際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KPS 6014 : TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN
PENDIDIKAN
TUGASAN 2
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN
NAMA :- NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL
NO.MATRIK :- M20122001290
N.PENSYARAH :- PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI
PERSPEKTIF SOSIOLOGI MERANGKUMI TEORI DAN KONSEP SOSIOLOGI
ANALISIS ISU PENDIDIKAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI STRUKTURAL
FUNGSIONAL
Teori Struktural Fungsional ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam
kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap
seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang
tersendiri.
Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan
bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma
yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur.
Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi. Menurut
teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian
masyarakat.
Menurut Brinkerhoff dan White (1989 : 9), terdapat tiga andaian utama ahli-ahli
fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama
untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan
bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk
mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada
masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Tidak dapat dinafikan
bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berhubung kait dalam
mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja.
ANALISIS ISU : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERLAKUNYA
JENAYAH DI KALANGAN REMAJA
1. Institusi Keluarga
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga
adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama
dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan
keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang
kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak
mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. James Becker
mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-
anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan
ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang
penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing,
memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan
mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.
2. Pihak Sekolah
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada
masyarakat yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh
Weber. Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri.
Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para
pelajar. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing.
Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga
berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti
persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru
semakin hari semakin mencabar. Kini, guru tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar
bermasalah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan corak pendidikan ibu bapa.
Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik
anak-anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah
yang sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan
teguran guru. Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga
pelajar sudah cukup mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar
bermasalah. Namun kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap
meneruskan usaha melalui pelbagai cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan mereka untuk membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang
bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif yang mungkin menimpa diri.
3. Media Massa / Internet
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin
canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan
yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan
daripada golongan dewasa. Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal
yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang
banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba
sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah
program televisyen. Selain daripada video cakera padat, bahan-bahan pornografi juga
mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini
mendapat panduan yang betul.
4. Rakan Sebaya
Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan sebaya
mereka. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya
merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila
pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atau
remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di
luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral
dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme di kalangan remaja seperti
Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah cukup memberi cabaran serta saingan
kepada usaha dan tugas guru untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah
pengalaman budaya sihat. Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan
nilai tingkah laku pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang
bermasalah dan keciciran dalam pelajaran.
MENGANALISIS ISU BERDASARKAN TIGA KONSEP SOSIOLOGI
Terdapat tiga konsep sosiologi dianalisis berdasarkan isu yang dipilih, antara konsep sosiologi
adalah seperti berikut:
A. Modenisasi
Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat
sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai
keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti,
hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah
sebagai gaya hidup moden. Modenisasi adalah salah satu alasan utama yang menjurus kepada
masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia
yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik
dan materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai
bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional,
masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan
barang-barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka,
jiran atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas
 diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak
diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima
pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini
terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing.
Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini
akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah.
B. Kelas Sosial
Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak
stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari
keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar
terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah. Di rumah,
kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu,
bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan
pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan
ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman
(1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah
disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani.
C. Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri
lahir daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid
warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material
ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah
penyelewengan budaya. Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan
nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat.
Walau bagaimana pun, terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan
kumpulan-kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut
subbudaya. Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan
kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-
kumpulan ini mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan
bersekolah. Antara contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah
seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal.
Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan
komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini
perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah
disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak
faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini.
Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Maka, adalah wajar bagi
masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini. Sebagai penjaga
kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang
menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan
membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan
dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada
membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar. Akhir sekali, marilah kita dengan penuh
sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari
jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan
permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus
merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.
RUJUKAN
Amir Hassan, 2001. (Penteorian Sosiologi dan Pendidikan), Tanjong Malim: Quantum Books.
Inkeles, Alex, 1982. (Apa Itu Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus penguin sosiologi. Oleh : Abercrombie, N. , Hill , S., & Turner, BS (2006).
Harmondsworth , UK: Penguin.
Noran Fauziah Yaakub, 1987. (Pengantar Sosiologi), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling
Jaya.
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. (Sosiologi Pendidikan), Kuala Lumpur: Heinemann.
Ting Chew Peh, 1979. (Konsep Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

More Related Content

Kps 6014 tugasan 2

  • 1. KPS 6014 : TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN TUGASAN 2 SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN NAMA :- NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL NO.MATRIK :- M20122001290 N.PENSYARAH :- PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI
  • 2. PERSPEKTIF SOSIOLOGI MERANGKUMI TEORI DAN KONSEP SOSIOLOGI ANALISIS ISU PENDIDIKAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI STRUKTURAL FUNGSIONAL Teori Struktural Fungsional ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Menurut Brinkerhoff dan White (1989 : 9), terdapat tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berhubung kait dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja.
  • 3. ANALISIS ISU : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERLAKUNYA JENAYAH DI KALANGAN REMAJA 1. Institusi Keluarga Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak- anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis. 2. Pihak Sekolah Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber. Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para
  • 4. pelajar. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar. Kini, guru tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan corak pendidikan ibu bapa. Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak-anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru. Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah. Namun kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif yang mungkin menimpa diri. 3. Media Massa / Internet Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa. Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang
  • 5. banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Selain daripada video cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul. 4. Rakan Sebaya Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme di kalangan remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah cukup memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guru untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat. Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah laku pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan keciciran dalam pelajaran.
  • 6. MENGANALISIS ISU BERDASARKAN TIGA KONSEP SOSIOLOGI Terdapat tiga konsep sosiologi dianalisis berdasarkan isu yang dipilih, antara konsep sosiologi adalah seperti berikut: A. Modenisasi Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden. Modenisasi adalah salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah.
  • 7. B. Kelas Sosial Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani. C. Budaya Sekolah Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya. Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun, terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya. Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-
  • 8. kumpulan ini mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan bersekolah. Antara contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal. Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah.
  • 9. CADANGAN DAN KESIMPULAN Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini. Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar. Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.
  • 10. RUJUKAN Amir Hassan, 2001. (Penteorian Sosiologi dan Pendidikan), Tanjong Malim: Quantum Books. Inkeles, Alex, 1982. (Apa Itu Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus penguin sosiologi. Oleh : Abercrombie, N. , Hill , S., & Turner, BS (2006). Harmondsworth , UK: Penguin. Noran Fauziah Yaakub, 1987. (Pengantar Sosiologi), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. (Sosiologi Pendidikan), Kuala Lumpur: Heinemann. Ting Chew Peh, 1979. (Konsep Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.