2. Definisi Pengangkutan Pengangkutan
merujuk kepada kenderaan yang membawa
seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu
tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh
berbanding jika berjalan kaki.
• Pengangkutan Darat
• Pengangkutan Laut
• Pengangkutan Udara
3. Definisi Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala
sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak
menggunakan kenderaan sendiri.
Ia termasuk :
> perkhidmatan rel
> bas
> penerbangan berjadual
> feri
> teksi dsb .
Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah
bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam
kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi
yang bukan kongsi tumpang.
4. Sejarah Pengeluaran Bas
• Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina
badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan
lori.
• Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang
dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan
campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada
pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang
menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat
tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat
yang berlainan.
• Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang
membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah
kepada badan bas.
5. Bas Sebagai Pengangkutan AwamBas
merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta
direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai
sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang
konduktor bas
Antara jenis jenis bas :
•Bas komuter (juga dikenali sebagai bas transit)
•Bas sekolah juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk
kegunaan pelajar sekolah.
•Bas elektrik yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.
•Tram atau bas troli merupakan sejenis bas elektrik tetapi memperoleh bekalan
kuasa elektrik daripada talian elektrik bertiang.
•Bas hibrid atau bas kacukan yang menggunakan gabungan sumber elektrik
daripada bateri dengan enjin pembakaran dalaman.