際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Kesalahan Umum
Tatabahasa
1.
a)

Salah Dari Segi Kata Ganti Diri
beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati
sahaja. Tidak boleh guna beliau untuk kanak-kanak,
penjenayah dan orang yang hina.
cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X)
Dia ditangkap polis. (/)
ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah sihat. (X)
Beliau sudah sihat. (/)
 Ianya tidak boleh digunakan kerana

salah dari segi bahasa.
cth: Ianya akan dihukum. (X)
Ia akan dihukum. (/)

 Ia atau dia hanya digunakan untuk
manusia.
Cth: Itu beg kulit. Ia amat mahal. (X)
Beg itu amat mahal. (/)
 Kata ganti yang menunjukkan banyak

tidak boleh digandakan lagi.
cth: Mereka-mereka pelajar sekolah.(X)
Mereka pelajar sekolah. (/)
Para-para pemimpin. (X)
Para pemimpin.. ( /)
 Kami bererti saya dan dia apabila

bercakap dengan orang kedua.

Cth: Kita takut, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X)
Kami takut,  (/)

 Kita bererti anda dengan saya atau

anda dengan kami.

Cth: Kami berusaha, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X)
Kita berusaha, (/)
K. Zi Ying
 Pada 3.1.2011
2. Salah guna kata bilangan
 Salah guna berbagai. Yang betul ialah

berbagai-bagai atau pelbagai.
Cth: Berbagai cara.. (X)
Berbagai-bagai cara. (/)
Pelbagai cara.. (/)
 Salah guna tiap. Yang betul ialah setiap

atau tiap-tiap.

Cth: Tiap perkara(X)
Tiap-tiap perkara (/)
Setiap perkara .. (/)




Kata setengah tidak sama dengan setengahsetengah.
Setengah-setengah = sesetengah
Setengah bermaksud separuh.
cth: setengah gelas air,bendera setengah tiang.



Setengah-setengah atau sesetengah
bermaksud sebahagian, sebilangan.
cth: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar
 Kata bilangan dengan pecahan mestilah

dipisahkan.

Cth: dua suku jam (X)
dua jam suku (/)
lima setengah ringgit (X)
lima ringgit setengah (/)
Kata Bilangan
1. Kata nama abstrak tidak boleh
menggunakan penjodoh bilangan.
cth: dalam sebuah masyarakat ( X)
dalam masyarakat (/)
mempunyai sebuah cita-cita ( X)
mempunyai cita-cita (/)
Kata Bilangan Tak Tentu


Kata bilangan tak tentu ,kecuali beberapa,TIDAK boleh
menggunakan penjodoh bilangan.
cth: sebahagian orang penduduk (X)
sebahagian penduduk (/)
seluruh buah negeri (X)
seluruh negeri (/)
segala ekor binatang (X)
segala binatang (/)
setiap orang warganegara (X)
setiap warga negara (/)
beberapa helai kertas (/)
Kata Sendi
Dari digunakan untuk masa dan tempat sahaja.
cth: dari Kemaman
dari kedai
dari pukul 8.00 malam
dari tahun lepas
 Daripada digunakan selain tempat dan masa.
cth: daripada kain sutera
daripada kakak
daripada kajian
Kata Sendi Oleh
 Oleh digunakan selepas kata kerja pasif

berawalan di atau ter .
cth: tertarik dengan kecantikan (X)
tertarik oleh kecantikan (/)
Oleh sebab = kerana
 Oleh kerana salah digunakan di dalam

ayat. Yang betul ialah oleh sebab.
cth: Dia tidur oleh kerana letih. (X)
Dia tidur oleh sebab letih. (/)
Dia tidur sebab letih. (X)
Dia tidur kerana letih. (/)
Penggunaan Kata Kerja
Mesti gunakan awalan ter, men atau ber bagi
kata kerja tak transitif yang memerlukannya.
Cth: Abu kata kepada saya. (X)
Abu berkata kepada saya. (/)
Badan budak itu lecur. (X)
Badan budak itu melecur. (/)
Orang itu senyum kepada saya. (X)
Orang itu tersenyum kepada saya. (/)
Apitan men...kan dan men....i
1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X)
Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/)
2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat itu. (X)
Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung. (/)
3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X)
Dia membeli kuih untuk adiknya. (/)
4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X)
Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)
Kesalahan Kata Hubung
1. Bila digunakan untuk ayat tanya manakala apabila
digunakan sebagai kata sendi.
cth: Dia makan bila lapar. (X)
Dia makan apabila lapar. (/)
2. Tidak boleh guna agar supaya serentak lerana
maknanya sama.
cth: Lim makan ubat agar supaya sihat. (X)
Lim makan ubat agar sihat. (/)
Lim makan ubat supaya sihat. (/)
Kesalahan Frasa Nama
Apabila kata bilangan menunjukkan banyak,
maka kata nama tidak boleh diulangkan.
Cth: dua buah lori-lori (X)
dua buah lori (/)
beberapa orang pekerja-pekerja (X)
beberapa orang pekerja (/)
setiap pelajar-pelajar (X)
setiap pelajar (/)
Kata Adjektif yang diulang
 Apabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi

diulang kata namanya.

cth: Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X)
Bajunya cantik-cantik belaka. (/)
Baju-bajunya cantik belaka. (/)
Hukum DM
Struktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada hukum dalam bahasa
Inggeris.
D = diterangkan, M = menerangkan
Perkara atau benda yang hendak diterangkan di depan manakala
penerangan untuk perkara atau benda itu mengikuti selepasnya.
Cth: Tan Klinik (X)
Klinik Tan (/)
mini stadium (X)
stadium mini (/)
lain-lain hal (X)
hal-hal lain (/)
penghawa dingin (X)
pendingin hawa (/)
goreng pisang (X)
pisang goreng (/)
Frasa Adjektif
 Saya sayang ibu saya.

(X)
Saya sayang akan ibu saya. (/)
Saya percaya orang itu. (X)
Saya percaya akan orang itu. (/)
Saya hormat ibu bapa saya. (X)
Saya hormat/patuh kepada ibu bapa
saya. (/)
Frasa Adjektif
Kata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh)
boleh digandingkan dengan sekali).
 Kata penguat lain tidak boleh digandingkan
dengan sekali.
Cth: Pisau itu paling tajam sekali. (X)
Pisau itu amat tajam sekali. (/)
Pisau itulah yang tertajam sekali. (X)
Pisau itulah yang tertajam. (/)
Frasa Adjektif
 Kata adjektif berawalan ter tidak boleh

bertugas sebagai predikat.
Cth: Pakaian itu tersesuai. (X)
Pakaian itu amat sesuati. (/)
Bangunan itu tertinggi. (X)
Bangunan itu paling tinggi. (/)
Frasa Kerja Aktif (FKA)
FKA terbahagi kepada dua iaitu:Frasa Kerja Transitif (FKT)
Frasa Kerja Intransitif (FKI)
 FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek.
Cth: Ibu menggosok di dalam bilik. (X)
Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/)
 FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila
dipanjangkan.
Cth: Dia lupa janji-janjinya. (X)
Dia lupa akan janji-janjinya. (/)
FK Intransitif berapitan berkan
 Tidak boleh disertakan kata sendi

selepasnya. Ini kerana kan telah
menggantikan kata sendi akan, dengan,
pada dan tentang.
Cth: Meja itu beralaskan dengan kain. (X)
Meja itu beralaskan kain. (/)
FK Transitif
Tidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja
transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.
Cth:1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X)
Beliau banyak mempunyai pengalaman. (/)
2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. (X)
Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi. (/)
Frasa Kerja Pasif (FKP)
Terbahagi kepada dua:i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua.
ii. FKP Diri Ketiga.
 Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah
mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata
bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti
diri.
Cth: Buku itu saya belum baca. (X)
Buku itu belum dibaca oleh saya. (X)
Buku itu belum saya baca. (/)
Frasa Kerja Pasif Diri
Ketiga(FKPDT)
 Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti

diri ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka
dan objek-objek lain.
 Kata ganti diri ketiga hendaklah berada
selepas kata kerja pasif berimbuhan di
Cth: i. Beg itu Ong beli. (X)
Beg itu dibeli oleh Ong. (/)
Beg itu dibeli Ong. (/)

More Related Content

Kesalahan umum-tatabahasa

  • 1. Kesalahan Umum Tatabahasa 1. a) Salah Dari Segi Kata Ganti Diri beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna beliau untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina. cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X) Dia ditangkap polis. (/) ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah sihat. (X) Beliau sudah sihat. (/)
  • 2. Ianya tidak boleh digunakan kerana salah dari segi bahasa. cth: Ianya akan dihukum. (X) Ia akan dihukum. (/) Ia atau dia hanya digunakan untuk manusia. Cth: Itu beg kulit. Ia amat mahal. (X) Beg itu amat mahal. (/)
  • 3. Kata ganti yang menunjukkan banyak tidak boleh digandakan lagi. cth: Mereka-mereka pelajar sekolah.(X) Mereka pelajar sekolah. (/) Para-para pemimpin. (X) Para pemimpin.. ( /)
  • 4. Kami bererti saya dan dia apabila bercakap dengan orang kedua. Cth: Kita takut, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X) Kami takut, (/) Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Cth: Kami berusaha, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X) Kita berusaha, (/)
  • 5. K. Zi Ying Pada 3.1.2011
  • 6. 2. Salah guna kata bilangan Salah guna berbagai. Yang betul ialah berbagai-bagai atau pelbagai. Cth: Berbagai cara.. (X) Berbagai-bagai cara. (/) Pelbagai cara.. (/)
  • 7. Salah guna tiap. Yang betul ialah setiap atau tiap-tiap. Cth: Tiap perkara(X) Tiap-tiap perkara (/) Setiap perkara .. (/)
  • 8. Kata setengah tidak sama dengan setengahsetengah. Setengah-setengah = sesetengah Setengah bermaksud separuh. cth: setengah gelas air,bendera setengah tiang. Setengah-setengah atau sesetengah bermaksud sebahagian, sebilangan. cth: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar
  • 9. Kata bilangan dengan pecahan mestilah dipisahkan. Cth: dua suku jam (X) dua jam suku (/) lima setengah ringgit (X) lima ringgit setengah (/)
  • 10. Kata Bilangan 1. Kata nama abstrak tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: dalam sebuah masyarakat ( X) dalam masyarakat (/) mempunyai sebuah cita-cita ( X) mempunyai cita-cita (/)
  • 11. Kata Bilangan Tak Tentu Kata bilangan tak tentu ,kecuali beberapa,TIDAK boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: sebahagian orang penduduk (X) sebahagian penduduk (/) seluruh buah negeri (X) seluruh negeri (/) segala ekor binatang (X) segala binatang (/) setiap orang warganegara (X) setiap warga negara (/) beberapa helai kertas (/)
  • 12. Kata Sendi Dari digunakan untuk masa dan tempat sahaja. cth: dari Kemaman dari kedai dari pukul 8.00 malam dari tahun lepas Daripada digunakan selain tempat dan masa. cth: daripada kain sutera daripada kakak daripada kajian
  • 13. Kata Sendi Oleh Oleh digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di atau ter . cth: tertarik dengan kecantikan (X) tertarik oleh kecantikan (/)
  • 14. Oleh sebab = kerana Oleh kerana salah digunakan di dalam ayat. Yang betul ialah oleh sebab. cth: Dia tidur oleh kerana letih. (X) Dia tidur oleh sebab letih. (/) Dia tidur sebab letih. (X) Dia tidur kerana letih. (/)
  • 15. Penggunaan Kata Kerja Mesti gunakan awalan ter, men atau ber bagi kata kerja tak transitif yang memerlukannya. Cth: Abu kata kepada saya. (X) Abu berkata kepada saya. (/) Badan budak itu lecur. (X) Badan budak itu melecur. (/) Orang itu senyum kepada saya. (X) Orang itu tersenyum kepada saya. (/)
  • 16. Apitan men...kan dan men....i 1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X) Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/) 2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat itu. (X) Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung. (/) 3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X) Dia membeli kuih untuk adiknya. (/) 4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X) Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)
  • 17. Kesalahan Kata Hubung 1. Bila digunakan untuk ayat tanya manakala apabila digunakan sebagai kata sendi. cth: Dia makan bila lapar. (X) Dia makan apabila lapar. (/) 2. Tidak boleh guna agar supaya serentak lerana maknanya sama. cth: Lim makan ubat agar supaya sihat. (X) Lim makan ubat agar sihat. (/) Lim makan ubat supaya sihat. (/)
  • 18. Kesalahan Frasa Nama Apabila kata bilangan menunjukkan banyak, maka kata nama tidak boleh diulangkan. Cth: dua buah lori-lori (X) dua buah lori (/) beberapa orang pekerja-pekerja (X) beberapa orang pekerja (/) setiap pelajar-pelajar (X) setiap pelajar (/)
  • 19. Kata Adjektif yang diulang Apabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi diulang kata namanya. cth: Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X) Bajunya cantik-cantik belaka. (/) Baju-bajunya cantik belaka. (/)
  • 20. Hukum DM Struktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada hukum dalam bahasa Inggeris. D = diterangkan, M = menerangkan Perkara atau benda yang hendak diterangkan di depan manakala penerangan untuk perkara atau benda itu mengikuti selepasnya. Cth: Tan Klinik (X) Klinik Tan (/) mini stadium (X) stadium mini (/) lain-lain hal (X) hal-hal lain (/) penghawa dingin (X) pendingin hawa (/) goreng pisang (X) pisang goreng (/)
  • 21. Frasa Adjektif Saya sayang ibu saya. (X) Saya sayang akan ibu saya. (/) Saya percaya orang itu. (X) Saya percaya akan orang itu. (/) Saya hormat ibu bapa saya. (X) Saya hormat/patuh kepada ibu bapa saya. (/)
  • 22. Frasa Adjektif Kata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh) boleh digandingkan dengan sekali). Kata penguat lain tidak boleh digandingkan dengan sekali. Cth: Pisau itu paling tajam sekali. (X) Pisau itu amat tajam sekali. (/) Pisau itulah yang tertajam sekali. (X) Pisau itulah yang tertajam. (/)
  • 23. Frasa Adjektif Kata adjektif berawalan ter tidak boleh bertugas sebagai predikat. Cth: Pakaian itu tersesuai. (X) Pakaian itu amat sesuati. (/) Bangunan itu tertinggi. (X) Bangunan itu paling tinggi. (/)
  • 24. Frasa Kerja Aktif (FKA) FKA terbahagi kepada dua iaitu:Frasa Kerja Transitif (FKT) Frasa Kerja Intransitif (FKI) FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek. Cth: Ibu menggosok di dalam bilik. (X) Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/) FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila dipanjangkan. Cth: Dia lupa janji-janjinya. (X) Dia lupa akan janji-janjinya. (/)
  • 25. FK Intransitif berapitan berkan Tidak boleh disertakan kata sendi selepasnya. Ini kerana kan telah menggantikan kata sendi akan, dengan, pada dan tentang. Cth: Meja itu beralaskan dengan kain. (X) Meja itu beralaskan kain. (/)
  • 26. FK Transitif Tidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek. Cth:1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X) Beliau banyak mempunyai pengalaman. (/) 2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. (X) Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi. (/)
  • 27. Frasa Kerja Pasif (FKP) Terbahagi kepada dua:i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua. ii. FKP Diri Ketiga. Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti diri. Cth: Buku itu saya belum baca. (X) Buku itu belum dibaca oleh saya. (X) Buku itu belum saya baca. (/)
  • 28. Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPDT) Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti diri ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka dan objek-objek lain. Kata ganti diri ketiga hendaklah berada selepas kata kerja pasif berimbuhan di Cth: i. Beg itu Ong beli. (X) Beg itu dibeli oleh Ong. (/) Beg itu dibeli Ong. (/)