1. Kertas Kerja Hari Keluarga dan Sukaneka
Anjuran Persatuan Penduduk dan Madrasah Al-Ittihadiyah
Taman MAIM Bukit Rumbia Alor Gajah Melaka.
1.0 PENGENALAN
1.1 Hari keluarga merupakan satu hari yang dapat dilaksanakan di antara pemimpin,
masyarakat dan juga masyarakat setempat. Tujuan program ini dilaksanakan adalah
untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat bersama2 ahli keluarga dan
anak-anak amnya.
1.2 Ianya sudah pasti akan menjadi harapan kepada Jawatan Kuasa perlaksana selain ianya
menjadi satu aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti riadah
bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti sukaneka. Oleh itu sebagai satu galakan
dalam menjayakan program ini Persatuan Penduduk dan Madrasah Al-Ittihadiyah
mengambil satu pendekatan bagi menjayakan program tersebut.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakat, gaya
berfikir akan potensi diri dan bersedia menggunkaan secara maksimum disamping
memahami orang lain dan persekitaran.
2.2 Memberi dan penambahbaikan serta menyemai semangat setia kawan, bekerjasama
dalam merapatkan hubungan sosial dikalangan masyarakat dan persekitaran.
3.0 TARIKH, TEMPOH, TEMPAT PERLAKSANAAN DAN PENYERTAAN
3.1 Tarikh : Disember 2012
3.2 Tempoh : 2 hari 1 malam
3.3 Tempat : Isma Beach Resort, Padang Kemunting Pengkalan Balak.
3.4 Penyertaan : 70 orang ibu/bapa dan 50 remaja/kanak-kanak.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Adalah menjadi harapan kumpulan sasaran ini terdiri daripada ahli keluarga dan anak-
anak yang menetap di Taman MAIM Rumbia.
5.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM
5.1 Penasihat : YAB Datuk Hj.Mohd Ali bin Rustam (Ketua Menteri Melaka)
5.2 Pengerusi Bersama : YB Datuk Norpipah binti Abdul (ADUN Kawasan Rembia)
:Encik Zamri bin Lajim(Pengerusi Persatuan Penduduk Taman MAIM)
5.3 Naib Pengerusi : Encik Muhammad Muzi bin Sulaiman
5.4 Setiausaha : Puan Rohana binti Jantan
5.5 Pen. Setiausaha : Encik Talib bin Janggi
5.6 Bendahari : Puan Noresah binti Rahman
2. 5.7 Pen. Bendahari : Puan Norizan binti Bahari
5.8 Ahli Jawatan Kuasa : Encik Azis bin Shariff
Puan Rohana bt Assahak
Encik Ahmad Zaidi bin Hj.Zaini
Puan Suzana bt Limat
Encik Dzulkeflee bin Alias
Encik Awang bin Zainal
Encik Abd Manan bin Manaf
Encik Zamros bin Bujang
Puan Shamsiah bt Ismail
Encik Mohd Yassin bin Senin
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN
Bil. Perkara Amaun
1. Penginapan berkhemah (6 ment tent) RM1500.00
RM30.00 x 1 unit x 50 unit
2. Makan dan minum
RM20.00 x 2 hari x 70 orang RM2800.00
RM15.00 x 2 hari x 50 orang RM1500.00
3. Sewa tapak/Kemudahan asas
Ibu bapa RM2.00 x 70 orang x 1 hari RM140.00
Kanak-kanak RM1.00 x 50 orang x 1 hari RM50.00
4. Pengangkutan bus
RM450.00 x 2 unit x 1 hari RM450.00
5. Sewa Khemah Canopy
RM280.00 x 3 unit RM840.00
6. Sewa P.A sistem
RM450.00 x 1 unit RM450.00
7. Kain rentang
RM150.00 x 2 unit RM300.00
8. Urusan pertandingan/alatan dan penyediaan gelanggang RM500.00
9. Hadiah-hadiah (Hamper) RM1200.00
10. Elaun Petugas
RM50.00 x 10 orang RM500.00
11. Perbelanjaan luar jangka RM300.00
12. T’shirt J/Kuasa Penganjur
RM25.00 x 30 unit RM750.00
13. Penceramah jemputan RM200.00
JUMLAH RM11930.00
(Dengan perkataan RM: Sebelas Ribu Sembilan Ratus Tiga Puluh Sahaja )
7.0 ACARA-ACARA SUKANEKA
7.1 Acara keluarga
7.1.1 Pereka fesyen (ibu, bapa dan anak-anak)
7.1.2 Isi air dalam botol (ibu, bapa dan anak-anak)
7.1.3 Tarik upih (ibu, bapa dan anak-anak)
3. 7.2 Acara berpasukan
7.2.1 Bowling kelapa (3 perempuan dan 2 lelaki)
7.2.2 Belon air (7 orang campuran lelaki dan perempuan)
7.2.3 Tarik tali (7 orang lelaki)
7.2.4 Tarik tali (7 orang perempuan)
7.3 Acara dewasa berpasukan
7.3.1 Lari dalam guni (3 lelaki dan 3 perempuan)
7.3.2 Susun batu bata (6 lelaki)
7.3.3 Penguin football (6 lelaki)
7.4 Acara kanak-kanak
7.4.1 Mewarna (5-7 tahun crayon)
7.4.2 Mewarna (8-12 tahun pensel warna)
7.4.3 Pecah belon (5-7 tahun)
7.4.4 Cari barang (5-12 tahun)
7.4.5 Susun surat khabar (5-7 tahun)
7.5 Kategori khas
7.5.1 Keluarga ceria
7.5.2 Peserta paling sporting
8.0 PENUTUP
8.1 Untuk mencapai objektif tersebut para peserta perlu untuk mendapat pendedahan dan
pengecaman sebanyak mungkin. Ini akan membolehkan para peserta menyertai dan
mengendalikan aktiviti ini dengan lancar serta sambutan yang menggalakkan.
8.2 Lebih menyeronokkan lagi cabaran dan pengecaman menglibatkan diri dalam aktiviti ini
akan memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya ssemangat bekerjasama
dalam pasukan, sifat ketabahan mental, kegigihan, disiplin dan kepimpinan dalam
menjayakan sesuatu program.