1. PENGENALAN
Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif
dalam menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah
semua peringkat umur. Terapi seni juga mengintegrasi bidang perkembangan manusia, seni
visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi.1
Konsep dalam terapi seni dapat diteliti dari aspek seni dan terapi secara berasingan tetapi
masih dalam kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Proses kreatif dalam seni dapat
memberi ruang untuk individu meluahkan aspek dalam diri melalui imaginasi, semulajadi,
dan spontan yang membawa kepada pencapaian personal dan transformasi.
Terapi seni secara harafiah dapat diartikan sebagai penggabungan dua buah disiplin ilmu,
iaitu antara ilmu seni dan psikologi. Dengan demikian, istilah terapi seni, yang secara verbal
terdiri dari kata terapi dan seni, secara nyata menggabungkan dua jenis disiplin ilmu, iaitu
Seni (Art) dan Psikologi.2
Ekspresi spontan membolehkan usaha untuk meneroka pengalaman bawah sedar. Ini
menyebabkan lukisan yang dihasilkan boleh dinilai secara tersurat dan tersirat. Melalui
ekspresi seni, diharapkan individu dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa serta dapat memberi bantuan dalam mencari penyelesaian.
Terapi seni amat penting kerana seseorang insan belum tentu dapat melahirkan segala
permasalahannya secara lisan tetapi lebih mudah melakarkannya pada sekeping kertas. Ini
kerana sudah menjadi fitrah bahawa manusia pandai menyimpan rahsia lebih- lebih lagi
masalah yang menganggu dan menakutkan mereka. Melalui lukisan, individu boleh
meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej yang boleh menenangkan
pemberontakan dalam hati mereka.
Selain itu, terapi seni merupakan suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media
warna dan pensel yang diintegrasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses
kreatif.
1
Jarboe, E. C. (2002, September 1). Art Therapy: A Proposal for Inclusion in School
Settings. Retrieved Mac 2, 2014, from American Art Therapy Association:
http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/strategies/topics/Arts%20in%20Education/jarboe.ht
m
2
Anoviyanti, S. R. (2008). Terapi Seni Melalui Melukis pada Pasien Skizofrenia dan
Ketergantungan Narkoba. ITB J.Vis Art & Des , 72-84
2. LATAR BELAKANG MURID DAN MASALAH MURID
Kajian kes in telah dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuching. Sepanjang berpraktikum
di sekolah tersebut, saya telah berjaya mengesan seorang murid yang menghadapi masalah
emosi kesunyian yang memerlukan kaunseling dalam menangani masalahnya.
Emosi merupakan kombinasi perasaan dan mood yang kompleks yang melibatkan reaksi
psikologikal yang sukar dikesan dan dapat ditunjukkan dengan ciri- ciri corak tingkah laku
yang tertentu. Jika kita memikirkan emosi dari segi fungsi, kita dapat membuat ramalan
khusus mengenai emosi dalam beberapa domain.3
Murid yang saya pilih bernama Mail( nama samaran) sudah lama menghadapi masalah
emosi. Ini berikutan masalah keluarga yang dihadapinya sejak berusia seawal 6 tahun
masih lagi tergiang- giang dalam fikirannya. Mail (nama samaran) merupakan anak yang
ketiga daripada empat orang beradik. Mail (nama samara) mempunyai dua orang abang dan
seorang adik lelaki. Abang keduanya merupakan kanak- kanak autisme. Ibu bapanya pula
sudah bercerai semenjak dia berusia 6 tahun. Kini, dia dan abangnya tinggal menetap
bersama dengan bapa dan ibu tirinya. Hubungan Mail(nama samaran) dengan ibu
kandungnya agak renggang kerana dia jarang berjumpa dengan ibunya. Ini berikutan
kerana dia hanya berpeluang berjumpa dengan ibunya setahun sekali dan itupun semasa
hari lahirnya sahaja. Dia sering menyatakan dirinya merindui ibunya tetapi tidak berpeluang
untuk berjumpa kerana dihalang oleh ayahnya. Masalah emosi yang dihadapi oleh Mail
(nama samaran) semakin teruk setelah ayahnya berkahwin baharu. Hasil perkahwinan
bapanya yang kedua, Mail(nama samaran) mendapat seorang adik lelaki yang sekarang ini
baru sahaja berusia 11 bulan. Mail(nama samaran) begitu membenci adik tirinya dahulu
sehingga dia pernah menulis karangan tentang rancangannya untuk membunuh adiknya di
dalam karangan ujian penulisan Bahasa Melayu tahun lalu.
Melalui pemerhatian saya, Mail(nama samaran) menghadapi masalah emosi kesunyian.
Apabila dia merasakan diri tidak mendapat perhatian seperti yang diingini, dia akan
melakukan sesuatu yang membuatkan orang lain bertindak balas terhadap tindakannya. Di
sekolah, Mail(nama samaran) tidak mempunyai kawan rapat dan murid lain tidak berapa
suka bergaul dengannya kerana beranggapan dia seorang yang suka menganggu orang
lain. Mail(nama samaran) sentiasa kelihatan menyendiri. Apabila tiba waktu rehat, saya
pernah melihat Mail(nama samaran) makan keseorangan tanpa ditemani rakan.
3
Shiota, M. N. (2006). Emotion Second Edition. United States of America: PraMediaGlobal.
3. KESESUAIAN PENGGUNAAN TERAPI SENI
Dalam membantu murid tersebut, saya telah menggunakan terapi seni dalam membantunya
menangani masalah kesunyian. Mengapa saya memilih terapi seni berbanding dengan
terapi- terapi yang lain? Terapi seni telah membangunkan banyak kaedah menilai personaliti
individu melalui seni. 4
Selain itu, saya pernah melihat Mail (nama samaran) melukis di dalam
kelas. Melalui lukisan yang dihasilkannya, saya mendapati Mail(nama samaran) mempunyai
bakat dalam melukis dan diharapkan dia dapat meluahkan segala perasaannya melalui
lukisan yang dihasilkan.
Petikan akhbar MStar pula menyatakan kaedah terapi ini juga dapat membantu merangsang
minda kreatif pesakit malah sekaligus menonjolkan personaliti sebenar dalam diri mereka
melalui hasil ciptaan mereka sendiri.5
TEKNIK MENGUMPUL SERTAMENGANALISIS DATA
Dalam kajian ini, saya menggunakan teknik yang terkandung di dalam buku The Secret
World of Drawings yang ditulis oleh Gregg M. Furth, iaitu menggunakan pendekatan Jung
untuk mentafsir lukisan yang telah dilukis oleh klien. Mengikut Furth, mentafsir sesuatu
lukisan memerlukan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti: 6
Sesuatu yang ganjil dalam lukisan
Memerhatikan objek yang menjadi penghalang dalam lukisan
Benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan
Kedudukan dan saiz sesuatu objek
Objek yang dilukis secara berulangan
Rekabentuk yang tidak terurus
Perubahan warna (shading)
4
Councill, T. (2012). Medical Art Therapy with Children. Handbook of Art Therapy , 222-239.
5
Bernama. (2010, Mei 25). Terapi Seni Mampu Kawal Pemikiran Berkecamuk. Retrieved
Februari 27, 2014, from MStar:
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2010/5/25/mstar_manusia_peristiwa/2010052514322
8
6
Furth, G. M. (2002). The Secret World of Drawings: A Jungian Approach to Healing through
Art. Toronto: Inner City Books.
4. Perkataan yang tertulis di dalam lukisan
Latar lukisan
Lain- lain perkara seperti encapsulating, iaitu melukis sesuatu di luar musim dan
membuat perbandingan dengan persekitaran.
Di samping itu, saya juga membuat pemerhatian dalam bentuk catatan berdasarkan laporan
sesi yang saya perolehi semasa merekod perkembangan klien. Saya meletakkan nama dan
tarikh pada setiap lukisan sebagai catatan. Saya meminta Mail(nama samaran) melukis apa
yang dikehendakinya dan berdasarkan lukisan tersebut saya menganalisis maklumat dan
melihat perkembangan hasil lakaran yang dibuat oleh Mail. Saya juga memerhatikan tingkah
laku bukan lisan klien sepanjang sesi kaunseling dijalankan.
Saya juga menggunakan teknik temu bual. Saya menggunakan teknik temu bual terbuka
agar klien saya berasa lebih selesa untuk bercerita. Saya meminta klien bercerita tentang
apa yang dilukisnya dan saya akan mencatatkan perkembangan klien sesudah tamat
kaunseling. Antara contoh temu bual terbuka adalah, Boleh ceritakan tentang lukisan
anda?. Selepas itu, barulah saya akan menyemak hasil lakaran dan warna yang digunakan
oleh klien dalam lakarannya untuk menyemak isu yang ingin disampaikan. Dengan
menggunakan kaedah temu bual, saya perlu bijak mencungkil permasalahan yang dialami
oleh klein dengan menujukan soalan- soalan yang berbentuk fikiran terbuka dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Ini kerana apabila sesi terapi tidak dapat dihabiskan dalam tempoh
masa yang ditetapkan, ia bukan masalah klien tetapi soalan yang ditujukan oleh kaunselor
yang memanjangkan proses terapi. 7
Oleh itu, soalan yang ditanya oleh saya hendaklah
terbuka serta tidak berbelit- belit hingga boleh menyebabkan klien keliru.
7
Junge, M. B. (2011). Guest Editorial: Memories of Helen Landgarten and About Art
Therapy Research. Journal of Clinical Art Therapy , 1-2.
5. PROSEDUR PELAKSANAAN KAUNSELING
Sesi kaunseling bersama Mail(nama samaran) telah dijalankan sebanyak 5 kali iaitu pada 14
Februari 2014, 18 Februari 2014, 21 Februari 2014, 25 Februari 2014 dan 27 Februari 2014.
Sesi kaunseling ini dijalankan dalam tempoh selama 40 minit dalam setiap sesi. Mail akan
diberikan masa selama 20 minit untuk melakarkan isu yang ingin dikongsikan bersama.
Selepas itu, dia diminta untuk menerangkan tentang hasil lukisannya. Sesi keempat
merupakan sesi penamatan kerana terdapat perubahan dalam diri Mail(nama samaran).
Prasesi juga dijalankan pada awal kaunseling kerana proses membina hubungan amat
penting.
Sebelum melaksanakan sesi kaunseling, saya telah berjumpa dengan guru kaunseling
sekolah tersebut dan meminta pendapat beliau tentang murid di sekolah tersebut yang
harus diberikan kaunseling kerana menghadapi masalah emosi. Guru kaunseling sekolah
tersebut telah memberikan senarai nama beberapa orang murid yang menghadapi masalah
emosi di mana kesnya belum lagi selesai. Beliau menyarankan saya memilih salah seorang
murid yang tersenarai. Saya telah memilih seorang murid bernama Mail (nama samaran)
yang berusia 11 tahun. Terapi seni telah diterapkan sepanjang sesi kaunseling untuk
membantu saya meneroka masalah yang dihadapi oleh Mail(nama samaran).
Saya menggunakan bilik kaunseling yang terdapat di sekolah tersebut sepanjang sesi
kaunseling dijalankan kerana ia lebih selesa dan melindungi klien daripada pandangan
orang lain supaya klien berasa selesa meluahkan isi hatinya. Semasa menjalankan sesi
kaunseling, saya telah menyediakan peralatan seperti kertas A4, pensel dan krayon.
Pada peringkat awal kaunseling, saya telah mengadakan prasesi dengan klien saya. Pada
awal sesi ini, saya akan cuba membuatkan klien berasa selesa. Kemahiran membina
hubungan amat penting ketika ini agar klien sentiasa tenang dengan memberikan
tanggapan pertama yang positif. Dalam proses kaunseling, suatu perkara yang amat
dititikberatkan ialah kebolehan atau kemampuan seseorang kaunselor melihat kliennya.8
Dalam sesi kaunseling pertama, saya akan cuba meneroka masalah yang dihadapi oleh
klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi
terpulang pada kebijaksanaan saya sebagai kaunselor untuk mencungkil, mempelawa dan
memujuk klien untuk menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam masalah yang ingin
8
Abdullah, M. M. (2003). Proses Kaunseling Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
6. dikongsikan. Semua ini akan dapat membantu saya dalam mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh klien. Dalam peringkat ini, kejujuran dan keikhlasan terhadap perkara yang
ingin dibincangkan amatlah penting. Perasaan tidak rasional perlu dihindari agar tidak
menganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling. Penentuan matlamat kaunseling
telah dilakukan pada sesi ini. Sesi ini amat penting kerana ia akan memudahkan saya untuk
membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kemudian, saya akan membuat sesi kaunseling sekali lagi untuk berbincang dengan klien
tentang alternatif penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya. Dengan memahami
kaitan di antara terapeutik seni dan bahasa dalam terapi seni, boleh menyebabkan
pencapaian hasil yang terbaik untuk klien9
. Sesi kaunseling akan diteruskan sehingga klien
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan diakhiri dengan penamatan.
9
Morrell, M. (2011). Signs and Symbols: Art and Language in Art Therapy. Journal of Clinical
Art Therapy , 1-8.
7. HASIL DAPATAN TERAPI SENI
SESI KAUNSELING PERTAMA
Dalam sesi yang pertama, proses membina hubungan dilakukan. Ini kerana klien perlu
mengenali pengkaji terlebih dahulu dan berasa selesa dengannya agar dapat menyesuaikan
diri dalam sesi kaunseling. Semasa dalam proses membina hubungan, terdapat perbualan
ringan tentang hobi, makanan kegemaran dan latar belakang keluarga ditanya. Mail
menunjukkan sikap ingin meluahkan perasaan dalam sesi pertama ini. Apabila ditanya
soalan, Mail menjawab dengan jawapan yang panjang. Dari segi isyarat badan, Mail
kelihatan malu- malu dan matanya sering melihat ke arah dinding semasa disoal. Kakinya
pula digoyang- goyang seakan kelihatan bimbang.
SESI KAUNSELING KEDUA
Dalam sesi kaunseling kedua, Mail telah menghasilkan lukisan seperti yang ditunjukkan
pada gambar 1 untuk berkongsi isu yang dihadapinya. Klien hanya menggunakan pensel
dan krayon berwarna hitam untuk membuat lakaran kerana beliau menyatakan suka pada
warna hitam.
Dalam sesi kaunseling kedua, Mail melukis gambar abang sulungnya. Berdasarkan
gambar tersebut, Mail menceritakan abangnya seorang yang mempunyai sumit dan suka
berpakaian kemas.
Melalui lakaran tersebut juga, dia berkongsi isu bahawa kehidupan dia sunyi. Dia amat
menyayangi abang sulungnya. Ini kerana abang sulungnya sering memasak makanan
Gambar 1: Lukisan 1
8. kegemarannya dan bergurau senda dengannya ketika dia berasa sedih. Selain itu, dia
menyatakan diri akan kesunyian sekiranya abangnya meninggalkan rumah dalam jangka
masa yang lama. Dia menyatakan bahawa hubungan dia dengan abang sulungnya sangat
rapat berbanding dengan ahli keluarga yang lain. Di dalam lakaran tersebut juga, Mail(nama
samaran) juga menulis perkataan kot dan necktie. Dia menyatakan amat mengemari
pakaian kot dan tali leher dan ingin memakai pakaian tersebut suatu hari nanti kerana dia
merasakan diri kelihatan segak ketika memakai pakaian tersebut.
Lakaran yang dibuat oleh Mail jelas menunjukkan bahawa dia hanya bergantung kasih
kepada abang sulungnya dalam mendapatkan kasih sayang. Walaupun dia menyatakan
abangnya agak garang tetapi dia tetap juga menyayangi abangnya. Penggunaan warna
hitam dalam lukisan Mail jelas menunjukkan dia berasa sedih. Ini kerana abang sulungnya
sahaja merupakan tempat dia mencurahkan kasih dan mengadu.
Dalam sesi ini, ada seketika Mail berhenti sejenak semasa menceritakan tentang isu
yang ingin dikongsinya. Saya hanya membiarkan keadaan itu sepi sekejap. Membiarkan
keadaan sepi sejenak berlalu begitu sahaja dapat membantu klien. Klien berasa diberi
peluang memikir, menimbang, dan menganalisis segala yang bakal diterokainya nanti, sama
ada perasaannya, sikapnya, nilainya atau tingkah lakunya sendiri.10
Dari segi bukan lisan, Mail tidak memandang ke arah saya dan hanya mengalihkan
pemandangan ke sekitar bilik dan lukisannya sahaja.
SESI KAUNSELING KETIGA
Dalam sesi kaunseling yang ketiga pula, Mail telah melukis gambar adiknya yang keempat
dan adik tirinya. Dalam sesi ini juga, klien hanya menggunakan pensel dan krayon berwarna
hitam untuk membuat lakaran. Dalam sesi ini, Mail boleh membuat kontak mata dengan
saya dan tidak lagi kelihatan malu- malu. Malah, dia kelihatan sangat teruja untuk mengikuti
sesi kaunseling ketiga ini.
10
Abdullah, M. M. (2003). Proses Kaunseling Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
9. Dalam sesi kaunseling ketiga, Mail telah melukis gambar adik beradiknya yang lain.
Apabila saya bertanya mengapa dia melukis gambar tersebut, dia menyatakan bahawa
beliau juga sayang kepada kedua- dua adiknya. Walaupun dahulu beliau menyatakan tidak
berapa menyukai adik tirinya yang kini beliau gelar sebagai Baby Kenny, namun sekarang
dia amat menyayangi adik tirinya itu. Malah, dia sering menjaga adiknya itu semasa berada
di rumah. Beliau juga menyatakan kedua- dua adiknya berwajah kacak dan berkulit putih.
Apabila saya bertanyakan mengapa dia tidak melukis gambar ibu dan ayahnya, Mail
mengatakan dirinya tidak dapat mengingati wajah ibu bapanya dan enggan melukis gambar
kedua- dua ibu bapanya.
Melalui gambar dan penceritaan Mail, saya mendapat tahu bahawa dia hanya
menyayangi adik- beradiknya sahaja. Bahkan dia mengatakan diri tidak dapat mengingati
wajah ibu tiri dan bapanya walaupun melihat dan berjumpa dengan mereka setiap hari.
Apabila saya bertanyakan bagaimana rupa ibu kandungnya, Mail hanya menyatakan ibu
kandungnya seorang yang berwajah cantik dan berambut kerinting tetapi beliau tidak dapat
mengingati wajah ibu kandungnya dengan jelas kerana jarang berjumpa. Tambahan pula,
dia tidak menyimpan gambar ibunya. Penggunaan warna hitam dalam lakaran Mail masih
menunjukkan dia masih lagi hampa dengan sikap ibu bapanya yang kurang mengambil
berat tentang dirinya.
Gambar 2: Lukisan 2
10. Dalam sesi ini, saya cuba bertanya kepada Mail mengapa dia tidak rapat dengan ibu
bapanya. Mail menyatakan bapanya terlalu sibuk bekerja dan masakan pula dia boleh
merapatkan diri dengan ibu tirinya kerana dia merasa sedikit pelik jika bermesra dengan ibu
tirinya. Dalam sesi ini, saya cuba memberikan beberapa alternatif kepada Mail tentang cara
dia mengatasi kesunyiannya melalui perbincangan secara bersama. Antaranya ialah cuba
menyibukkan diri dengan aktiviti kegemarannya dan bermain dengan adik- beradiknya yang
lain. Mail hanya tersenyum dan mengatakan dia akan cuba untuk mengikuti alternatif
tersebut.
Selepas Mail membuat lakaran, saya akan cuba meneliti dan memahami lakaran yang
dihasilkannya. Proses mencari makna terhadap imej yang dihasilkan adalah kompleks,
kitaran dan dinamik11
.
SESI KAUNSELING KEEMPAT
Dalam sesi kaunseling keempat, Mail(nama samaran) telah melukis dan mewarnakan
gambar sebuah rumah dan dirinya. Dalam sesi ini, klien kelihatan sangat seronok dan
sentiasa tersenyum semasa melukis dan mewarnakan gambar rumah idamannya. Mail telah
menggunakan warna coklat, hitam, kuning dan hijau.
11
Curtis, E. K. (2011). Understanding Client Imagery in Art Therapy. Journal of Clinical Art
Therapy , 1-7.
Gambar 3: Lukisan 3
11. Dalam sesi kaunseling keempat, Mail melukis gambar sebuah rumah di mana
dia menyatakan dirinya sedang berehat di dalam rumah. Mail menyatakan dia berasa lebih
senang tinggal di dalam rumah berbanding tinggal di luar. Penggunaan warna hijau dalam
lakaran menunjukkan Mail merasakan apa yang terdapat di dalam rumah dapat memberi
kegembiraan kepada dirinya. Penggunaan warna hitam menunjukkan masih lagi ada sedikit
kedukaan dalam hidupnya. Kurangnya kasih sayang dan belaian dari seorang ibu
menyebabkan Mail masih lagi merasa kesepian dalam hidup. Mail sering menyatakan
ayahnya sentiasa sibuk bekerja dan tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga
menyebabkan dia berasa kesunyian. Walaubagaimanapun, apabila ditanya adakah Mail
ingin pergi ke mana- mana tempat yang lain selain daripada di rumah, dia menyatakan tidak
mahu. Dia mengatakan dia hanya mendapat kedamaian semasa berada di rumah kerana
dia mempunyai adik- beradik untuk bergaul dan berkawan dengan dia.
SESI KAUNSELING KELIMA
Dalam sesi kaunseling kelima, Mail telah melukis gambar lautan, kapal layar, dirinya, ayah
serta adik- beradiknya.
Gambar 4: Menunjukkan Mail menumpukan perhatian terhadap lukisannya
12. Dalam kaunseling ini, Mail menunjukkan perubahan dimana dia ada menunjukkan perasaan
sayang kepada orang yang dia ambil berat. Walaupun dia tidak mendapat kasih sayang dari
seorang ibu, dia menyatakan dia mempunyai abang, adik dan ayah yang sentiasa
membuatkannya berasa tenang. Mail melukis gambar lautan yang berwarna biru. Warna
biru menggambarkan ketenangan dalam diri Mail kerana disayangi oleh keluarganya. Dia
menyatakan suka melihat laut tetapi takut akan laut kerana mengkhuatiri diri akan lemas jika
terjatuh ke dalam laut. Kapal layar dua buah yang dilukisnya pula melambangkan impiannya
untuk membawa keluarganya bersiar- siar dengan menggunakan kapal layar. Bangunan
tinggi yang dilukisnya melambangkan dia juga mempunyai impian dalam hidupnya. Mail
menyatakan dia ingin hidup dalam kegembiraan dan menjadi seorang doktor suatu hari
nanti.
Dalam sesi ini, minat Mail terhadap seni melukis dapat dilihat apabila dia memperbaiki
lukisan yang dihasilkan agar kelihatan lebih cantik dan menggunakan pelbagai warna dalam
lukisannya. Ini dapat dilihat apabila mata Mail asyik memandang ke arah lukisan yang
dihasilkannya. Mail juga ada membuat kontak12
mata dengan saya sambil tersenyum
apabila diajukan soalan tentang lukisan yang dihasilkannya.
12
Baharom, H. N. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Gambar 5: Lukisan 4
13. Ringkasan Hasil Dapatan
Sesi kaunseling pertama
BUKAN LISAN DAPATAN
Membuat kontak mata dengan kaunselor Tidak
Sesi kaunseling kedua
LISAN DAPATAN
Kebolehan menghuraikan idea berkaitan lukisan Ya
Mengintepretasi sesuatu berkaitan dengan lukisan Ya
BUKAN LISAN DAPATAN
Membuat kontak mata dengan kaunselor Tidak
Mengubah lukisan yang dihasilkan Tidak
Sesi kaunseling ketiga
LISAN DAPATAN
Kebolehan menghuraikan idea berkaitan lukisan Ya
Mengintepretasi sesuatu berkaitan dengan lukisan Ya
BUKAN LISAN DAPATAN
Membuat kontak mata dengan kaunselor Ya
Mengubah lukisan yang dihasilkan Ya
Sesi kaunseling keempat
LISAN DAPATAN
Kebolehan menghuraikan idea berkaitan lukisan Ya
Mengintepretasi sesuatu berkaitan dengan lukisan Ya
14. BUKAN LISAN DAPATAN
Membuat kontak mata dengan kaunselor Ya
Mengubah lukisan yang dihasilkan Ya
Sesi kaunseling kelima
LISAN DAPATAN
Kebolehan menghuraikan idea berkaitan lukisan Ya
Mengintepretasi sesuatu berkaitan dengan lukisan Ya
BUKAN LISAN DAPATAN
Membuat kontak mata dengan kaunselor Ya
Mengubah lukisan yang dihasilkan Ya
Melalui hasil dapatan yang diperolehi, saya dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan
terapi seni dalam menangani masalah kesunyian yang dihadapi oleh Mail. Ini menunjukkan
terapi seni boleh mencungkil sesetengah perkara dengan hanya menggunakan bahan
seni.13
13
Nicole Martin, Lawrence, KS. (2009). Art Therapy and Autism: Overview and
Recommendations. Art Therapy: Journal of the American Art Therapy Association , 187-190.
15. RUMUSAN
Kaunseling adalah proses untuk membantu klien dan individu untuk membuat penyelarasan
dalam personaliti, sosial dan emosi bagi membolehkan klien menyesuaikan diri dengan lebih
baik dalam persekitarannya.14
Terapi seni merupakan alternatif untuk saya membuat penerokaan, melihat perkembangan
dan perubahan isu yang dihadapi oleh klien. Imej- imej yang dilukis oleh klein telah
memudahkan saya untuk membuat penerokaan dengan lebih lanjut.
Penggunaan terapi seni dalam sesi kaunseling ini telah membuatkan saya berjaya
mengenal pasti beberapa isu yang dihadapi oleh Mail. Masalah kesunyian yang dihadapi
oleh Mail dapat dicungkil dengan penerokaan melalui hasil seni yang dihasilkannya. Melalui
terapi seni, Mail juga mengetahui cara bagaimana untuk mengekspresi masalah emosi yang
dihadapinya selama ini.
Setelah menjalani beberapa terapi seni, saya mendapati Mail menunjukkan banyak
perubahan positif. Antaranya ialah Mail kelihatan cuba bergaul mesra dengan rakan
sekelasnya dan kurang menganggu rakannya seperti dahulu. Mail juga dapat meluahkan
emosinya dengan lebih baik dan tidak lagi bersifat pasif dengan cuba menyendiri. Selain itu,
Mail kelihatan lebih gembira dan tenang apabila dia sudah pandai berkawan dan bergaul
dengan orang lain setelah menjalani beberapa sesi kaunseling.
Sikap Mail yang dahulunya ingin menyendiri menyebabkan dia tidak dapat menangani
masalah kesunyian yang dihadapinya. Ini kerana dia tidak mempunyai rakan rapat untuk
meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. Segala ketidakpuasan hatinya terhadap
sikap ibu bapanya hanya disimpan di dalam hati tanpa perkongsian dengan orang lain
menyebabkan masalah emosi semakin menekan dirinya.
Melalui terapi seni yang dijalankan bersama dengan saya, Mail telah membuat lakaran
tentang apa yang difikirkannya selama ini. Semasa menceritakan hasil lakarannya, Mail
secara tidak sedar telah mengaitkan hasil lukisan tersebut dengan kisah hidup yang dialami
serta impiannya. Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa terapi seni banyak
menenangkan dan menceriakan pemikiran klien seperti Mail.
14
Marzety Adibah Al Sayed Mohamad, Zakaria Mohamad, Baharuddin Ismail, Robiah Mohd
Yusof. (2013). Therapeutic Experience of Drug Rehabilitation Clients through Expressive
Arts Therapy. International Journal of Humanities and Social Science , 211-223.