際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Istilah Sosiologi - Chewitek
oleh Mahali Mahat
Chewitek ialah istilah sosiologi yang membawa maksud reaksi kerana
menggunakan teknologi terkini atau yang belum pernah digunakan. Chewitek
disebut dalam tiga sukukata iaitu che, wi dan tek. Chewitek bersifat sementara,
selama mana belum wujud rasa bosan atau tercapainya kepuasan disebabkan
matlamat penggunaan atau memilikinya. Reaksi kegahirahan kebaharu-baharuan
menggunakan teknologi yang dianggap hebat oleh mereka.
Chewitek berasal dari dua perkataan iaitu chewi dan teknologi. Chewi iaitu
perkataan yang diambil daripada golongan kata Kedah Tua Pesisir. Penutur jatinya
meluas di daerah Baling, Kedah Darulaman, Malaysia. Mereka menggunakan
perkataan ini untuk menggambarkan seseorang yang menunjukkan tingkahlaku
diluar kebiasaan, reaksi kepada menggunakan/mendapatkan sesuatu yang baharu.
Tingkahlaku ganjil ini sering menjadi bahan ejekan kepada mereka yang
melakukannya. Seorang kanak-kanak yang mendapat sepasang kasut baharu begitu
berminat dan gembira lantas mengaksikannya dan menunjuk-nunjuk demi
mendapatkan perhatian atau tindakbalas orang lain. tek pula bertunjangkan
perkataan teknologi yang dipendekkan menjadi tek sahaja. Teknologi membawa
takrifan yang pertama iaitu pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Jadi Chewitek adalah gabungan
dua perkataan Kedah Tua Pesisir dan Teknologi yang disingkatkan menjadi tek
sahaja.
Perubahan semasa yang memperlihatkan teknologi baharu dalam kehidupan
seharian manusia telah menjadikan istilah ini diketengahkan dalam bidang sosiologi.
Ledakan teknologi terbaharu kerap memaksa manusia membuat penyesuaian dalam
hidup seharian. Teknologi internet, teknologi nano, teknologi komunikasi, teknologi
perubatan, teknologi angkasalepas adalah sebahagian daripada teknologi terbaharu
yang memaksa manusia menunjukkan reaksi chewitek.
Chewitek dikalangan individu yang hidup berkomuniti terserlah dengan
meluas dalam dua penggunaan iaitu telefon pintar dan aplikasi komputer. Chewitek
boleh mewujudkan rencatan budaya yang akhirnya boleh mengubah cara hidup,
sistem nilai dan persepsi komuniti. Chewitek memberanikan manusia keluar
daripada amalan tradisi dan mewujudkan reaksi sepontan. Chewitek perlu dikawal
untuk tidak dianggap melanggar tatasusila masyarakat. Chewitek telah memberi
kesan kepada penguatkuasaan peraturan mesyuarat, perhimpunan, undang-undang
sekolah, keberadaan di dalam masjid, hospital hatta hingga kepada memandu
kenderaan. Chewitek melampaui batas umur, status, agama dan budaya. Reaksi ini
berlaku dalam banyak situasi mengisi dan meneruji cara hidup manusia. Perhatikan
reaksi-reaksi ini dalam kehidupan anak-anak muda genarasi kampung dan bandar.
Bayangkan 3 suasana chewitek ini bila sekumpulan pemuda seramai lebih daripada
5 orang duduk semeja tanpa komunikasi diantara mereka. Masing-masing sibuk
melayani messej yang diterima atau menghantar messej melalui telefon bimbit.
Seorang penjawat awam begitu teruja menyiapkan borang mengumpul data yang
dirasakan olehnya terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada Ketua Jabatan.
Seorang gadis melayari facebook selama 4 jam dengan mengupload gambar hari
lahirnya untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.
Sikap kebaharu-baharuan dalam chewitek memperlihatkan hakikat kewujudan
manusia yang selalu berhubung ini berubah, dinamik dan perlukan kawalan
dalaman.

More Related Content

Istilah sosiologi chewitek

  • 1. Istilah Sosiologi - Chewitek oleh Mahali Mahat Chewitek ialah istilah sosiologi yang membawa maksud reaksi kerana menggunakan teknologi terkini atau yang belum pernah digunakan. Chewitek disebut dalam tiga sukukata iaitu che, wi dan tek. Chewitek bersifat sementara, selama mana belum wujud rasa bosan atau tercapainya kepuasan disebabkan matlamat penggunaan atau memilikinya. Reaksi kegahirahan kebaharu-baharuan menggunakan teknologi yang dianggap hebat oleh mereka. Chewitek berasal dari dua perkataan iaitu chewi dan teknologi. Chewi iaitu perkataan yang diambil daripada golongan kata Kedah Tua Pesisir. Penutur jatinya meluas di daerah Baling, Kedah Darulaman, Malaysia. Mereka menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan seseorang yang menunjukkan tingkahlaku diluar kebiasaan, reaksi kepada menggunakan/mendapatkan sesuatu yang baharu. Tingkahlaku ganjil ini sering menjadi bahan ejekan kepada mereka yang melakukannya. Seorang kanak-kanak yang mendapat sepasang kasut baharu begitu berminat dan gembira lantas mengaksikannya dan menunjuk-nunjuk demi mendapatkan perhatian atau tindakbalas orang lain. tek pula bertunjangkan perkataan teknologi yang dipendekkan menjadi tek sahaja. Teknologi membawa takrifan yang pertama iaitu pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Jadi Chewitek adalah gabungan dua perkataan Kedah Tua Pesisir dan Teknologi yang disingkatkan menjadi tek sahaja. Perubahan semasa yang memperlihatkan teknologi baharu dalam kehidupan seharian manusia telah menjadikan istilah ini diketengahkan dalam bidang sosiologi. Ledakan teknologi terbaharu kerap memaksa manusia membuat penyesuaian dalam hidup seharian. Teknologi internet, teknologi nano, teknologi komunikasi, teknologi perubatan, teknologi angkasalepas adalah sebahagian daripada teknologi terbaharu yang memaksa manusia menunjukkan reaksi chewitek. Chewitek dikalangan individu yang hidup berkomuniti terserlah dengan meluas dalam dua penggunaan iaitu telefon pintar dan aplikasi komputer. Chewitek boleh mewujudkan rencatan budaya yang akhirnya boleh mengubah cara hidup, sistem nilai dan persepsi komuniti. Chewitek memberanikan manusia keluar daripada amalan tradisi dan mewujudkan reaksi sepontan. Chewitek perlu dikawal untuk tidak dianggap melanggar tatasusila masyarakat. Chewitek telah memberi kesan kepada penguatkuasaan peraturan mesyuarat, perhimpunan, undang-undang sekolah, keberadaan di dalam masjid, hospital hatta hingga kepada memandu kenderaan. Chewitek melampaui batas umur, status, agama dan budaya. Reaksi ini berlaku dalam banyak situasi mengisi dan meneruji cara hidup manusia. Perhatikan reaksi-reaksi ini dalam kehidupan anak-anak muda genarasi kampung dan bandar.
  • 2. Bayangkan 3 suasana chewitek ini bila sekumpulan pemuda seramai lebih daripada 5 orang duduk semeja tanpa komunikasi diantara mereka. Masing-masing sibuk melayani messej yang diterima atau menghantar messej melalui telefon bimbit. Seorang penjawat awam begitu teruja menyiapkan borang mengumpul data yang dirasakan olehnya terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada Ketua Jabatan. Seorang gadis melayari facebook selama 4 jam dengan mengupload gambar hari lahirnya untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Sikap kebaharu-baharuan dalam chewitek memperlihatkan hakikat kewujudan manusia yang selalu berhubung ini berubah, dinamik dan perlukan kawalan dalaman.