Program ini merangkum aktiviti sukan tahunan untuk murid-murid prasekolah di SK Krait pada 8 November 2018. Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat persaingan dan kerjasama, serta mencungkil bakat sukan murid-murid. Aktiviti termasuk sukan sekolah dan sukaneka prasekolah seperti larian, lompat jauh dan bola tampar. Program ini diharapkan dapat memperkembangkan potensi murid
1 of 6
More Related Content
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
1. 1
PRASEKOLAH KEBANGSAAN KRAIT
94700 SERIAN, SARAWAK
Email : prasekolahskkrait@gmail.com
KERTAS KERJA
SUKANEKA PRASEKOLAH
TARIKH: 8 NOVEMBER 2018
HARI: KHAMIS
MASA: 7.30 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: PADANG SK KRAIT
1 Malaysia Penjana Transformasi
Disediakan oleh:
Joyce Robert
2. 2
Setiausaha Sukaneka Prasekolah Sk Krait
KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH SK KRAIT TAHUN 2018
Pengenalan
Program Sukaneka Prasekolah Sk Krait yang akan diadakan merupakan aktiviti tahunan
unit Kokurikulum. Dengan berlangsungnya aktiviti ini, perpaduan dan silaturrahim di
kalangan murid-murid, guru-guru, staf-staf sokongan dan para ibu bapa dapat dipupuk.
Di samping itu, murid-murid dapat membudayakan gaya hidup yang sihat di dalam
kehidupan mereka. Program Sukaneka Prasekolah ini juga turut melibatkan semua
murid-murid prasekolah ketika berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan.
Matlamat
Melaksanakan program sukaneka prasekolah peringkat sekolah adalah untuk
mencungkil bakat serta kebolehan yang ada pada setiap murid prasekolah dalam aktiviti
sukaneka. Dengan berlangsungnya aktiviti ini, maka ia dapat menyerlahkan lagi bakat-
bakat dansemangat murid-murid dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan. Di samping
itu, programini dijalankan adalahuntuk mencungkil bakat barudi kalangan murid-murid
prasekolah untuk diserapkan ke pasukan Sukaneka Zon bahagian Serian. Selain daripada
itu, program ini juga bermatlamat untuk menambah bilangan penyertaan murid-murid,
guru-guru serta staf secara lebih efisyen dalam aktiviti sekolah dan menyemai budaya
dan gaya hidup sihat serta mengamalkan konsep keghairahan bersukan. Program ini
dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
Objektif
Dengan aktiviti ini murid dapat:
1. Menguasai kemahiran psikomotor asas iaitu kemahiran motor halus dan kasar.
2. Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
3. Membina insan yang aktif dan kreatif.
4. Mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid prasekolah seterusnya dapat
memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
5. Mewujudkan semangat kesukanan, setiakawan dan persaingan sihat antara
murid-murid prasekolah.
6. Mendedahkan murid tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian.
7. Mendidik amalan daya saing yang sihat dalam bidang sukan.
8. Menggalakkan murid agar berminat dalam bidang sukan.
3. 3
9. Mengukuhkan potensi murid-murid dalam semua aspek terutamanya mental,
rohani, emosi dan intelek agar menjadi insan yang cemerlang.
10. Untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan murid-murid
sekolah.
11. Memberi peluang kepada murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukaneka secara positif.
RASIONAL
Program Sukaneka Prasekolah ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-
murid tentang kepentingan aktiviti sukan dalam kehidupan di samping bidang akademik.
Malah perlu diseimbangkan dengan aktiviti-aktiviti kecerdasan bagi kebaikan kesihatan
tubuh badan seseorang. Aktiviti ini perlu diadakan bagi memenuhi kehendak sistem
pembelajaran dan kurikulum prasekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Tarikh
8 November 2018
Kumpulan sasaran
Murid-murid prasekolah SK Krait
Koordinator
ï‚· Guru Prasekolah
Anggaran Pembelanjaan
1. Hadiah (Peruntukan PCG Prasekolah)
o Tempat pertama MEDAL RM 100.00
o Tempat kedua MEDAL RM 100.00
o Tempat ketiga MEDAL RM 50.00
4. 4
JUMLAH =RM 250.00
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH SK
KRAIT 2018
PENASIHAT : EN. TONY ANAK KUMUNDAN (Guru Besar)
PENGERUSI : PN. SHIRLEY ANAK VALENTINE
NAIB PENGERUSI : PN. ANGELA ANAK MANJANG
SETIAUSAHA: CIK JOYCE ROBERT
BENDAHARI : PN. SHIRLEY ANAK VALENTINE
AJK :
a) Pendaftaran : PN. NORLIA ANAK MULAN
b) Buku Program : CIK JOYCE ROBERT
c) Peralatan : EN. ATU ANAK NYAWER
EN. PATRICK MADANG ANYI
EN. JUSEM ANAK NYANDUNG
d) Keselamatan / Kebersihan : PN. FLORINIE ANAK SAMAN (K)
SEMUA IBU BAPA DAN MURID PRASEKOLAH
e) Hadiah & Cenderamata : PN. SHIRLEY ANAK VALENTINE
f) Jamuan : PN. JOHANNA ANAK ANDREW
g) Dokumentasi : CIK. JOYCE ROBERT
5. 5
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.30 - 8.00 pagi PENDAFTARAN
8.00 – 10.00 pagi SUKAN SEKOLAH & SUKANEKA PRASEKOLAH 1
10.30 – 11.00 pagi MINUM PAGI
11.00 – 12.30 tengah
hari
SUKAN SEKOLAH & SUKANEKA PRASEKOLAH 2
12.30 – 1.30 petang MAKAN TENGAH HARI
1.30 – 4.00 petang SUKAN SEKOLAH & SUKANEKA PRASEKOLAH 3
4.00 – 5.00 petang MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH
Penutup
Pihak penganjur berharap melalui program kecemerlangan pendidikan prasekolah ini
kanak-kanak dapat didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta dapat
memperkembangkan lagi bakat dan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
............................................... ..........................................
(JOYCE ROBERT) (TONY ANAK KUMUNDAN)
Setiausaha Program Sukaneka Prasekolah, Guru Besar,
SK Krait, SK Krait,
Serian, Sarawak. Serian, Sarawak.