2. NOR AMIRAH BT AZIZAN CB130092
NOOR SYUHADA BT AWANG CB130091
NURSYUHAIDAH BT ZAID CB130073
ALEENA AMEERA BT SELEH CB130063
4. Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik,
pengajar dan pengasuh.
Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk
kepada orang lain, manakala pengasuh memberi
makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik.
Perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara
yang mempunyai perkaitan dengan guru.
5. 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus
Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada
tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
6. Semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban,
peranan nilai, serta tingkah laku profesion
dalam masyarakat.
7. Membina insan guru yang berakhlak mulia,
kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik
murid-murid dengan cekap dan berkesan.
Mengembangkan maktab perguruan sebagai
pusat rujukan dalam bidang keguruan.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru
terlatih secara berkesan. Mengeluarakan guru
permulaan yang mencukupi untuk sekolah-
sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
8. Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara,pelajar,rakan
sejawat dan ibu bapa pelajar.
9. 1) Kod etika menyediakan garis panduan
bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan.
2) Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas
tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
3) Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika
Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain.
10. 4) Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha
untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan.
5) Guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi.
6) Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting
dalam sesebuah organisasi.
11. Bersikap professional
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan
murid-murid
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang
sejajar dengan tuntutan semasa
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi
mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa
12. Memastikan situasi guru mengajar murid belajar
wujud di dalam kelas
Berupaya melahirkan persekolahan berwatak
supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpesonaliti, sihat dan serba boleh
Berupaya membina minda pelajar yang
cemerlang akademik
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta
mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas
pendirian dan tidak berbelah bahagi.
13. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik
darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah,
menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan
dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid
menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga
mereka.
Sebagai pendisplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-
murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan
yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
14. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal
berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru
(IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni
dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam
Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja
KPM, dan Tonggak Dua Belas.
15. Nilai tersebut mempunyai 3 domain utama iaitu:
1) Domain Diri
Merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia
ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh
memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada
profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem
pendidikan negara.
Contoh : kepercayaan kepada Tuhan, amanah,
ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa,
adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan
tahan lasak.
16. 2) Domain Profesion
Merujuk kepada pegangan nilai yang patut
diamalkan secara telus oleh guru dalam
menjalankan tugasnya sebagai seorang guru
yang profesional.
Contoh : kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan,
mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif.
17. 3) Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan
penjana modal insan dalam masyarakat.
Contoh : keharmonian, kemahiran sosial,
semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
18. Bertanggungjawab
Amanah
Mesra
Mewujudkan persekitaran yang efektif
Kawalan kendiri
Boleh berkomunikasi dengan baik
Sedar kekuatan dan kelemahan
Mempertahankan etika
19. Amalan profesional di bilik darjah
Amalan profesional di sekolah
Tingkahlaku di bilik darjah / sekolah
Tanggungjawab meningkatkan profesion
Tanggungjawab,pembaharuan masyarakat dan
negara
20. Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti
di huraikan sebagai bertangungjawab kepada
seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti
adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan
dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.
21. TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU
Merupakan amanah dan komitmen untuk
melaksanakan sesuatu tugas.
Orang yang bertanggungjawab adalah orang
yang boleh memberi komitmen dan amanah
dalam menyempurnakan kerjanya.
22. TERHADAP PELAJAR
Utamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.
Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira
faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental,
emosi, politik, sosial, keturunan dan agama.
Membimbing pelajar dalam bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
Tunjuk cara pemakaian,pertuturan dan
tingkah laku yang baik.
23. TERHADAP IBU BAPA
Memberi maklumat kpd ibu bapa tentang
kelakuan pelajar semasa di sekolah.
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.
Menganggap semua maklumat yang diberikan
oleh ibu bapa mengenai anak mereka adalah
sulit & tdk membocorkan kpd sesiapa.
24. TERHADAP MASYARAKAT DAN
NEGARA
Menghormati nasyarakat tempat guru
berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa,institusi pendidikan
dengan masyarakat.
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral,kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat.
Berpegang kpd tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat&menjalinkan khidupan
sbg guru sehari-hari dgn baik.
25. TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN
PROFESION PERGURUAN
Tidak melibatkan diri dlm kegiatan yg boleh
menjejaskan kecekapan seorang guru.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
guru terutamanya mereka yang baru
menceburkan diri dlm profession perguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tdk
mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
26. Dikategorikan kepada 3 aspek iaitu:
a) Ciri peribadi perwatakan
b) Ciri mengajar hasil
c) Ciri intelek ilmu, sedar diri dan faham
kendiri
27. 1) Ciri Peribadi
Seorang yang bermatlamat dan asyik dalam
pekerjaannya.
Bersikap positif.
Merupakan seorang guru pemimpin-peka dan
sensitif akan keperluan muridnya.
2) Ciri Mengajar
Mempunyai stail yang tersendiri yang sesuai dengan
semua keadaan.
Memiliki kepakaran memotivasi.
28. 3) Ciri Intelektual
Seorang yang suka membaca buku.
Bersifat minda yang sihat dan terbuka.
Pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran tersebut.
Celik teknologi- mengintegrasi teknologi ke
dalam pembelajaran.