. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menampung bilangan
guru dan kakitangan yang ramai di sekolah ini. Sumbangan ini turut akan digunakan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab seperti :
i. Kebajikan guru dan kakitangan.
ii. Kursus / Bengkel Perkembangan Guru dan Kakitangan
iii. Jamuan Akhir Tahun
4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato/Y.B Datin/Tuan/ Puan dapat
menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut.
Sumbangan boleh diserahkan seperti berikut :
i. Hadiah/ Barangan : Kelab Guru dan Kakitangan SMK Telok Gadong
ii. Kewangan/Cek :
No Akaun :
5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi Pengerusi, ..................(019-xxxxxxx)
atau Naib Pengerusi, ............................. (012-xxxxxxx).
5. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B Tan Sri/Y.B Dato/Y.B Datin/Tuan/ Puan saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang benar,
...........................................................
(NAMA )
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
SMK Telok Gadong
Klang