1. Masalah membaca
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang
dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham
makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk
meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang
dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca.
Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya.
Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau
menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -
kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru
-guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu
sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik
flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang
lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja
dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku
atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia
bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf
(decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang
mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun,
dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap
sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau
tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang
dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir
tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat
yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih
menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang
lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah
memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut
lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami
apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat
ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan,
menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada
pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak
yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh
membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut
terjejas.
2. Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu
perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan
jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca "
sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan
kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu
singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada
dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham
apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan
yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar
memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia
memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah
dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak
membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran
membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan
pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber
bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat
membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.