Kajian terhadap implikasi Scaffolding modul P5127, Kewangan Perniagaan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Politeknik Kuching Sarawak
Mini penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk power point bagi modul P 5127, Kewangan Perniagaan. ABBM dibina bersesuaian dengan isi kandungan modul tersebut di
Politeknik dan mesra pengguna. Mini penyelidikan ini melibatkan 30 pelajar semester enam Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Kuching Sarawak sebagai sampel kajian.
1 of 1
More Related Content
Kajian terhadap implikasi Scaffolding modul P5127, Kewangan Perniagaan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Politeknik Kuching Sarawak
1. Kajian terhadap implikasi Scaffolding modul P5127, Kewangan Perniagaan
terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar Diploma Pengurusan
Perniagaan Politeknik Kuching Sarawak
Faizah Binti Sahbudin
Muhammad Nazri Bin Abdul Halim
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak
ABSTRAK
Mini penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan serta menilai
penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk power point bagi modul P
5127, Kewangan Perniagaan. ABBM dibina bersesuaian dengan isi kandungan modul tersebut di
Politeknik dan mesra pengguna. Mini penyelidikan ini melibatkan 30 pelajar semester enam
Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Kuching Sarawak sebagai sampel kajian. Dua
instrumen kajian telah digunakan di dalam mini penyelidikan ini iaitu alat bahan bantu mengajar
(ABBM) dalam bentuk power point bagi modul P5127, Kewangan Perniagaan dan borang soal
selidik. Data yang dikumpul, dianalisis dengan menggunakan program Statistics Package For
Social Sciences (SPSS) melibatkan Descriptive Statistics untuk mendapatkan nilai frekuansi,
min dan sisihan piawai. Hasil mini penyelidikan ini telah menunjukkan bahawa penghasilan alat
bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Power Point yang dibangunkan telah mendapat
keputusan yang memuaskan. Nilai purata min untuk persoalan kesesuaian isi kandungan ialah
4.73 dan untuk persoalan mesra pengguna pula ialah 4.19 manakala untuk nilai sisihan piawai
pula, masing-masing bernilai 0.46 dan 0.76. Nilai sisihan piawai adalah kurang daripada 1.00
bermaksud jawapan yang diberikan oleh responden adalah stabil untuk keseluruhan item.
Pengkaji berharap agar ada usaha penambahbaikan di masa akan datang bertujuan untuk
meningkatkan lagi ABBM dalam bentuk Power Point ini.