1. Latar Belakang:
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah
1. Menguasai kemahiran asas.
2. Menguasai kemahiran berfikir.
3. Memperoleh ilmu pengetahuan.
4. Menghayati dan mengamalkan nilai murni.
5. Membentuk sahsiah yang positif.
6. Membina kemahiran sosial.
7. Memeupuk semangat kewarganegaraan.
8. Menanam rasa cinta akan alam sekitar.
9. Memeupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.
10. Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.
11. Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:
1. Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.
2. 2. Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.
3. Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakan-nya dalam
menyelesaikan masalah harian.
4. Menguasai kemahiran belajar.
5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.
7. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas
bagi amalan hidup.
8. Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.
9. Mempunyai semangat patriotisme.
10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.
12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebuadayaan nasional.
14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif terhadap keusahawanan dan
produktiviti.
16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu di
dalam Al-Quran bagi murid Islam.
Prinsip-Prinsip KBSR
1. Perkembangan menyeluruh.
2. Penguasaan kemahiran asas.
3. Pemupukan nilai-nilai murni.
4. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5. Prinsip mudah ubah.
6. Pendidikan umum untuk semua murid.
3. 7. Pendidikan seumur hidup.
8. Bahasa merentas kurikulum.
9. Penilaian berterusan.
Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan,
pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan
secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam,
pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori
dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di
bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
Penekanan Dan Tumpuan KBSR
a. Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
b. Kemahiran berfikir.
c. Nilai merentas kurikulum.
d. Bahasa merentas kurikulum.
e. Patriotisme merentas kurikulum.
f. Strategi P & P yang berpusatkan murid.
g. Penilaian berterusan.
h. Pemulihan dan pengayaan.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
揃 Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
揃 Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik adrjah.
揃 Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.
揃 Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan media
elektronik.
揃 Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan.
4. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran
i. Permainan simulasi.
ii. Lakonan.
iii. Permainan.
iv. Demonstrasi / tunjuk cara.
v. Lawatan.
vi. Bercerita.
vii. Projek.
viii. Tutorial.
ix. Sesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas).
x. Percambahan fikiran.
Penilaian
Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa.
Penilaian sumatif dijalankan di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.
Tindakan Susulan
a. Pengayaan.
b. Pemulihan.
c. Pengukuhan.
Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya:
揃 Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid.
揃 Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan.
揃 Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan.
揃 Menggunakan bahasa yang sesuai.
揃 Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.
揃 Memberi peluang yang cukup kepada setiap murid.
5. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah
untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang
supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi
ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan
sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan
sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
6. keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -
Penerbit USM, 2007