Dokumen ini membahas tentang peran penting kepemimpinan guru besar dalam mencapai keberhasilan sistem pendidikan di Malaysia. Gaya kepemimpinan transformasional dan kecerdasan emosi dipandang sebagai faktor kunci untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku staf sekolah agar dapat mencapai tujuan organisasi secara sukarela dan berkomitmen tinggi. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 juga ditinjau untuk memastikan
1 of 2
More Related Content
Bab pendahuluan
1. BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan perubahan makroekonomi dunia.
Dalam usaha untuk mencapai keberkesanan di institusi pendidikan, kepimpinan guru besar sering
dilihat sebagai faktor utama. Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi
mengisi harapan msayarakat dan cabaran negara. Justeru, kepentingan peranan guru besar sebagai
agen perubahan tidak dapat dinafikan dan ianya menjadi lebih kritikal dalam era pendidikan dunia
tanpa sempadan.
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan ra untuk
bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk negara
melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan,
khusus berdasarkan konteks Malaysia. Oleh kerana itu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2015
telah dilancarkan bertujauan bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian
transfomasipendidikan.Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dica
pai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada
murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global. Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, menegaskan, pendidikan bukan hanya satu
elemen yang penting dalam pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia merupakan
penyumbang utama kepada pembangunan modal social dan ekonomi sesebuah negara.(Berita
Harian September 2012) .
Justeru, pemimpin organisasi pendidikan merupakan individu yang berperanan sebagai
key playaer dalam usaha penambahbaikan organisasi pendidikan serta melestarikannya (Shahir,
1997) Dalam sitausi sekolah, kepimpinan adalah satu bentuk pengaruh istimewa yang berkaitan
dengan persetujuan berubah. Mengikut teori Burns, seorang pemimpin dikatakan berjaya
mengubah sikap individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan diri
2. sendiri kepada mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela
sanggup bekerja untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Menurut Hussein (2008),
pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat mengubah cara pemikiran orang yang
dipimpin itu bersama sentuhan emosi dan rohani sehingga orang yang dipimpin itu mengubah
tingkahlaku bekerja berlandaskan komitmen, etika dan moral yang tinggi. Corak kepimpinan
seumpama ini selari dengan kepimpinan transfomasi. Pemimpin transfomasi juga menekankan
pentingnya berhadapan dengan kemungkinan yang baru dan mempromosikan visi masa hadapan
yang jelas bagi perubahan itu. Apa yang penting dalam proses transfomasi adalah kerjasaam
menyeluruh perlu digerakkan dalam kalangan kepengikutan di samping proses pemantauan yang
berterusan.
Selain daripada amalan kepimpinan transfomasi, kecerdasan emosi pemimpin juga memainkan
peranan penting dalam keberkesanan organisasi. Menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi
memberi impak dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk kesihatan dan social. Dalam
konteks memperkasa dan menjana kecemerlangan pendidikan khususnya di Malaysia, pemimpin
sekolah bukan hanya dilihat dalam kemantapan mereka dari segi kekukuhan atau gaya, tetapi
berkaitan dengan kualiti motivasi,empati, integrity, kemampuan intuitif, yang mana ksesua itu
merupakan sebahagian daripada kualiti emosi pemimpin itu sendiri.