際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
油
	
 油 1	
 油
	
 油
油
2	
 油 	
 油
	
 油
Copyright 息 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Cetakan Kedua 2011
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain kaedah sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
油
	
 油 3	
 油
	
 油
KANDUNGAN
Halaman
RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
BAB 1 PENGENALAN 7
1.1 Pendahuluan 7
BAB 2 KONSEP EMK-KEUSAHAWANAN 10
2.1 Definisi Keusahawanan 11
2.2 Matlamat 12
2.3 Objektif EMK-Keusahawanan 12
2.4 Fokus EMK-Keusahawanan 13
1 Mengamalkan sikap keusahawanan 14
2 Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan
dalam situasi yang diperlukan 18
3 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan asas jual beli yang mudah dalam
aktiviti kehidupan seharian yang relevan 19
4 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan
dan kemahiran teknologi dan vokasional 20
5 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam
konteks keusahawanan 21
BAB 3 INDIKATOR KEPADA KEJAYAAN PENERAPAN
EMK-KEUSAHAWANAN DALAM DIRI MURID
3.1 Mengamalkan sikap keusahawanan 23
3.2 Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan
dalam situasi yang diperlukan 27
油
4	
 油 	
 油
	
 油
3.3 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan
asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan
seharian yang relevan 28
3.4 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan
dan kemahiran teknologi dan vokasional 29
3.5 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam
konteks keusahawanan 30
BAB 4 PENDEKATAN PENERAPAN EMK- KEUSAHAWANAN 31
4.1 Pendekatan Penyebatian 32
4.2 Pendekatan Pengintegrasian 33
4.3 Pendekatan Pengaplikasian 34
BAB 5 CONTOH PENERAPAN EMK-KEUSAHAWANAN
DALAM RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
5.1 Bahasa Malaysia Tahun Satu 37
5.2 Bahasa Inggeris Tahun Satu 40
5.3 Dunia Seni Visual Tahun Satu 42
5.4 Dunia Muzik Tahun Satu 45
5.5 Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu 47
5.6 Matematik Tahun Satu 49
5.7 Masalah Pendengaran Tahun Satu 52
5.8 Masalah Penglihatan Tahun Satu 54
5.9 Masalah Pembelajaran Tahun Satu 57
5.10 Pendidikan Moral Tahun Dua 59
RUJUKAN 61
油
	
 油 5	
 油
	
 油
RUKUN	
 油NEGARA	
 油
BAHAWASANYA	
 油negara	
 油kita	
 油Malaysia	
 油mendukung	
 油cita-足
cita	
 油untuk	
 油mencapai	
 油perpaduan	
 油yang	
 油lebih	
 油erat	
 油dalam	
 油
kalangan	
 油seluruh	
 油masyarakatnya;	
 油memelihara	
 油satu	
 油cara	
 油
hidup	
 油demokratik;	
 油mencipta	
 油masyarakat	
 油yang	
 油adil	
 油bagi	
 油
kemakmuran	
 油 negara	
 油 yang	
 油 akan	
 油 dapat	
 油 dinikmati	
 油
bersama	
 油secara	
 油adil	
 油dan	
 油saksama;	
 油menjamin	
 油satu	
 油cara	
 油
yang	
 油 liberal	
 油 terhadap	
 油 tradisi-足tradisi	
 油 kebudayaannya	
 油
yang	
 油 kaya	
 油 dan	
 油 berbagai-足bagai	
 油 corak;	
 油 membina	
 油 satu	
 油
masyarakat	
 油 progresif	
 油 yang	
 油 akan	
 油 menggunakan	
 油 sains	
 油
dan	
 油teknologi	
 油moden.	
 油
MAKA	
 油 KAMI,	
 油 rakyat	
 油 Malaysia,	
 油 berikrar	
 油 akan	
 油
menumpukan	
 油 seluruh	
 油 tenaga	
 油 dan	
 油 usaha	
 油 kami	
 油 untuk	
 油
mencapai	
 油	
 油cita-足cita	
 油tersebut	
 油berdasarkan	
 油atas	
 油prinsip-足
prinsip	
 油yang	
 油berikut:	
 油
 KEPERCAYAAN	
 油KEPADA	
 油TUHAN	
 油
 KESETIAAN	
 油KEPADA	
 油RAJA	
 油DAN	
 油NEGARA	
 油
 KELUHURAN	
 油PERLEMBAGAAN	
 油
 KEDAULATAN	
 油UNDANG-足UNDANG	
 油
 KESOPANAN	
 油DAN	
 油KESUSILAAN	
 油
油
6	
 油 	
 油
	
 油
Pendidikan	
 油di	
 油Malaysia	
 油adalah	
 油suatu	
 油usaha	
 油
berterusan	
 油ke	
 油arah	
 油lebih	
 油
memperkembangkan	
 油potensi	
 油individu	
 油secara	
 油
menyeluruh	
 油dan	
 油bersepadu	
 油untuk	
 油
melahirkan	
 油insan	
 油yang	
 油seimbang	
 油dan	
 油
harmonis	
 油dari	
 油segi	
 油intelek,	
 油rohani,	
 油emosi	
 油dan	
 油
jasmani	
 油berdasarkan	
 油kepercayaan	
 油dan	
 油
kepatuhan	
 油kepada	
 油Tuhan.	
 油Usaha	
 油ini	
 油adalah	
 油
bertujuan	
 油untuk	
 油melahirkan	
 油warganegara	
 油
Malaysia	
 油yang	
 油berilmu	
 油pengetahuan,	
 油
berketerampilan,	
 油berakhlak	
 油mulia,	
 油
bertanggungjawab	
 油dan	
 油berkeupayaan	
 油
mencapai	
 油kesejahteraan	
 油diri	
 油serta	
 油
memberikan	
 油sumbangan	
 油terhadap	
 油
keharmonian	
 油dan	
 油kemakmuran	
 油keluarga,	
 油
masyarakat	
 油dan	
 油negara.	
 油
油
	
 油 7	
 油
	
 油
BAB 1 PENGENALAN
Pendahuluan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan pengajaran keusahawanan
dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) sejak awal tahun 1990-an. Mata pelajaran yang mengandungi topik-
topik yang berkait terus dengan keusahawanan ialah Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu yang diajar di sekolah menengah rendah. Di
sekolah menengah atas, aspek keusahawanan diwujudkan dalam mata pelajaran elektif
seperti Perdagangan dan Asas Keusahawanan. Kandungan kurikulum ini lebih memberi
penekanan kepada pengetahuan bagi murid tentang proses-proses untuk menguruskan
perniagaan secara langsung. Aspek-aspek pembangunan murid untuk menjadi insan
yang memiliki ciri-ciri keusahawanan hanya disentuh secara tidak langsung. Hasil
daripada kaedah sebegini, murid yang terhasil didapati masih tidak membudayakan ciri-
ciri keusahawanan dalam kehidupan seharian.
Pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari
Tahun Satu adalah penting bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan
semasa dan cabaran masa depan. Di samping itu, ia juga dapat membentuk generasi
berwawasan yang mempunyai asas yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran
berfikir, berkomunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif, bersemangat positif dan nilai moral
dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
Sehubungan dengan perkara di atas, untuk menghasilkan murid yang
mempunyai budaya keusahawanan dalam kehidupan seharian, penerapan EMK-
Keusahawanan secara merentas kurikulum diperkenalkan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah bermula di Tahun Satu bermula tahun 2011.
Penerapan EMK-Keusahawanan merentas kurikulum perlu dilaksanakan seawal
Tahun Satu persekolahan. Ini bertujuan agar murid dapat mengamalkan sikap
keusahawanan, mengamalkan cara berfikir ke arah menghasilkan sesuatu idea,
memperoleh kemahiran dan pengetahuan asas dalam konteks perniagaan,
menghasilkan produk yang berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional, serta
mempunyai perlakuan yang bermoral dengan nilai etika yang tinggi menerusi topik-topik
mata pelajaran yang relevan, yang dipelajari di dalam kelas.
油
8	
 油 	
 油
	
 油
Penerapan elemen ini akan menghasilkan murid yang akan mempunyai ciri-ciri
keusahawanan dan budaya kerja yang baik selain daripada boleh menghasilkan
inovasi, mereka cipta dan mempunyai kecenderungan untuk berurus niaga.
Penerapan EMK-Keusahawanan boleh dirancang di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bermula seawal dari Tahap I (Tahun Satu hingga Tiga) seterusnya di
akhir Tahap II (Tahun Empat hingga Enam). Penerapan EMK-Keusahawanan ini perlu
diteruskan sehingga ke Tingkatan Lima di sekolah menengah.
Buku Panduan EMK-Keusahawanan ini telah dihasilkan dalam usaha memberi
penjelasan yang lebih lanjut kepada guru-guru mengenai EMK-Keusahawanan dan
cara penerapannya dalam pengajaran harian. Kandungan buku ini terbahagi kepada
lima perkara yang perlu diketahui oleh guru sebagai panduan dalam menerapkan EMK-
Keusahawanan secara merentas kurikulum, iaitu:
1. Konsep EMK-Keusahawanan;
2. Fokus EMK-Keusahawanan;
3. Indikator kepada kejayaan penerapan EMK-Keusahawanan dalam diri murid;
4. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam menerapkan EMK-
Keusahawanan;
5. Contoh-contoh penerapan EMK-Keusahawanan di dalam rancangan
pelajaran harian mengikut mata pelajaran.
Dalam Bab Satu Buku Panduan ini, guru-guru akan dijelaskan mengenai konsep,
definisi, matlamat dan objektif umum penerapan EMK-Keusahawanan yang hendak
dicapai melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu
menjiwai kandungan Bab Satu bagi memastikan pelaksanaan penerapan EMK-
Keusahawanan berkesan.
Bab Dua Buku Panduan ini memberi tumpuan kepada lima EMK-Keusahawanan
yang menjadi perkara utama yang diterapkan di dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran di dalam kelas. Setiap satu daripada EMK-Keusahawanan ini terbahagi
kepada beberapa pecahan sub-elemen. Setiap sub-elemen mempunyai maksud yang
tersendiri dan boleh dipilih dan diguna pakai oleh guru mengikut kesesuaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
油
	
 油 9	
 油
	
 油
Bab Tiga Buku Panduan ini pula menyenaraikan indikator-indikator dalam
perubahan tingkah laku murid untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan penerapan
EMK-Keusahawanan. Penerapan yang berkesan dapat menghasilkan perubahan
tingkah laku yang jelas. Setiap sub-elemen yang dipilih ada disenaraikan indikator yang
berpadanan untuk dapat ditaksir oleh guru.
Bab Empat menerangkan tentang pendekatan yang boleh diguna oleh guru
untuk menerapkan EMK-Keusahawanan. Pemilihan pendekatan yang sesuai
bergantung kepada faktor bahan aktiviti yang disediakan oleh guru dan tempoh masa
yang diperuntukan bagi modul/mata pelajaran tersebut.
Contoh-contoh penerapan EMK-Keusahawanan bagi modul/ mata pelajaran
dijelaskan di dalam Bab Lima buku panduan ini. Menerusi sepuluh modul yang
disertakan, guru boleh melihat apakah EMK-Keusahawanan dan sub-elemen yang
bersesuaian mengikut topik yang dipilih, dan bagaimana ia dapat diterapkan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Disertakan juga penerangan
tentang bagaimana pemilihan EMK-Keusahawanan yang bersesuaian dengan topik di
dalam setiap contoh yang diberikan, dan bagaimana elemen tersebut diterapkan di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油	
 油 	
 油
	
 油
油
10	
 油 	
 油
	
 油
	
 油
BAB 2 KONSEP EMK-KEUSAHAWANAN
Penerapan EMK-Keusahawanan secara eksplisit merentas kurikulum melibatkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan standard kandungan dan
standard pembelajaran kurikulum disiplin tersebut. Penerapan EMK-Keusahawanan
merentas kurikulum berkonsepkan kepada pembentukan insan yang membudayakan
tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang berjaya sejak
dari tahun satu persekolahan. Ciri-ciri seorang usahawan yang dimaksudkan akan
wujud dalam diri murid apabila murid sentiasa diterapkan kepada elemen-elemen yang
membentuk tingkah laku ke arah keusahawanan ini. Penerapan EMK-Keusahawanan
yang dimaksudkan ialah menerapkan elemen-elemen yang boleh membawa murid
mempunyai tingkah laku, cara berfikir, boleh menguruskan projek asas yang seperti
mengemas meja kerja masing-masing sehinggalah kepada merancang projek jual beli
yang mudah, menghasilan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi
dan vokasional serta mempunyai pertimbangan yang mengambil kira nilai-nilai moral
dan etika dalam kehidupan seharian. Umumnya, penerapan EMK-Keusahawanan
merupakan satu pendekatan membudayakan ciri-ciri keusahawanan ke dalam diri
murid.
Proses penerapan ini memerlukan kerjasama daripada guru-guru yang
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah
penerapan EMK-Keusahawanan merentas kurikulum tidak memerlukan guru untuk
mengasingkan topik pembelajaran murid dengan elemen/ elemen-elemen yang hendak
diterapkan. Penerapan elemen ini dilaksanakan dengan menggunakan bahan/ aktiviti
yang guru-guru gunakan bagi mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut.
Proses penerapan boleh dilaksanakan dalam bentuk mengajukan soalan-soalan
kepada murid sebagai satu proses mengekalkan maklumat tentang EMK-
Keusahawanan yang diterapkan dalam aktiviti yang relevan. Kaedah meminta murid
bercerita tentang pengetahuan sedia ada mereka yang berkaitan dengan topik
pembelajaran pada hari tersebut juga boleh membantu menerapkan EMK-
油
	
 油 11	
 油
	
 油
Keusahawanan iaitu yakin diri untuk berkomunikasi. Murid juga boleh digalakkan
menjadi ketua kumpulan dalam aktiviti-aktiviti kumpulan yang dirancang oleh guru.
Kemahiran menjadi pemimpin ini merupakan salah satu daripada EMK-Keusahawanan
yang perlu diterapkan.
Secara umumnya, pembentukan sikap tertentu dalam diri murid boleh
dilaksanakan dengan memberi mereka peluang untuk mengamalkan sikap-sikap
keusahawanan, berlatih dalam cara berfikir ke arah keusahawanan, berlatih dalam
menguruskan projek asas jual beli yang mudah, menghasilan produk berasaskan
pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional dan akhir sekali, mengamalkan
nilai moral dan etika dalam konteks keusahawanan. Semua elemen penerapan ini
dilaksanakan sesuai dengan tahap murid sekolah rendah mengikut situasi pelbagai
disiplin ilmu.
Lima EMK-Keusahawanan yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan
kepada sikap keusahawanan, latihan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi
yang diperlukan, pengurusan asas jual beli yang mudah, menghasilkan produk
berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional juga, nilai moral
dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
2.1 Definisi Keusahawanan
Keusahawanan merupakan segala-gala yang
berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran
untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan, 2002). Secara
amnya, keusahawanan membawa maksud kepada
seseorang yang berusaha mengendalikan sesuatu
perniagaan dan berani mengambil risiko dalam perniagaan
yang diceburinya. Selain itu, Schumpeter (1934) pula mentakrifkan usahawan sebagai
individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya
sendiri. Bagi McClelland (1961), beliau menyatakan usahawan sebagai seseorang yang
berdaya inovatif dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai sesuatu.
Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri
keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk
油
12	
 油 	
 油
	
 油
mempunyai ciri-ciri diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak
dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara.
2.2 Matlamat
Penerapan EMK-Keusahawanan di dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan
untuk murid mengamalkan EMK-Keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka.
2.3 Objektif EMK-Keusahawanan
Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dengan
EMK-Keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan:
 Mengamalkan sikap keusahawanan;
 Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang
diperlukan;
 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang
mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan;
 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan
vokasional; juga
 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
油
	
 油 13	
 油
	
 油
2.4 FOKUS EMK-KEUSAHAWANAN
Buku Panduan EMK-Keusahawanan ini dibina berasaskan lima EMK-
Keusahawanan yang menjadi perkara utama dalam penerapannya melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kelima-lima elemen ini memberi
penekanan secara langsung dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
hendak dibekalkan dalam diri murid. Fokus penerapan EMK-Keusahawanan tersebut
ialah:
油
14	
 油 	
 油
	
 油
1. Mengamalkan sikap keusahawanan (EK1)
Murid yang sentiasa menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan
melalui aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
terdorong untuk mengamalkan sikap-sikap tersebut dalam kehidupan seharian
sehingga menjadi budaya. Budaya yang terbentuk ini akan dapat membantu
murid mempunyai tingkah laku yang dapat menentukan kejayaan dalam
sebarang usaha ke arah keusahawanan di masa akan datang.
Berikut adalah sikap keusahawanan yang ingin diterapkan di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran:
1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan
Murid perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil.
Murid diberi kebebasan untuk mengawal sendiri sumber-sumber berkaitan
pembelajaran dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan terlebih dahulu. Kesanggupan mengambil tanggungjawab
terhadap hasil keputusan yang dibuat berkait rapat dengan kekuatan
kawalan dalaman diri murid.
1.2 Peka kepada peluang
Untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan, murid perlu peka dengan
keupayaan sendiri dan boleh melihat
serta mengambil peluang yang terdapat
di persekitaran. Peluang perniagaan
boleh wujud akibat masalah yang
ditimbulkan oleh orang lain, perubahan
teknologi, perubahan cita rasa pengguna,
油
	
 油 15	
 油
	
 油
perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang
masih belum diterokai dan sebagainya.
1.3 Berani mengambil risiko yang dianggarkan
Dalam dunia yang mempunyai kadar ketidaktentuan yang tinggi, murid
perlu belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang diambil
adalah munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima.
1.4 Daya kreativiti dan inovasi
Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan mengadakan idea alternatif.
Inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan idea
kreatif terhadap masalah. Murid yang dibekalkan dengan minda yang
kreatif akan dapat menyelesaikan masalah secara logikal di samping
boleh menghasilkan idea yang boleh dilaksanakan dalam bentuk suatu
inovasi.
1.5 Fleksibiliti
Murid yang mengamalkan sikap fleksibiliti akan mempunyai kebolehan
untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran. Dalam dunia
sekarang yang sentiasa berubah, kebolehan bertindak dengan cara yang
fleksibel memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi.
1.6 Keinginan kepada maklum balas segera
Murid akan memiliki keinginan yang kuat untuk
menggunakan pengetahuan bagi membaiki
prestasi mereka. Sikap ini sangat berkait rapat
dengan kehendak untuk belajar dari kesilapan lalu.
油
16	
 油 	
 油
	
 油
1.7 Berorientasikan masa depan
Murid yang diberi pendedahan kepada corak perniagaan masa depan
akan mempunyai keinginan untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut.
1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan
Murid sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk
mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya
kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, murid
akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan.
1.9 Berkeupayaan memimpin
Murid mempunyai pengalaman untuk memimpin,
memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan
persekitarannya. Jarang sekali dapat dilihat seseorang yang
tidak mempunyai pengalaman berjaya di dalam bidang
yang diterokainya. Murid yang telah membudayakan
elemen ini mempunyai kemampuan untuk menggunakan
pengaruhnya sebagai pemimpin
1.10 Berorientasikan pencapaian
Murid mengetahui objektif dan matlamat yang
hendak dicapai dalam sesuatu perkara. Objektif
dan matlamat yang ditetapkan merupakan satu dorongan yang kuat yang
akan menggerakkan murid ke arah pencapaian tersebut.
油
	
 油 17	
 油
	
 油
1.11 Berdaya tahan
Murid berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk
menjayakan sesuatu projek yang diberikan. Dia perlu mempunyai daya
kekuatan mental, fizikal dan emosi yang tinggi untuk terus bertahan di
samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah
sehingga berjaya.
1.12 Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi
Murid tetap melaksanakan tugasan yang diberi walaupun menghadapi
pelbagai kemungkinan situasi akibat daripada tidak mendapat maklumat
yang tepat atau perubahan yang tidak dijangka. Murid perlu mempunyai
kesabaran untuk bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu serta
tenang mencari penyelesaiannya.
1.13 Daya ketabahan yang tinggi
Terdapat pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan kekuatan
semangat yang tinggi. Murid perlu mampu mengharungi pelbagai cabaran
untuk menjamin kejayaan dalam usaha yang dilakukan.
.
1.14 Boleh membina jaringan sosial
Murid boleh menggunakan jaringan sosial untuk menjalin
hubungan kerjasama bagi mendapatkan maklumat atau
perkongsian sumber.
Pedagogi pembentukan sikap keusahawanan melibatkan langkah-langkah
seperti:
油
18	
 油 	
 油
	
 油
 mendedahkan murid kepada siapa usahawan;
 kerjaya keusahawanan;
 bidang keusahawanan;
 memotivasikan murid untuk menjadi usahawan; dan
 mengamalkan sikap keusahawanan sebagai satu amalan harian sehingga
menjadi budaya dalam kehidupan mereka.
2. Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang
diperlukan (EK2)
Seorang murid perlu sentiasa berfikiran kritis, kreatif
dan inovatif. Ini akan membantu mereka mengenal pasti
peluang-peluang dalam persekitaran, agar mereka
boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan
dalam usaha mereka.
Cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang
diperlukan melibatkan sembilan langkah utama iaitu:
2.1amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan;
2.2menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif;
2.3menghasilkan idea dari pemerhatian;
2.4memilih idea terbaik daripada banyak idea;
2.5menambahbaik idea yang dipilih (inovasi);
2.6menilai idea secara kritis dalam konteks;
2.7melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau
konkrit;
2.8menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan
persekitaran; dan
2.9meneruskan peningkatan kualiti idea.
油
	
 油 19	
 油
	
 油
3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli
yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan (EK3)
Seorang murid boleh menguasai pengetahuan
dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah sekiranya beliau sentiasa
didedahkan perkara tersebut di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Selain daripada mempunyai sikap dan cara berfikir ke arah
keusahawanan, murid boleh mengamalkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan asas perniagaan dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi
kehidupan harian yang relevan.
Pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah melibatkan
proses-proses:
3.1 merancang sesuatu projek dengan teliti;
3.2 melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah
disediakan;
3.3 memantau projek; dan
3.4 menilai pelaksanaan projek.
Pedagogi penerapan elemen pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual
beli yang mudah melibatkan praktis amalan-amalan seperti:
 mengurus wang sama ada dalam perbelanjaan harian atau penabungan;
 mengurus transaksi jual beli mudah harian; dan
 amalan kepenggunaan yang baik.
油
20	
 油 	
 油
	
 油
4. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran
teknologi dan vokasional (EK4)
Seorang murid yang telah mempelajari sesuatu teknik dalam pembelajarannya
boleh mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing.berasaskan
pengetahuan teknologi dan vokasional mengikut kreativitinya.
Asas pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional boleh digunakan
dalam:
4.2.1.1 Menghasilkan produk berasaskan
pengetahuan serta teknologi dan vokasional;
4.2.1.2 Menghasilkan produk yang sama dengan
menggunakan teknologi yang berlainan;
4.2.1.3 Menghasilkan produk menggunakan sumber
yang pelbagai/ sumber alternatif/ sumber kitar
semula.
Pedagogi penerapan elemen ini melibatkan murid mempraktikkan langkah-
langkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi dan vokasional yang diajar oleh guru untuk menghasilkan
produk yang boleh dikomersialkan
油
	
 油 21	
 油
	
 油
.
5. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks
keusahawanan (EK5)
Amalan nilai moral dan etika yang baik
dalam konteks keusahawanan mendorong
murid mempunyai tingkah laku yang
bertanggungjawab kepada masyarakat.
Murid yang sentiasa diterapkan dengan nilai
moral dan etika yang baik ini akan
menjadikan nilai-nilai ini sebagai panduan dalam proses pembentukannya
sebagai insan. Ia akan seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai
integriti yang tinggi, bersifat patriotik dan tidak mementingkan diri sendiri.
Ada lima prinsip amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks
keusahawanan:
5.1 Prinsip Tanggungjawab Sosial: perniagaan tidak boleh
menyebabkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.
 Menjaga kesejahteraan masyarakat dan persekitaran dari
aspek fizikal dan emosi individu.
 Tidak menyalahgunakan kuasa dan sumber.
5.2 Prinsip Keadilan: mengamalkan perniagaan yang adil.
 Tidak menindas.
油
22	
 油 	
 油
	
 油
 Tidak memilih kasih.
5.3 Prinsip Hak Manusia: amalan menghormati hak manusia.
 Menghormati hak orang lain.
 Tidak menghalang hak orang lain.
5.4 Prinsip Autonomi: perniagaan tidak boleh menafikan hak memilih
individu.
 Menghormati cara hidup orang lain.
 Menghargai kepelbagaian manusia.
5.5 Prinsip Ketelusan: perniagaan yang tidak mengelirukan.
 Tidak mengelirukan masyarakat.
 Menyatakan yang benar.
Pedagogi penerapan elemen amalan nilai moral dan etika yang baik dalam
konteks keusahawanan melibatkan situasi-situasi yang memerlukan murid
membuat penilaian dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian
mereka. Dalam kelas, murid boleh melakukan amalan nilai moral dan etika
keusahawanan secara simulasi dan main peranan.
油
	
 油 23	
 油
	
 油
BAB 3 INDIKATOR KEPADA KEJAYAAN PENERAPAN EMK-KEUSAHAWANAN
DALAM DIRI MURID
Proses penerapan EMK-Keusahawanan merupakan satu proses yang perlu
dilaksanakan secara berterusan. Dalam tempoh-tempoh tertentu, perubahan tingkah
laku dalam diri murid sudah boleh dilihat menggunakan indikator-indikator tertentu
berdasarkan jenis elemen yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Buku Panduan ini menyenaraikan indikator yang boleh diguna pakai oleh
guru sebagai alat penentu ukur keberkesanan penerapan elemen tersebut.
3.1 Mengamalkan sikap keusahawanan (EK1)
Sikap keusahawanan Indikator yang boleh diukur
1.1 Bertanggungjawab
terhadap keputusan
Murid 
-足 menepati masa yang ditetapkan
-足 menyiapkan tugasan sehingga selesai
-足
油
24	
 油 	
 油
	
 油
1.2 Peka kepada peluang Murid
-足 suka mengambil tahu
-足
-足 mengambil berat terhadap perubahan
persekitaran
-足 tahu menggunakan sumber/ ruang
1.3 Berani mengambil
risiko
Murid
-足 lebih berhati-hati untuk bertindak
-足 menyenaraikan kesan dan akibat
-足 sedia menerima teguran

More Related Content

What's hot (16)

Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
lailihjdaud
Kuliah 2 & 3 Prinsip, Falsafah Dan Polisi P T V
Kuliah 2 & 3    Prinsip, Falsafah Dan Polisi  P T VKuliah 2 & 3    Prinsip, Falsafah Dan Polisi  P T V
Kuliah 2 & 3 Prinsip, Falsafah Dan Polisi P T V
Tan C.EAN
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTVNota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Sherly Jewinly
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptvTajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
Nur Imana Agnes
Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14
Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14
Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14
Amilinda Amsar
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan VokasionalPeranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sherly Jewinly
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
CIKGU LOLITA
Nota Tajuk 3 falsafah & dasar ptv
Nota Tajuk 3 falsafah & dasar ptvNota Tajuk 3 falsafah & dasar ptv
Nota Tajuk 3 falsafah & dasar ptv
Sherly Jewinly
Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019
Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019
Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019
sabaribmt
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Dskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docxDskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docx
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Danum Vall
Hsp kh f3a
Hsp kh f3aHsp kh f3a
Hsp kh f3a
eddy8082
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
Nor Hafizah Mohamed Jubi
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
sharesufi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
lailihjdaud
Kuliah 2 & 3 Prinsip, Falsafah Dan Polisi P T V
Kuliah 2 & 3    Prinsip, Falsafah Dan Polisi  P T VKuliah 2 & 3    Prinsip, Falsafah Dan Polisi  P T V
Kuliah 2 & 3 Prinsip, Falsafah Dan Polisi P T V
Tan C.EAN
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTVNota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Sherly Jewinly
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptvTajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
Nur Imana Agnes
Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14
Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14
Pppm khb ert_ting 1_kemaskini 29.4.14
Amilinda Amsar
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan VokasionalPeranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sherly Jewinly
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
CIKGU LOLITA
Nota Tajuk 3 falsafah & dasar ptv
Nota Tajuk 3 falsafah & dasar ptvNota Tajuk 3 falsafah & dasar ptv
Nota Tajuk 3 falsafah & dasar ptv
Sherly Jewinly
Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019
Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019
Renstra stie ibmt surabaya 2014 2019
sabaribmt
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Dskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docxDskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docx
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Danum Vall
Hsp kh f3a
Hsp kh f3aHsp kh f3a
Hsp kh f3a
eddy8082
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
sharesufi

Similar to Buku panduan emk keusahawanan bhg 1 (20)

Huraian sukatan
Huraian sukatanHuraian sukatan
Huraian sukatan
Azmah Karim
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Lyda Hassan
Penting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptx
Penting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptxPenting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptx
Penting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptx
CABDINWILAYAHIV
KAPABILITAS SMK.pptx
KAPABILITAS SMK.pptxKAPABILITAS SMK.pptx
KAPABILITAS SMK.pptx
febry720466
pendidikan sistem ganda
pendidikan sistem gandapendidikan sistem ganda
pendidikan sistem ganda
Abi Harahap
Modul tmk-191216v2
Modul tmk-191216v2Modul tmk-191216v2
Modul tmk-191216v2
Yu Yue
06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf
06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf
06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf
SEKOLAHKEBANGSAANPEN2
Buku panduan tmk merentas kurikulum
Buku panduan tmk merentas kurikulumBuku panduan tmk merentas kurikulum
Buku panduan tmk merentas kurikulum
Wan Suhaimi Wan Setapa
4 pedoman pkl smk 310317
4 pedoman pkl smk 3103174 pedoman pkl smk 310317
4 pedoman pkl smk 310317
SMK Nahdlatul Ulama Balikpapan
Pedoman pkl-smk
Pedoman pkl-smkPedoman pkl-smk
Pedoman pkl-smk
Teguh Gunawan
Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813
aikkaiyin
Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2
Salri Zatul
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam KurikulumMengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Irsya Zamzami
Ebook kbat
Ebook kbatEbook kbat
Ebook kbat
aira syera
Ebook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPMEbook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPM
Mokhzani Fadir
Hsp kh f1
Hsp kh f1Hsp kh f1
Hsp kh f1
John Doee
Hsp kh f1
Hsp kh f1Hsp kh f1
Hsp kh f1
Sharul Azuan
Workshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdf
Workshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdfWorkshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdf
Workshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdf
Pangarso Yuliatmoko
Huraian sukatan
Huraian sukatanHuraian sukatan
Huraian sukatan
Azmah Karim
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Lyda Hassan
Penting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptx
Penting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptxPenting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptx
Penting Peningkatan Kapabilitas GTK.pptx
CABDINWILAYAHIV
KAPABILITAS SMK.pptx
KAPABILITAS SMK.pptxKAPABILITAS SMK.pptx
KAPABILITAS SMK.pptx
febry720466
pendidikan sistem ganda
pendidikan sistem gandapendidikan sistem ganda
pendidikan sistem ganda
Abi Harahap
Modul tmk-191216v2
Modul tmk-191216v2Modul tmk-191216v2
Modul tmk-191216v2
Yu Yue
06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf
06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf
06 Panduan Pelaksanaan Modul TMK.pdf
SEKOLAHKEBANGSAANPEN2
Buku panduan tmk merentas kurikulum
Buku panduan tmk merentas kurikulumBuku panduan tmk merentas kurikulum
Buku panduan tmk merentas kurikulum
Wan Suhaimi Wan Setapa
Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813Dskp rbt d4 200813
Dskp rbt d4 200813
aikkaiyin
Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2Pppm khb ert ting 2
Pppm khb ert ting 2
Salri Zatul
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam KurikulumMengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Irsya Zamzami
Ebook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPMEbook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPM
Mokhzani Fadir
Hsp kh f1
Hsp kh f1Hsp kh f1
Hsp kh f1
John Doee
Workshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdf
Workshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdfWorkshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdf
Workshop Kemitraan SMK Bersama Komite Sekolah.pdf
Pangarso Yuliatmoko

Recently uploaded (20)

BRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdf
BRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdfBRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdf
BRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdf
Syarifatul Marwiyah
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdfKUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
PT. DUTA MEDIA PRESS
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
AsepSaepulrohman4
SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1
SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1
SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1
SABDA
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptxOrgan Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
IrfanIdris7
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
SofyanSkmspd
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptxSeleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Fajar Baskoro
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptxTeks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
ArizOghey1
RENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptx
RENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptxRENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptx
RENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptx
Kanaidi ken
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docxSENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
Mirza836129
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri SemarangBuku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
iztawanasya1
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai KeagamaanBuku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
ssuser521b2e1
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 41.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
NORMUHAMADBINYAACOBK
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdfRandom Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
PratamaYulyNugraha
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptxPPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
rahmiati190700
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptxTeknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
UsBero
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptxSosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
shofwanwinarlik
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
saichulikhtiyar274
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Dadang Solihin
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdfPPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
ListiawatiAMdKeb
BRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdf
BRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdfBRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdf
BRIEF SAPA RAMADHAN Universitas Al-Falah As-Sunniyah Kencong Jember 2025.pdf
Syarifatul Marwiyah
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdfKUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
PT. DUTA MEDIA PRESS
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
AsepSaepulrohman4
SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1
SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1
SABDA Ministry Learning Center: Go Paskah: Paskah dan Sekolah Minggu bagian 1
SABDA
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptxOrgan Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
IrfanIdris7
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
SofyanSkmspd
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptxSeleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Fajar Baskoro
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptxTeks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
ArizOghey1
RENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptx
RENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptxRENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptx
RENCANA & Link2 MATERI Training_ *MANAJEMEN RISIKO BISNIS (+ ISO 31000)*.pptx
Kanaidi ken
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docxSENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
Mirza836129
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri SemarangBuku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
iztawanasya1
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai KeagamaanBuku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
ssuser521b2e1
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 41.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
NORMUHAMADBINYAACOBK
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdfRandom Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
PratamaYulyNugraha
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptxPPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
rahmiati190700
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptxTeknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
UsBero
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptxSosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
shofwanwinarlik
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
saichulikhtiyar274
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Dadang Solihin
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdfPPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
ListiawatiAMdKeb

Buku panduan emk keusahawanan bhg 1

  • 1. 油 油 1 油 油
  • 2. 油 2 油 油 油 Copyright 息 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Cetakan Kedua 2011 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain kaedah sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3. 油 油 3 油 油 KANDUNGAN Halaman RUKUN NEGARA v FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi BAB 1 PENGENALAN 7 1.1 Pendahuluan 7 BAB 2 KONSEP EMK-KEUSAHAWANAN 10 2.1 Definisi Keusahawanan 11 2.2 Matlamat 12 2.3 Objektif EMK-Keusahawanan 12 2.4 Fokus EMK-Keusahawanan 13 1 Mengamalkan sikap keusahawanan 14 2 Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan 18 3 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan 19 4 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional 20 5 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan 21 BAB 3 INDIKATOR KEPADA KEJAYAAN PENERAPAN EMK-KEUSAHAWANAN DALAM DIRI MURID 3.1 Mengamalkan sikap keusahawanan 23 3.2 Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan 27
  • 4. 油 4 油 油 油 3.3 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan 28 3.4 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan dan kemahiran teknologi dan vokasional 29 3.5 Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan 30 BAB 4 PENDEKATAN PENERAPAN EMK- KEUSAHAWANAN 31 4.1 Pendekatan Penyebatian 32 4.2 Pendekatan Pengintegrasian 33 4.3 Pendekatan Pengaplikasian 34 BAB 5 CONTOH PENERAPAN EMK-KEUSAHAWANAN DALAM RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 5.1 Bahasa Malaysia Tahun Satu 37 5.2 Bahasa Inggeris Tahun Satu 40 5.3 Dunia Seni Visual Tahun Satu 42 5.4 Dunia Muzik Tahun Satu 45 5.5 Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu 47 5.6 Matematik Tahun Satu 49 5.7 Masalah Pendengaran Tahun Satu 52 5.8 Masalah Penglihatan Tahun Satu 54 5.9 Masalah Pembelajaran Tahun Satu 57 5.10 Pendidikan Moral Tahun Dua 59 RUJUKAN 61
  • 5. 油 油 5 油 油 RUKUN 油NEGARA 油 BAHAWASANYA 油negara 油kita 油Malaysia 油mendukung 油cita-足 cita 油untuk 油mencapai 油perpaduan 油yang 油lebih 油erat 油dalam 油 kalangan 油seluruh 油masyarakatnya; 油memelihara 油satu 油cara 油 hidup 油demokratik; 油mencipta 油masyarakat 油yang 油adil 油bagi 油 kemakmuran 油 negara 油 yang 油 akan 油 dapat 油 dinikmati 油 bersama 油secara 油adil 油dan 油saksama; 油menjamin 油satu 油cara 油 yang 油 liberal 油 terhadap 油 tradisi-足tradisi 油 kebudayaannya 油 yang 油 kaya 油 dan 油 berbagai-足bagai 油 corak; 油 membina 油 satu 油 masyarakat 油 progresif 油 yang 油 akan 油 menggunakan 油 sains 油 dan 油teknologi 油moden. 油 MAKA 油 KAMI, 油 rakyat 油 Malaysia, 油 berikrar 油 akan 油 menumpukan 油 seluruh 油 tenaga 油 dan 油 usaha 油 kami 油 untuk 油 mencapai 油 油cita-足cita 油tersebut 油berdasarkan 油atas 油prinsip-足 prinsip 油yang 油berikut: 油 KEPERCAYAAN 油KEPADA 油TUHAN 油 KESETIAAN 油KEPADA 油RAJA 油DAN 油NEGARA 油 KELUHURAN 油PERLEMBAGAAN 油 KEDAULATAN 油UNDANG-足UNDANG 油 KESOPANAN 油DAN 油KESUSILAAN 油
  • 6. 油 6 油 油 油 Pendidikan 油di 油Malaysia 油adalah 油suatu 油usaha 油 berterusan 油ke 油arah 油lebih 油 memperkembangkan 油potensi 油individu 油secara 油 menyeluruh 油dan 油bersepadu 油untuk 油 melahirkan 油insan 油yang 油seimbang 油dan 油 harmonis 油dari 油segi 油intelek, 油rohani, 油emosi 油dan 油 jasmani 油berdasarkan 油kepercayaan 油dan 油 kepatuhan 油kepada 油Tuhan. 油Usaha 油ini 油adalah 油 bertujuan 油untuk 油melahirkan 油warganegara 油 Malaysia 油yang 油berilmu 油pengetahuan, 油 berketerampilan, 油berakhlak 油mulia, 油 bertanggungjawab 油dan 油berkeupayaan 油 mencapai 油kesejahteraan 油diri 油serta 油 memberikan 油sumbangan 油terhadap 油 keharmonian 油dan 油kemakmuran 油keluarga, 油 masyarakat 油dan 油negara. 油
  • 7. 油 油 7 油 油 BAB 1 PENGENALAN Pendahuluan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan pengajaran keusahawanan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak awal tahun 1990-an. Mata pelajaran yang mengandungi topik- topik yang berkait terus dengan keusahawanan ialah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu yang diajar di sekolah menengah rendah. Di sekolah menengah atas, aspek keusahawanan diwujudkan dalam mata pelajaran elektif seperti Perdagangan dan Asas Keusahawanan. Kandungan kurikulum ini lebih memberi penekanan kepada pengetahuan bagi murid tentang proses-proses untuk menguruskan perniagaan secara langsung. Aspek-aspek pembangunan murid untuk menjadi insan yang memiliki ciri-ciri keusahawanan hanya disentuh secara tidak langsung. Hasil daripada kaedah sebegini, murid yang terhasil didapati masih tidak membudayakan ciri- ciri keusahawanan dalam kehidupan seharian. Pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari Tahun Satu adalah penting bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. Di samping itu, ia juga dapat membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif, bersemangat positif dan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. Sehubungan dengan perkara di atas, untuk menghasilkan murid yang mempunyai budaya keusahawanan dalam kehidupan seharian, penerapan EMK- Keusahawanan secara merentas kurikulum diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula di Tahun Satu bermula tahun 2011. Penerapan EMK-Keusahawanan merentas kurikulum perlu dilaksanakan seawal Tahun Satu persekolahan. Ini bertujuan agar murid dapat mengamalkan sikap keusahawanan, mengamalkan cara berfikir ke arah menghasilkan sesuatu idea, memperoleh kemahiran dan pengetahuan asas dalam konteks perniagaan, menghasilkan produk yang berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional, serta mempunyai perlakuan yang bermoral dengan nilai etika yang tinggi menerusi topik-topik mata pelajaran yang relevan, yang dipelajari di dalam kelas.
  • 8. 油 8 油 油 油 Penerapan elemen ini akan menghasilkan murid yang akan mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan budaya kerja yang baik selain daripada boleh menghasilkan inovasi, mereka cipta dan mempunyai kecenderungan untuk berurus niaga. Penerapan EMK-Keusahawanan boleh dirancang di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermula seawal dari Tahap I (Tahun Satu hingga Tiga) seterusnya di akhir Tahap II (Tahun Empat hingga Enam). Penerapan EMK-Keusahawanan ini perlu diteruskan sehingga ke Tingkatan Lima di sekolah menengah. Buku Panduan EMK-Keusahawanan ini telah dihasilkan dalam usaha memberi penjelasan yang lebih lanjut kepada guru-guru mengenai EMK-Keusahawanan dan cara penerapannya dalam pengajaran harian. Kandungan buku ini terbahagi kepada lima perkara yang perlu diketahui oleh guru sebagai panduan dalam menerapkan EMK- Keusahawanan secara merentas kurikulum, iaitu: 1. Konsep EMK-Keusahawanan; 2. Fokus EMK-Keusahawanan; 3. Indikator kepada kejayaan penerapan EMK-Keusahawanan dalam diri murid; 4. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dalam menerapkan EMK- Keusahawanan; 5. Contoh-contoh penerapan EMK-Keusahawanan di dalam rancangan pelajaran harian mengikut mata pelajaran. Dalam Bab Satu Buku Panduan ini, guru-guru akan dijelaskan mengenai konsep, definisi, matlamat dan objektif umum penerapan EMK-Keusahawanan yang hendak dicapai melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu menjiwai kandungan Bab Satu bagi memastikan pelaksanaan penerapan EMK- Keusahawanan berkesan. Bab Dua Buku Panduan ini memberi tumpuan kepada lima EMK-Keusahawanan yang menjadi perkara utama yang diterapkan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Setiap satu daripada EMK-Keusahawanan ini terbahagi kepada beberapa pecahan sub-elemen. Setiap sub-elemen mempunyai maksud yang tersendiri dan boleh dipilih dan diguna pakai oleh guru mengikut kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
  • 9. 油 油 9 油 油 Bab Tiga Buku Panduan ini pula menyenaraikan indikator-indikator dalam perubahan tingkah laku murid untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan penerapan EMK-Keusahawanan. Penerapan yang berkesan dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang jelas. Setiap sub-elemen yang dipilih ada disenaraikan indikator yang berpadanan untuk dapat ditaksir oleh guru. Bab Empat menerangkan tentang pendekatan yang boleh diguna oleh guru untuk menerapkan EMK-Keusahawanan. Pemilihan pendekatan yang sesuai bergantung kepada faktor bahan aktiviti yang disediakan oleh guru dan tempoh masa yang diperuntukan bagi modul/mata pelajaran tersebut. Contoh-contoh penerapan EMK-Keusahawanan bagi modul/ mata pelajaran dijelaskan di dalam Bab Lima buku panduan ini. Menerusi sepuluh modul yang disertakan, guru boleh melihat apakah EMK-Keusahawanan dan sub-elemen yang bersesuaian mengikut topik yang dipilih, dan bagaimana ia dapat diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Disertakan juga penerangan tentang bagaimana pemilihan EMK-Keusahawanan yang bersesuaian dengan topik di dalam setiap contoh yang diberikan, dan bagaimana elemen tersebut diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油 油
  • 10. 油 10 油 油 油 油 BAB 2 KONSEP EMK-KEUSAHAWANAN Penerapan EMK-Keusahawanan secara eksplisit merentas kurikulum melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin tersebut. Penerapan EMK-Keusahawanan merentas kurikulum berkonsepkan kepada pembentukan insan yang membudayakan tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang berjaya sejak dari tahun satu persekolahan. Ciri-ciri seorang usahawan yang dimaksudkan akan wujud dalam diri murid apabila murid sentiasa diterapkan kepada elemen-elemen yang membentuk tingkah laku ke arah keusahawanan ini. Penerapan EMK-Keusahawanan yang dimaksudkan ialah menerapkan elemen-elemen yang boleh membawa murid mempunyai tingkah laku, cara berfikir, boleh menguruskan projek asas yang seperti mengemas meja kerja masing-masing sehinggalah kepada merancang projek jual beli yang mudah, menghasilan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional serta mempunyai pertimbangan yang mengambil kira nilai-nilai moral dan etika dalam kehidupan seharian. Umumnya, penerapan EMK-Keusahawanan merupakan satu pendekatan membudayakan ciri-ciri keusahawanan ke dalam diri murid. Proses penerapan ini memerlukan kerjasama daripada guru-guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah penerapan EMK-Keusahawanan merentas kurikulum tidak memerlukan guru untuk mengasingkan topik pembelajaran murid dengan elemen/ elemen-elemen yang hendak diterapkan. Penerapan elemen ini dilaksanakan dengan menggunakan bahan/ aktiviti yang guru-guru gunakan bagi mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Proses penerapan boleh dilaksanakan dalam bentuk mengajukan soalan-soalan kepada murid sebagai satu proses mengekalkan maklumat tentang EMK- Keusahawanan yang diterapkan dalam aktiviti yang relevan. Kaedah meminta murid bercerita tentang pengetahuan sedia ada mereka yang berkaitan dengan topik pembelajaran pada hari tersebut juga boleh membantu menerapkan EMK-
  • 11. 油 油 11 油 油 Keusahawanan iaitu yakin diri untuk berkomunikasi. Murid juga boleh digalakkan menjadi ketua kumpulan dalam aktiviti-aktiviti kumpulan yang dirancang oleh guru. Kemahiran menjadi pemimpin ini merupakan salah satu daripada EMK-Keusahawanan yang perlu diterapkan. Secara umumnya, pembentukan sikap tertentu dalam diri murid boleh dilaksanakan dengan memberi mereka peluang untuk mengamalkan sikap-sikap keusahawanan, berlatih dalam cara berfikir ke arah keusahawanan, berlatih dalam menguruskan projek asas jual beli yang mudah, menghasilan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional dan akhir sekali, mengamalkan nilai moral dan etika dalam konteks keusahawanan. Semua elemen penerapan ini dilaksanakan sesuai dengan tahap murid sekolah rendah mengikut situasi pelbagai disiplin ilmu. Lima EMK-Keusahawanan yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan kepada sikap keusahawanan, latihan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan, pengurusan asas jual beli yang mudah, menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional juga, nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. 2.1 Definisi Keusahawanan Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan, 2002). Secara amnya, keusahawanan membawa maksud kepada seseorang yang berusaha mengendalikan sesuatu perniagaan dan berani mengambil risiko dalam perniagaan yang diceburinya. Selain itu, Schumpeter (1934) pula mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Bagi McClelland (1961), beliau menyatakan usahawan sebagai seseorang yang berdaya inovatif dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk
  • 12. 油 12 油 油 油 mempunyai ciri-ciri diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara. 2.2 Matlamat Penerapan EMK-Keusahawanan di dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan untuk murid mengamalkan EMK-Keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka. 2.3 Objektif EMK-Keusahawanan Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dengan EMK-Keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan: Mengamalkan sikap keusahawanan; Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan; Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan; Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional; juga Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
  • 13. 油 油 13 油 油 2.4 FOKUS EMK-KEUSAHAWANAN Buku Panduan EMK-Keusahawanan ini dibina berasaskan lima EMK- Keusahawanan yang menjadi perkara utama dalam penerapannya melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kelima-lima elemen ini memberi penekanan secara langsung dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibekalkan dalam diri murid. Fokus penerapan EMK-Keusahawanan tersebut ialah:
  • 14. 油 14 油 油 油 1. Mengamalkan sikap keusahawanan (EK1) Murid yang sentiasa menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan terdorong untuk mengamalkan sikap-sikap tersebut dalam kehidupan seharian sehingga menjadi budaya. Budaya yang terbentuk ini akan dapat membantu murid mempunyai tingkah laku yang dapat menentukan kejayaan dalam sebarang usaha ke arah keusahawanan di masa akan datang. Berikut adalah sikap keusahawanan yang ingin diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran: 1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan Murid perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil. Murid diberi kebebasan untuk mengawal sendiri sumber-sumber berkaitan pembelajaran dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kesanggupan mengambil tanggungjawab terhadap hasil keputusan yang dibuat berkait rapat dengan kekuatan kawalan dalaman diri murid. 1.2 Peka kepada peluang Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, murid perlu peka dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna,
  • 15. 油 油 15 油 油 perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai dan sebagainya. 1.3 Berani mengambil risiko yang dianggarkan Dalam dunia yang mempunyai kadar ketidaktentuan yang tinggi, murid perlu belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang diambil adalah munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima. 1.4 Daya kreativiti dan inovasi Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan mengadakan idea alternatif. Inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan idea kreatif terhadap masalah. Murid yang dibekalkan dengan minda yang kreatif akan dapat menyelesaikan masalah secara logikal di samping boleh menghasilkan idea yang boleh dilaksanakan dalam bentuk suatu inovasi. 1.5 Fleksibiliti Murid yang mengamalkan sikap fleksibiliti akan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran. Dalam dunia sekarang yang sentiasa berubah, kebolehan bertindak dengan cara yang fleksibel memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi. 1.6 Keinginan kepada maklum balas segera Murid akan memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan bagi membaiki prestasi mereka. Sikap ini sangat berkait rapat dengan kehendak untuk belajar dari kesilapan lalu.
  • 16. 油 16 油 油 油 1.7 Berorientasikan masa depan Murid yang diberi pendedahan kepada corak perniagaan masa depan akan mempunyai keinginan untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. 1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan Murid sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, murid akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan. 1.9 Berkeupayaan memimpin Murid mempunyai pengalaman untuk memimpin, memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan persekitarannya. Jarang sekali dapat dilihat seseorang yang tidak mempunyai pengalaman berjaya di dalam bidang yang diterokainya. Murid yang telah membudayakan elemen ini mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin 1.10 Berorientasikan pencapaian Murid mengetahui objektif dan matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu perkara. Objektif dan matlamat yang ditetapkan merupakan satu dorongan yang kuat yang akan menggerakkan murid ke arah pencapaian tersebut.
  • 17. 油 油 17 油 油 1.11 Berdaya tahan Murid berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan sesuatu projek yang diberikan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang tinggi untuk terus bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya. 1.12 Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi Murid tetap melaksanakan tugasan yang diberi walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan situasi akibat daripada tidak mendapat maklumat yang tepat atau perubahan yang tidak dijangka. Murid perlu mempunyai kesabaran untuk bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu serta tenang mencari penyelesaiannya. 1.13 Daya ketabahan yang tinggi Terdapat pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan kekuatan semangat yang tinggi. Murid perlu mampu mengharungi pelbagai cabaran untuk menjamin kejayaan dalam usaha yang dilakukan. . 1.14 Boleh membina jaringan sosial Murid boleh menggunakan jaringan sosial untuk menjalin hubungan kerjasama bagi mendapatkan maklumat atau perkongsian sumber. Pedagogi pembentukan sikap keusahawanan melibatkan langkah-langkah seperti:
  • 18. 油 18 油 油 油 mendedahkan murid kepada siapa usahawan; kerjaya keusahawanan; bidang keusahawanan; memotivasikan murid untuk menjadi usahawan; dan mengamalkan sikap keusahawanan sebagai satu amalan harian sehingga menjadi budaya dalam kehidupan mereka. 2. Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan (EK2) Seorang murid perlu sentiasa berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Ini akan membantu mereka mengenal pasti peluang-peluang dalam persekitaran, agar mereka boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan dalam usaha mereka. Cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan melibatkan sembilan langkah utama iaitu: 2.1amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan; 2.2menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif; 2.3menghasilkan idea dari pemerhatian; 2.4memilih idea terbaik daripada banyak idea; 2.5menambahbaik idea yang dipilih (inovasi); 2.6menilai idea secara kritis dalam konteks; 2.7melaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit; 2.8menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran; dan 2.9meneruskan peningkatan kualiti idea.
  • 19. 油 油 19 油 油 3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan (EK3) Seorang murid boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah sekiranya beliau sentiasa didedahkan perkara tersebut di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada mempunyai sikap dan cara berfikir ke arah keusahawanan, murid boleh mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas perniagaan dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi kehidupan harian yang relevan. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah melibatkan proses-proses: 3.1 merancang sesuatu projek dengan teliti; 3.2 melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan; 3.3 memantau projek; dan 3.4 menilai pelaksanaan projek. Pedagogi penerapan elemen pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah melibatkan praktis amalan-amalan seperti: mengurus wang sama ada dalam perbelanjaan harian atau penabungan; mengurus transaksi jual beli mudah harian; dan amalan kepenggunaan yang baik.
  • 20. 油 20 油 油 油 4. Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional (EK4) Seorang murid yang telah mempelajari sesuatu teknik dalam pembelajarannya boleh mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing.berasaskan pengetahuan teknologi dan vokasional mengikut kreativitinya. Asas pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional boleh digunakan dalam: 4.2.1.1 Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta teknologi dan vokasional; 4.2.1.2 Menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan teknologi yang berlainan; 4.2.1.3 Menghasilkan produk menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/ sumber kitar semula. Pedagogi penerapan elemen ini melibatkan murid mempraktikkan langkah- langkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional yang diajar oleh guru untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan
  • 21. 油 油 21 油 油 . 5. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan (EK5) Amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan mendorong murid mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Murid yang sentiasa diterapkan dengan nilai moral dan etika yang baik ini akan menjadikan nilai-nilai ini sebagai panduan dalam proses pembentukannya sebagai insan. Ia akan seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai integriti yang tinggi, bersifat patriotik dan tidak mementingkan diri sendiri. Ada lima prinsip amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan: 5.1 Prinsip Tanggungjawab Sosial: perniagaan tidak boleh menyebabkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar. Menjaga kesejahteraan masyarakat dan persekitaran dari aspek fizikal dan emosi individu. Tidak menyalahgunakan kuasa dan sumber. 5.2 Prinsip Keadilan: mengamalkan perniagaan yang adil. Tidak menindas.
  • 22. 油 22 油 油 油 Tidak memilih kasih. 5.3 Prinsip Hak Manusia: amalan menghormati hak manusia. Menghormati hak orang lain. Tidak menghalang hak orang lain. 5.4 Prinsip Autonomi: perniagaan tidak boleh menafikan hak memilih individu. Menghormati cara hidup orang lain. Menghargai kepelbagaian manusia. 5.5 Prinsip Ketelusan: perniagaan yang tidak mengelirukan. Tidak mengelirukan masyarakat. Menyatakan yang benar. Pedagogi penerapan elemen amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan melibatkan situasi-situasi yang memerlukan murid membuat penilaian dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Dalam kelas, murid boleh melakukan amalan nilai moral dan etika keusahawanan secara simulasi dan main peranan.
  • 23. 油 油 23 油 油 BAB 3 INDIKATOR KEPADA KEJAYAAN PENERAPAN EMK-KEUSAHAWANAN DALAM DIRI MURID Proses penerapan EMK-Keusahawanan merupakan satu proses yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Dalam tempoh-tempoh tertentu, perubahan tingkah laku dalam diri murid sudah boleh dilihat menggunakan indikator-indikator tertentu berdasarkan jenis elemen yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan ini menyenaraikan indikator yang boleh diguna pakai oleh guru sebagai alat penentu ukur keberkesanan penerapan elemen tersebut. 3.1 Mengamalkan sikap keusahawanan (EK1) Sikap keusahawanan Indikator yang boleh diukur 1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan Murid -足 menepati masa yang ditetapkan -足 menyiapkan tugasan sehingga selesai -足
  • 24. 油 24 油 油 油 1.2 Peka kepada peluang Murid -足 suka mengambil tahu -足 -足 mengambil berat terhadap perubahan persekitaran -足 tahu menggunakan sumber/ ruang 1.3 Berani mengambil risiko Murid -足 lebih berhati-hati untuk bertindak -足 menyenaraikan kesan dan akibat -足 sedia menerima teguran