Dokumen tersebut membahasikan beberapa isu berkaitan hukum Islam dalam bidang bioteknologi perubatan. Ia menyentuh tentang sifat-sifat doktor Muslim, perbezaan antara doktor Muslim dan bukan Muslim, skop teknologi biomedikal, dan beberapa persoalan berkaitan hukum penggunaan bahan babi dalam rawatan perubatan. Dokumen ini juga membincangkan pandangan ulama tentang permulaaan hidup manusia dan hukum menggug
1 of 63
More Related Content
Fiqhdanperubatannurse 090910191218-phpapp02
1. ISU-ISU FIQH BIO-
TEKNOLOGI PERUBATAN
Dr. Rashidi Ahmad
Pensyarah/Pakar Perubatan Kecemasan
MD USM, Mmed USM, Clinical fellow (Cardiology)
FADUSM, AM (Malaysia)
2. Sifat-sifat doktor muslim
hendaklah bersifat lemah lembut dan bijak, cekap,
pantas membuat keputusan, cepat berpindah dari
tidak tahu kepada tahu. Tidak ada pembantu
perubatan yang boleh berhati lembut sekiranya ia
gagal mengenali kemuliaan jiwa manusia, ia tidak
menjadi bijak kecuali ia mengetahui logik, ia tidak
boleh cekap kecuali ia dikuatkan dengan pertolongan
ALLAH. Jika ia tidak cekap mengagak ia tidak akan
dapat mengenali penyakit
Modified from: Nizam-i-Arudi. Chahar Maqaal. Terjemahan E.G. Browne, Jilid XI, ms76
3. Doktor muslim vs bukan muslim
Mempercayai kematian
Menghormati pesakit
Bergantung kepada Allah sebagai sumber
penyembuh
4. Skop teknologi biomedik
Kawalan penduduk - alat-alat pencegah kehamilan
Menamatkan nyawa -pengguguran, euthanasia, dll
Pelanjutan umur - pindahan organ, organ-organ palsu, alat2
pernafasan, perentak jantung, dll
Pemilihan seks & pembedahan pertukaran seks
Membaiki mutu kehidupan melalui penapisan genetik,
kejuruteraan genetik, permanian artifisial, bank mani
Masalah kesuburan - persenyawaan tabung uji, ibu surogat, dll
Percubaan/kajian melibatkan manusia
Pengawalan kelakuan dengan kaedah pembedahan
psiko/psikoterapi dadah
5. Apakah hukum menggunakan ubat yang
diperbuat daripada bahan asal BABI?
- Contoh: Clexane rawatan jantung koronari/
Menomune vaksin meningococcal
6. Hukum mendapat rawatan
WAJIB: Imam Syafie, Hambali & Ibnu
Taimiyah
SUNAT
HARUS: jumhur fuqahak & imam2 mahzab
Mana satu lebih afdal?
Mendapatkan rawatan atau bersabar
7. Pendapat bersabar itu lebih afdal
Hadis Ibnu Abbas
Kisah seorang jariah yang ditimpa penyakit sawan
memohon Rasululullah SAW berdoa untuknya
Rasulullah SAW bersabda: Kalau engkau mahu
bersabar, bagi engkau syurga. Jika engkau mahu, aku
boleh doakan supaya Allah menyembuhkan penyakit
engkau
Berdasarkan tindakan sebahagian para sahabat yang
lebih rela bersabar seperti Ubay bin Kaab & Abu Dzar r.a
8. Pendapat lain
Imam Al Ghazali (Kitab Ihya Ulumuddin) menolak
pendapat tidak berubat adalah lebih afdal dalam semua
keadaan
Dr. Yusuf Al Qardawi wajib mendapatkan rawatan
apabila kesakitan bersangatan & ubat adalah mujarab
serta mengikut sunah ALLAH s.w.t, harapan untuk
sembuh masih ada
Rasulullah s.a.w sendiri berubat & baginda juga
menyuruh sahabat2 baginda berubat Ibnu Qaiyum dlm
Zaadul Maaad.
9. Kesimpulan
Hukum mendapatkan rawatan/mencari ubat
untuk mengubati sesuatu penyakit sekiranya
pesakit masih ada harapan untuk sembuh
adalah wajib atau sunat
Tetapi apabila penyakit itu sudah tiada harapan
untuk sembuh mengikut sunnah Allah
berdasarkan hukum sebab dan musabab dan
pendapat doktor pakar, maka tidak ada
seorang pun yang mengatakan hukumnya
adalah sunah apatah lagi wajib
10. Abu Dawud meriwayatkan di dalam al-Sunan daripada
hadis Abu Dardak katanya; Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit
dan ubat dan menjadikan untuk setiap penyakit
itu ada ubatnya, kerana itu berubatlah dan
jangan berubat dengan benda yang HARAM
(At-Tabrani)
Asas penggunaan ubat dlm rawatan
11. Diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi
(al-Maidah:3)
Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak dapati dalam
apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang
diharamkan bagi orang yang memakannya, melainkan
benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging
babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor
(al-Anam:145)
Asas babi HARAM
12. Daging babi haram dimakan tetapi
badannya suci semasa hidup
Imam Malik: Kedudukan babi semasa hidup samalah
dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan
dagingnya seperti harimau, gajah, kucing.
Ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram
dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan
najis.
Imam Nawawi daripada Mazhab Syafie juga mengakui
tidak ada dalil yang menunjukan babi itu najis.
13. Pendapat Dr. Yusuf Qardhawi
Hal memindahkan anggota haiwan najis ke badan
org Islam
HARUS jika terpaksa (dharurah)
Harus mengambil manfaat daripada babi selain
daripada memakannya
Haram menanggung najis pada zahir.
Menanggung najis di dalam badan tiada dalil
14. Hukum babi yang sudah mati
Ulama memutuskan, apa jua haiwan yg mati
tanpa sembelih, hukumnya najis kerana ianya
bangkai, tetapi semua bangkai kulitnya boleh
disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing &
babi
Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat, kulit-
kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan
samak
Apa jua kulit haiwan, suci apabila di samak
(Muslim, bilangan 366)
15. Hukum babi yang di ambil sebagai
ubat-ubatan
Syed Atiyyah Saqr HARUS jika ia merupakan
suntikan dalam badan dan ternyata
keberkesanannya kepada pesakit.
Alasan: Dalam badan manusia terkumpul najis -
sah solat. Lain halnya jika diguna pada
bahagian luar
Kecenderungan Ulama: HARAM
16. Satu kaedah dalam menentukan halal
haram makanan ialah dilihat pada
pertukaran rupa dan benda, seperti arak
yang kemudiannya bertukar rupanya
menjadi cuka.
Al-istihalah
17. Imam Malik: Benda-benda najis yang
bertukar kepada suatu rupa yang lain
adalah suci, seperti najis babi yang
dibakar kemudian bertukar menjadi debu
- hukumnya suci
Mahzab Shafie: Pertukaran rupa tidak
mengubah hukum najis sesuatu benda,
kecuali arak yang berubah menjadi cuka.
18. Resolusi Nadwah Fiqh perubatan kali ke 8
Anjuran Pertubuhan Perubatan Islam di Kuwait (Mei 1995)
Al-Istihalah yang melibatkan perubahan dari satu
bahan kepada satu bahan yg lain, yang berbeza
dengan bahan yg pertama dari segi sifatnya,
merubah bahan2 najis @ terjkena najis kepada
bahan2 yg suci& merubah bahan2 yg diharamkan,
menjadi bahan2 yg diharuskan menggunakannya dr
segi syarak
19. Keadaan darurah mengharuskan perkara-perkara
yang haram
Al-Nadwi, 270
Perkara yang diharuskan mengambilnya kerana keadaan
darurat, ditentukan mengikut kadarnya
Ibid, 271
Kemudaratan hendaklah dihilangkan
Al-Sayuti, 52
20. Suntikan pelalian vaksin
meningococcal meningitis
Keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa
kebangsaan (27 Nov 2002)
HARUS Mencevax (bovine)
HARAM Monumune (porcine)
22. Baginda Rasululullah SAW bersabda:Baginda Rasululullah SAW bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yg haram
pun jelas. Antara kedua-duanya adalah perkara yang
tidak jelas. Sesiapa memelihara dirinya dari perkara
yang meragukan, maka sebenarnya ia menjaga
kebersihan agama dan kehormatan dirinya.
(Muslim, bilangan 1599)
24. Permulaa hidup manusia
Muktamar Perubatan Islam: 15 Januari 1985,
Hotel Hilton Kuwait
1. Permulaan manusia ialah sebaik sahaja
berlku persenyawan benih lelaki dan benih
perempuan
2. Sbaik sahaja terbentuk kandungan dalam
rahim perempuan, maka kandungan itu wajib
dihormati dan mmpunyai hak2 yang ditetapkan
oleh syarak
3. Apabila sampai kandungan ke peringkat
peniupan roh (usia 4 bulan atau 40 hari)
kehormatan kandungan bertambah tinggi.
25. Pembahagian kecacatan
Kecacatan yang tidak mengancam
kehidupan janin
Kecacatan yang menyulitkan kehidupan
janin selepas kelahirannya tetapi boleh
dirawati
Kecacatan yang mengancam kehidupan
janin selepas kelahirannya dan tidak boleh
dirawati
26. Keputusan perhimpunan fiqh
Sebelum berlalu tempoh 120 hari, apabila
telah terbukti melalui pengesahan
jawatankuasa perubatan yang diangotai
oleh pakar-pakar yang dipercayai bahawa
janin mengalami kecacatan serious yang
tidak boleh dirawati, dan kecacatan
tersebut akan menyulitkan janin dan
keluarganya, maka ketika itu harus
dugugurkan janin tersebut selepas diminta
oleh kedua ibubapanya
27. Unit Fatwa Univ. Al-Azhar
Harus digugurkan janin yang berusia
sebulan disebabkan penyakit keturunan
yang memudharatkan dengan syarat
proses pengguguran itu tidak
mendatangkan mudharat kepada seibu.
28. Syaikh Shaltut
Ibu ialah tempat janin asal janin; selebih itu dari
itu, ibu telah wujud dlm kehidupan dgn tugas &
kewajipan, & ia juga harapan keluarga. Adalah
tidak mungkin mengorbankan nyawanya utk
nyawa janin yg masih belum mempunyai
keperibadian & tanggungjawab @ kewajipan utk
ditunaikan
Kitab al Fatawa
29. Al Razi (865-923)
Ubat2 pengguguran hendaklah digunakan
sebelum anak dilahirkan jika wanita yang
mengandung itu adalah gadis berkahwin pada
usia muda. Pengguguran janin harus dilakukan
sebelum ia membesar, jikalau tidak wanita yang
mengandung akan mati
Kitab al Hawi
30. Ali Ibu Al Abbas (949-982)
Mengenai ubat-ubat yang menghalang kehamilan, walaupun
tidak patut disebutkan untuk menghalang penggunaannya olh
wanita yang tidak boleh memanfaatkannya, ia perlu diberikan
kepada wanita yg mempunyai pelvis kecil, atau mereka yg
mempunyai penyakit yg boleh menyebabkan kematian jika ia
mengandung & melahirkan anak. Kecuali bagi wanita dlm
keadaan2 ini, doktor2 X patut memberikan ubat2 ini secara bebas.
Juga doktor X harus memberikan ubat yg menyebabkan
pengaliran haid @ ubat yg boleh mengeluarkan janin yg mati,
kecuali wanita yg boleh dipercayainya kerana semua ubat ini
membunuh janin & mengeluarkannya
Kitab Kamil al Sinaah al Tibbiyah
31. Ibnu Sina (980-1037)
Ada masanya pengguguran perlu dilakukan, yakni
apabila wanita hamil itu masih muda & kecil dan
dikhuatiri melahirkan anak akan menyebabkan
kematiannya, atau bila ia menghadapi penyakit
rahim atau ketumbuhan dlm rahim & menyulitkan
pengeluaran janin. Juga bila janin mati dlm rahim
Kitab al Qanun
32. Dilema debat pengguguran
Sifat kemanusiaan nyawa yang masih belum
dilahirkan
Hak2 janin (hak utk hidup, pusaka,
pengkebumian)
Masa hadapan janin dari segi kesihatan
fizikal, mental & sosial
Hak2 ibu bapa, masyarakat, dunia
33. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kali Ke 52 pada 1 Julai 2002
Menggugurkan kandungan mangsa rogol
Haram menggugurkan kandungan janin yang berumur >
120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah
bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali
pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
Penguguran janin yang berumur < 120 hari adalah harus
sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk
yang boleh membahayakan nyawa ibu.
34. Dr. Hassan Hathut
Tidak sepatutnya kita hanya menerima apa yang dinyatakan oleh
ulama silam secara bulat-bulat. Ini kerana mereka membahaskan
sesuatu ( yang berkaitan bidang perubatan ) berdasarkan
kemampuan dan kemudahan yang wujud ketika itu. Pada masa
sekarang terdapat peralatan canggih yang tidak terdapat di zaman
mereka. Oleh kerana saya adalah salah seorang pakar perubatan ,
maka menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan berkenaan
permulaan hidup janin. Sebenarnya janin telahpun hidup sebaik
sahaja ia mula membentuk sebagai kandungan bukannya selepas
empat bulan. Jantung janin mula berdenyut ketika ia berusia lima
minggu.
35. Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi
Hukum asal: HARAM
Bermula dari sempurnanya persenyawaan
iaitu bermula dari percantuman sperma +
ovum dan terbentuk daripada keduanya
makhluk baru yang menetap di dalam rahim
Makhluk ini mempunyai kehormatan
walaupun terhasil dari zina
36. HARAM kecuali dharurat
1- Kandungan itu memberi mudharat besar kepada ibu
2- Bilangan pakar perubatan yang membuat
pengesahan tersebut hendaklah bilangan yang
boleh menimbulkan keyakinan & terdiri dari mereka
yang adil dan boleh dipercayai.
3- Mendapat keizinan dari kedua ibubapa
4- Tiada cara lain selain menggugurkan kandungan
untuk menghindari kemudharatan kepada si ibu.
37. Pendapat Dr Al Buti
Pengguguran boleh dibenarkan dlm 3 keadaan
sebelum bulan keempat kehamilan
Jika doktor bimbang nyawa ibu terancam akibat
kehamilan
Ditakuti kehamilan akan mendatangkan penyakit
kepada ibu
Kehamilan baru menjangkau paras hujung
penyusian & bayi yg sedia ada bergantung kepada
susu ibu utk hidup
38. Perkosaan adalah kecemasan psikologi dan
kecemasan perubatan matlamat terapi
termasuk merawat kecederaan fizikal, campur
tangan krisis dengan sokongan emosi,
prophylaxis bagi penyakit veneral dan
perubatan dari kehamilan yang dijangkakan
Buat mangsa rogol
39. maka sesiapa terpaksa sedangkan dia tidak
mengingininya dan tidak pula melampau batas,
maka tidaklah dia berdosa, sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah:173)
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah mengangkat daripada umatku
dosa tersilap, lupa dan dipaksa
41. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kali Ke 52 pada 1 Julai 2002
Menggugurkan janin pembawa atau pengidap penyakit
Thalassemia
Makruh menggugurkan janin berumur 1-40 hari
sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan
mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri
Haram menggugurkan kandungan janin yang berumur >
120 hari
Penguguran janin yang berumur < 120 hari adalah harus
sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk
yang boleh membahayakan nyawa ibu.
42. Perlu renungan
Kesalahan diagnosis dan komplikasi prosedur
Kemungkinan normal pada semester berikutnya
Bayi yang cacat teruk tidak hidup lama
Konsep pencegahan
Konsep tawakal
Program rehabilitasi untuk kanak2 istimewa
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudaratan jua
Ibid, 95
43. Persoalan 3
Apakah mercy killing dibolehkan?
Apakah hukum menghentikan bantuan
pernafasan kepada pesakit kritikal?
44. Euthanasia
Euthanasia berasal dari bahasa Greek bermakna
Pembunuhan Rahmah atau memudahkan kematian.
Manakala definisi Euthanasia di dalam istilah
perubatan pula ialah memudahkan kematian pesakit
yang tiada harapan untuk sembuh berdasarkan
permintaan dari si pesakit itu sendiri.
45. Jenis-jenis Euthanasia
Euthanasia Aktif - tindakan secara langsung seperti
menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut
dengan segera.
Euthanasia Pasif - secara tidak langsung seperti
menghentikan makanan, air, ubatan, atau prosedur yang
perlu bagi meneruskan hidup seseorang pesakit.
Euthanasia Secara Sukarela - berdasarkan
permintaannya sendiri samada secara lisan atau
bertulis.
46. Hukum Euthanasia aktif
HARAM - Majlis Fatwa Kuwait ( fatwa bertarikh 13
Ogos 2001 )
Sifat membunuh tetap tidak hilang walaupun
dorongan melakukan perbuatan itu adalah rasa
belas kasihan terhadap pesakit @ untuk
mengurangkan penderitaannya
Soal hidup dan mati serahkan sahaja kepada ALLAH
Orang yang meminta agar dipercepatkan kematian
adalah sama dengan membunuh diri sendiri.
47. Hukum euthanasia pasif
Dr Yusof Al Qardawi: HARUS andainya rawatan yang
diberikan kepada pesakit yang sudah tiada harapan itu
akan menyebabkan tempoh kesakitan dan penderitaan
yang berpanjangan (memudahkan kematian)
Syarat: pakar-pakar perubatan bersepakat bahawa si
pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk
sembuh.
Doktor sekadar meninggalkan satu perkara yang
bukanlah wajib ataupun sunat
48. Persoalan 3
Apakah mercy killing dibolehkan?
Apakah hukum menghentikan
bantuan pernafasan kepada
pesakit kritikal?
49. Definisi Mati Dari Perspektif Syara
Mati ialah perpisahan ruh dari jasad buat selama-
lamanya.
Ruh tidak dapat dikesan dengan pancaindera
Tandatanda zahir perpisahan tersebut.
Para fuqaha bersepakat bahawa kematian bermakna
jasad tidak lagi berfungsi dan tidak boleh
dikembalikan fungsinya buat selama-lamanya.
50. Definisi Mati Dari Perspektif Perubatan
Terhentinya pusat-pusat penting di bahagian pangkal
otak ( brain stem ) secara kekal
Brain stem - mengawal proses pernafasan dan aliran
darah secara langsung
Kontroversi: pergerakan yang masih wujud pada jasad
tersebut (ventilator dan inotropes)
Adakah pergerakan itu menunjukkan bahawa jasad
belum rosak sepenuhnya dan ada harapan untuk dirawat
atau sebaliknya?
51. Resolusi Fiqh Berkenaan Mati Otak
Perhimpunan Fiqh Islam - Amman 1986: apabila berlaku
salah satu dari dua perkara maka kematian telah
berlaku.
1- Apabila terhenti jantung dan pernafasan secara
keseluruhan dan disahkan oleh beberapa orang pakar
perubatan bahawa pernafasan dan pergerakan itu
berhenti buat selama-lamanya.
2- Apabila otak tidak berfungsi secara keseluruhan dan
disahkan oleh beberapa orang pakar perubatan, dalam
masa yang sama otak mula mengalami proses
kebinasaan sedikit demi sedikit.
53. Majlis Fiqh Mekah
Alat bantuan pernafasan boleh dicabut alat apabila
disahkan mengalami kebinasaan otak secara
keseluruhan ( mati otak ) .
Disahkan oleh tiga pakar perubatan dan mereka juga
mengesahkan bahawa kebinasaan itu tidak boleh
dirawat lagi sekalipun dalam masa yang sama jantung
dan pernafasan masih lagi berlaku melalui alat bantuan
pernafasan.
Namun begitu, pesakit tersebut masih belum dihukum
mati melainkan apabila pernafasan dan jantung terhenti
secara sepenuhnya selepas dicabut alat bantuan
pernafasan.
54. Kepentingan Mencabut Alat
Pernafasan
Kematian otak tidak boleh dirawat.
Kelancaran Unit Rawatan Rapi pastinya terbantut.
Kos rawatan terlalu tinggi.
Kewujudan pesakit mati otak di wad ICU dalam
tempoh yang lama akan menyebabkan doktor
merasa jemu dan bosan.
56. ASAS LARANGAN
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan
berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami
telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-
benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk
yang telah Kami ciptakan [Al-Israa : 70]
Kemuliaan tidak mengizinkan jual beli
Kemuliaan kekal ketika hidup juga selepas mati
57. ASAS LARANGAN
Manusia bukan pemilik tubuhnya, maka dia
tidak berhak memperlakukannya sesuka hati
Manusia tidak berhak untuk sewenang-
wenangnya menjual, memberi atau menderma
mana-mana bahagian tubuhnya.
Larangan membunuh diri juga adalah
berasaskan kenyataan ini
58. ASAS LARANGAN
惷惘悋惘 惷惘惘
Tidak boleh memudaratkan diri dan tidak boleh
memudaratkan orang lain
[Al-Mustadrak oleh al-Hakim]
59. ASAS MENGHARUSKAN
Kaedah Fiqh
Darurat Mengharuskan Perkara yang Terlarang
悋忰悵惘悋惠 惠惡忰 悋惷惘惘悋惠
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu
memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-
binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar
benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani (Al-Baqarah : 173)
60. Keterangan di dalam Tuhfat al-Fuqaha: Jika seorang perempuan yang
mengandung meninggal dunia sedangkan bayi di dalam kandungannya
masih hidup, maka hendaklah perempuan itu dibedah untuk
mengeluarkan bayinya untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dengan
demikian itu, soal kemuliaan tubuh badan manusia akan diketepikan
(demi keperluan yang lebih besar) [Samarqandi, Tuhfat al-Fuqaha,
4/261 & BadaiI al-Sanai)
ASAS MENGHARUSKAN
Pemeliharaan Islam Terhadap
Kemuliaan Manusia
Pembedahan masa kini dilakukan dalam keadaan yang paling
menjaga aspek kehormatan diri pesakit yang dibedah, sama ada ketika
hidup, mahu pun selepas meninggal dunia (bedah siasat dan
pemindahan organ)
61. ASAS MENGHARUSKAN
Manusia Bukan Pemilik Tubuh
Badannya Sendiri
Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya
merosakkan dirinya
Di dalam keadaan-keadaan tertentu, anggota
badannya harus digunakan untuk keperluan yang
diiktiraf oleh Syara
62. Keputusan muzakarah
The Supreme Council of `Ulama di Riyadh (resolusi no.
99 bertarikh 6 Dhul Qi'dah 1402) telah memutuskan
harus bagi pendermaan dan pemindahan organ apabila
ada keperluan.
The Fiqh Academy of the Muslim World League, Makkah
juga telah memberikan keputusan yang sama di sesi ke-
8 persidangan mereka bertarikh 28 Rabi'ul Thani- 7
Jumadal Ula, 1405
Editor's Notes
Justeru itu ulama dalam Mazhab Syafie sepakat berpendapat haram diguna pakai semua barangan yang diperbuat dari babi samaada bulunya,kulitnya atau juzuk-juzuknya,sama ada dalam bentuk barangan ,peralatan atau lain-lain termasuklah membuat ubat bagi segala macam penyakit
Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci,tidak timbul lagi hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing,malah jarak antara dua mazhab Malik dan Shafie agak begitu jauh.