1. Budaya tradisional Melayu dan budaya moden sering berkonflik disebabkan oleh perbezaan nilai dan amalan antara keduanya. Budaya tradisional lebih menekankan nilai-nilai agama manakala budaya moden cenderung mengutamakan kebebasan dan keuntungan.
2. Budaya Melayu tradisional masih diwarisi tetapi mengalami perubahan akibat pengaruh luar. Contohnya, amalan kenduri kesyukuran kini lebih menek
1 of 3
More Related Content
Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden
1. Mengapa terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden?
Kebudayaan merupakan satu ikutan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat dari
generasi ke generasi. Kebudayaan ini diperoleh melalui proses penyerapan ke
dalam amalan kehidupan sehari-hari dan ditiru oleh masyarakat berikutnya sebagai
mengekal dan menghormati budaya asal. Namun demikian, perkembangan
globalisasi telah mengakibatkan wujud pula budaya moden. Fenomena inilah
akhirnya mula mewujudkan konflik antara budaya tradisional dan budaya moden.
Konflik yang berlaku antara kedua-dua budaya ini dalam masyarakat Melayu
sebenarnya dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya adalah kerana agama.
Konflik boleh berlaku dalam kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden kerana
berlakunya perselisihan kehendak dalam agama masyarakat Islam dengan budaya
moden yang diserap dari barat. Budaya Meayu tradisional kebanyakannya kuat
dipengaruhi dengan nilai-nilai agam dan norma yang terpimpin. Namun sebaliknya
pula berlaku dengan budaya barat yang mengabaikan faktor ini. Mereka hanya
melihat dari sudut pandangan kebebasan sahaja. Contohnya dalam bidang
perniagaan. Dalam budaya Melayu tradisional, amalan perniagaan adalah
berprinsipkan Islam iaitu memenuhi keperluan manusia di samping mendapatkan
rezeki untuk diri sendiri. Hal ini bertepatan dengan kehendak Islam yang
menginginkan umatnya berniaga sambil beramal. Tetapi pengaruh perniagaan
budaya kapitalisma (Barat) yang di bawa ke alam Melayu pula lebih mementingkan
keuntungan semata-mata. Aspek kebajikan pelanggan tidak dihiraukan lagi malah
wujud juga penindasan dalam perniagaan cara moden ini. Contohnya amalan riba
dalam perbankan dan penipuan dalam timbangan dan sukatan. Hakikat ini tidak
diamalkan dalam budaya perniagaan Melayu tradisional. Akan tetapi, budaya ini
tetap diterima pakai dalam perniagaan di Malaysia. Penyerapan budaya ini tetap
berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun hakikat yang nyata, budaya ini
tetap tidak diiktiraf di hati masyarakat Melayu Islam yang sejati.
Dari aspek pemakaian juga turut berlaku konflik antara dua budaya ini. Berdasarkan
budaya asal (tradisional) masyarakat Melayu, pakaian yang dijadikan amalan ialah
budaya berpakaian sopan, menutup aurat dan tidak menghairahkan. Aspek ini
penting kerana melambangkan kesopanan, budi bahasa, kesantunan dan
keperibadian masyarakat Melayu. Namun, budaya pemakaian moden yang
menerobos ke alam Melayu telah menjadikan amalan ini sedikit sebanyak semakin
luntur terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Budaya pemakaian ala moden
lebih mementingkan fesyen yang menjadi ikutan global dan berjenama. Aspek nilai
moral dan agama diabaikan langsung. Akan tetapi, jika ditanya, semua masyarakat
Melayu akan akur bahawa pakaian cara Melayu tradisional adalah lebih wajar
diamalkan berbanding budaya pakaian moden yang kelihatannya lebih buruk dan
tiada langsung melambangkan sikap menghormati agama. Pertentangan antara
kehendak kedua-dua budaya inilah yang akhirnya menimbulkan konflik dalam
budaya pemakaian di Malaysia.
2. Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa budaya tradisional sememangnya lebih
wajar diikuti berbanding budaya moden terutamanya bagi amalan yang berkaitan
dengan hubungan interaksi antara manusia. Budaya tradisional juga lebih
berperikemanusiaan dan santun berbanding budaya moden yang lebih individualistik
dan duniawi.
2) Budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan banyak berlaku
di Malaysia. Budaya yang mengalami persambungan dan perubahan bermaksud
budaya yang terus diwarisi oleh generasi baru daripada generasi lama melalui ikutan
yang diamalkan yang kemudiannya mengalami beberapa perubahan atau
improvisasi berdasarkan kehendak kemajuan dan globalisasi.
Antara budaya Melayu yang mengalami persambungan dan mengalami perubahan
ialah budaya mengadakan kenduri kesyukuran. Masyarakat Melayu dahulu
mengadakan kenduri kesyukuran dengan menjemput jiran tetangga, saudara-mara
dan fakir miskin sebagai tetamu. Semuanya dibuat berteraskan tuntutan Islam.
Namun masyarakat Melayu masa kini, terutamanya masyarakat bandar tidak lagi
dan jarang mengamalkan tabiat ini. Walaupun membuat kenduri kesyukuran masih
diamalkan, tapi jemputan yang hadir pula kebanyakannya adalah daripada golongan
sedarjat mereka sahaja demi menjaga maruah. Malah kenduri kesyukuran yang
diadakan pula sudah ada yang bertukar kepada parti dengan mengabaikan terus
pembacaan doa selamat pada hari jadi contohnya. Perkara yang berlaku adalah
nyanyian lagu hari jadi dan upacara tiupan lilin. Masyarakat dahulu akan
mengadakan majlis ulangtahun dengan kenduri kesyukuran dan doa sambil
membuat kebajikan kepada fakir miskin, tetapi masyarakat kini membuat kenduri
untuk bersuka ria dan menjaga status mereka sahaja. Tetapi, amalan membuat
kenduri masih dikekalkan cuma kaedah pelaksanaannya sahaja yang berubah.
Budaya Melayu yang diwarisi sememangnya tidak dapat dinafikan ada yang akan
mengalami perubahan berdasarkan kehendak masyarakat sekitarnya. Hakikat ini
berlaku kerana adanya pengaruh luar yang lebih berkuasa dan menarik minat
masyarakat setempat.Contoh budaya Melayu yang mengalami persambungan dan
perubahan adalah budaya lepak di kedai kopi, khususnya masyarakat di Pantai
Timur. Jika dahulu, masyarakat Melayu di kampung-kampung iaitu golongan lelaki
suka mengamalkan budaya lepak di kedai kopi. Aktiviti kebiasaan yang dilakukan
pada masa dahulu ketika melepak di kedai kopi ialah bermain dam, bercerita tentang
binatang peliharaan mereka seperti burung atau sebagainya sambil menghisap
rokok daun nipah. Setelah wujudnya pengaruh luar dari segi permainan dan
sebagainya, budaya lepak ini masih lagi dikekalkan, akan tetapi beberapa aktivitinya
telah mengalami perubahan. Jika dahulu aktiviti semasa melepak di kedai kopi ialah
bermain dam, menghisp rokok daun, dan bercerita tentang binatang kesayangan,
kini aktivitinya ialah bermain daun terup, bermain carrom, sambil minum air coca-
cola, air soda, air nescafe, dan rokok yang dihisap pula adalah rokok import seperti
3. rokok Dunhill, Marlboro, dan sebagainya. Fenomena ini jelas menunjukkan budaya
Melayu masyarakat pedalaman yang bersambung tetapi mengalami sedikit
perubahan kerana faktor globalisasi.
Berdasarkan huraian ini, jelaslah bahawa budaya yang diamalkan oleh Masyarakat
Melayu sememangnya akan sentiasa diwarisi akan tetapi tetap perlu akur dengan
perubahan yang bakal berlaku kerana kemajuan semasa. Perubahan ini juga
berlaku kerana faktor sikap manusia yang lebih individualistik dan memandang
prestij. Fenomena seumpama ini seharusnya dikecam dan tidak wajar diikuti kerana
segala ini boleh meruntuhkan moral masyarakat Melayu.