Terdapat pelbagai cara untuk menjadi kaya tetapi disini saya ingin berkongsi jalan sebenar yang bakal anda perolehi tanpa mengira umur dan peringkat hidup anda. Yang penting adalah keinginan yang membara, kepercayaan dan kebolehan. Apa yang saya maksudkan disini ialah satu bidang pelaburan yang amat menarik iaitu pelaburan harta tanah.
1 of 5
More Related Content
Harta tanah
1. HARTA TANAH ?
Dalam hidup anda akan tiba satu ketika apabila anda menyedari bahawa
anda bakal menjadi seorang jutawan, yang akan membawa anda keluar
daripada beban masalah kewangan dan mengangkat anda ke mahligai
kekayaan serta kebahagian.
Ternyata itu semua hanyalah sebahagian daripada cerita dongeng sahaja
dan ia akan terus kekal begitu. Khayalan memang indah, tetapi anda harus
sedar pada waktu yang tepat dan tidak terus dibuai dengan mimpi-mimpi
yang tiada kesudahannya kerana hanya anda seorang sahaja yang mampu
mengubah nasib hidup anda dengan inisiatif dan usaha anda sendiri.
Peluang meraih kekayaan yang begitu besar pasti ditangan anda sekiranya
anda mengetaui bagaimana caranya dan beriltizam untuk mencapainya.
Terdapat pelbagai cara untuk menjadi kaya tetapi disini saya ingin
berkongsi jalan sebenar yang bakal anda perolehi tanpa mengira umur dan
peringkat hidup anda. Yang penting adalah keinginan yang membara,
kepercayaan dan kebolehan. Apa yang saya maksudkan disini ialah satu
bidang pelaburan yang amat menarik iaitu pelaburan harta tanah. Pelabur
biasa pun boleh memperolehi keuntungan daripadanya. Ia bukanlah
sesuatu yang mustahil dan pasti mengejutkan sebahagian besar
tanggapan masyarakat kita tentang pelaburan hartanah.
2. PELABURAN HARTA TANAH
Harta tanah ditafsirkan sebagai tempat dimana anda meletakkan sejumlah
wang bagi tujuan menjamin pemilikan dan kemudian mengaut keuntungan
pendapatan yang berterusan daripada para penyewa atau membuat
keuntungan dengan cepat iaitu jualan semula. Dengan perbelanjaan modal
yang minimum dan pembiayaan dari bank, anda dapat memperolehi
keuntungan segera keatas nilai penuh hartanah. Lebih banyak harta tanah
yang anda miliki, lebih kayalah anda.
Harta tanah merupakan satu bentuk pelaburan yang mengagumkan. Ia
mampu menjana wang dan pendapatan yang berterusan. Anda mampu
menjana wang tanpa mengira berapa banyak jumlah permulaan pelaburan
anda. Orang golongan pertengahan yang menjadi pelabur, dengan segera
telah mendapat status jutawan dengan membuat pilihan pelaburan yang
bijak berdasarkan maklumat dan pemilihan yang tepat.
Dalam keadaan ekonomi yang kukuh, ramai pelabur-pelabur yang akan
mengambil kesempatan daripada nilai harta tanah yang meningkat bagi
menjana kewangan mereka. Pelabur akan menjual milikan mereka pada
harga belian yang lebih rendah.
Apabila keadaan ekonomi meleset, pelabur-pelabur boleh membeli harta
tanah dibawah nilai pasaran daripada pemilik-pemilik yang gawat.
Kemudian pelabur akan membuat keuntungan segera apabila harga naik
kembali melalui jualan semula. Semasa ekonomi meleset, ramai yang
terdesak untuk menyewa sahaja daripada membeli kerana kadar faedah
yang tinggi.
3. Oleh itu pelabur-pelabur akan menikmati hasil sewaan yang stabil daripada
pelaburan harta tanah mereka. Tidak kira ekonomi baik atau tidak pada
masa itu, pelabur pasti akan memperolehi pulangan yang setimpal ke atas
harta tanah mereka. Peluang pelaburan hartanah sememangnya sesuatu
yang menarik dan tidak akan putus-putus peluangnya disekeliling kita.
Hakikatnya anda mampu menjana wang daripada bidang ini, ia bukanlah
satu rahsia lagi.
Tetapi, terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda saya. Kenapa
hanya peratusan yang kecil sahaja masyarakat kita yang bergiat aktif
dalam bidang pelaburan harta tanah?. Sedangkan ramai yang berminat
dan sudah menyedari tentang kekayaan yang diperolehi hasil harta tanah.
4. FAKTOR YANG MENGHALANG PELABURAN HARTA TANAH
Ramai peserta yang hadir seminar atau ceramah hartanah tetapi hanya
segelintir sahaja yang mengaplikasikan apa yang dipelajarinya semasa
seminar dan bergiat aktif dalam pelaburan harta tanah. Sebahagiannya
hanya membeli satu hartanah dan berhenti setakat itu sahaja.
Disini saya ingin memberi contoh betapa untungnya anda sekiranya anda
menceburi bidang hartanah ini. Jika anda membeli 4 apartmant, yang
mana 3 daripadanya dikawasan yang sama bernilai antara RM 80,000
hingga RM 120,000 setiap satu dalam tempoh 2 tahun. Anda mendapat
margin pinjaman antara 85% hingga 90% harga belian setiap apartment.
Apabila anda mandapat kunci menduduki apartment, anda terus
menyewakan apartment tersebut kepada penyewa. Hasil pungutan sewa,
anda mampu membayar ansuran bank semula.
Dalam tempoh 15 tahun lagi, anda bakal digelar jutawan. Pernahkah anda
membayangkn ini semua?. Ia semestinya satu keadaan yang ironik.
Terdapat banyak faktor yang menghalang orang ramai daripada membuat
pelaburan harta tanah secara serius.
Secara amnya, alasan utama ialah tiada tindakan diambil. Ini karana sikap
skeptis dalam bidang pelaburan. Apabila anda tiada pemahaman yang
mendalam dalam bidang harta tanah, secara langsung anda tidak akan
mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak percaya ia mampu menjana
wang anda.
5. Memang diakui proses pembelian hartanah yang merumitkan dan
mengelirukan mampu membuatkan anda tawar hati selepas pembelian
pertama dan kedua. Faktor yang lain ialah kesukaran untuk mendapatkan
pinjaman, dana yang tidak mencukupi untuk membayar deposit dan masa
yang tidak mencukupi untuk memberi komitmen dalam bidang pelaburan
harta tanah ini.