2. PENDEKATAN PENGAJARAN
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam:
Falsafah,Pedagogi dan Metadologi,
pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung
dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia
menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar.
Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak
semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.
Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan
asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.
3. PENDEKATAN PENGAJARAN
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan
Islam: Falsafah,Pedagogi dan Metadologi,
Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan
pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu
pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat
pelajaran.
Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas
yang akan dijadikan prinsip amalan bilikdarjah.
4. PENDEKATAN PENGAJARAN
Menurut pendapat Gestalt, kita mempelajari sesuatu
situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci
elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai
teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya
sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.
Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus
dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih
dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
5. PENDEKATAN PENGAJARAN
Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan
ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan
bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,
prinsip atau teori pembelajaran,
contohnya :-
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui
6. PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan
yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang
bukti atau alasan.
Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan objektifnya.
7. PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan:
Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara
mengelola program pengajaran agar pelbagai
mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum
boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain.
Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada
pengalaman sekolah murid.
8. PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan:
Pendekatan ini merupakan strategi induktif yang direka
bentuk untuk membolehkan murid meningkatkan
pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk
pengetahuan, di samping mengamalkan pemikiran aras
tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.
Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang
yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang
topik yang dipelajari.
9. PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan:
Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:
untuk mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai
masalah yang bergantung kepada diri sendiri;
untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana
mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait satu
sama lain dan bukannya wujud berasingan;
10. PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan:
Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:
untuk mewujudkan minat murid yang tinggi terhadap
pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu.
Pendekatan ini bertujuan membentuk situasi di mana murid
boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin
mengetahui berbanding dengan apa yang ditetapkan
dalam kurikulum; dan
11. PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Kesepaduan:
Tujuan pendekatan kesepaduan ialah:
Untuk menekankan proses pembelajaran dan bukan isi
kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata.
Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran di
mana pelajar digalakkan belajar secara koperatif
dengan pelajar lain.
12. PENDEKATAN PENGAJARAN
2. Induktif:
Dalam pendekatan ini guru memberi beberapa
contoh yang kesemuanya mempunyai konsep dan
peraturan konsep yang sama.
Walaubagaimanapun peraturan konsep tidak
dinyatakan. Murid cuba mencarinya melalui contoh-
contoh yang diberi.
13. PENDEKATAN PENGAJARAN
2. Induktif:
Melalui teknik penyoalan, guru mencungkil
attribute kritikal dan bukan kritikal yang
merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting
konsep yang dipelajari. Melalui latihan sedemikian,
murid akan mulai faham akan konsep yang sama
yang terdapat dalam semua contoh.
14. PENDEKATAN PENGAJARAN
2. Induktif:
Guru menunjukkan beberapa contoh dan bukan contoh
konsep yang dipelajari.
Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh
tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan
menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting
peraturan konsep yang sedang dipelajari.
15. PENDEKATAN PENGAJARAN
2. Induktif:
Satu contoh pendekatan induktif ialah seperti berikut:
Seorang guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas. Beliau
meminta murid memberi pelbagai contoh binatang.
Daripada contoh-contoh yang diberi oleh murid, murid-murid dikehendaki
mengenalpasti ciri dan bukan ciri binatang.
Kemudian, binatang-binatang ini dikategorikan ke dalam kumpulan masing-
masing.
Murid menyatakan satu peraturan am dan merumuskan bahawa binatang
terdiri daripada 5 kumpulan yang nyata (mamalia, amphibia, ikan, reptilia
and burung).
16. PENDEKATAN PENGAJARAN
3. Deduktif
Dalam pendekatan ini, guru memulakan dengan peraturan
konsep, atau suatu pernyataan am tentang apa yang akan
dibuktikan dalam sesi pengajaran berkenaan.
Guru memberi contoh yang memberi bukti tentang peraturan
konsep. Guru mencungkil ciri-ciri penting dan bukan penting
konsep berkenaan dengan menyoal murid.
17. PENDEKATAN PENGAJARAN
3. Deduktif
Guru membincangkan beberapa lagi contoh dan bukan
contoh konsep yang dipelajari.
Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh
tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan
menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting
peraturan konsep yang sedang dipelajari.
18. PENDEKATAN PENGAJARAN
3. Deduktif
Satu contoh pendekatan deduktif ialah seperti berikut:
Seorang guru mengajar topik Teorem Pythagoras dalam
Matematik.
Mula-mula ia menerangkan formula tersebut dengan merujuk
kepada sebuah segi tiga bersudut tepat. Kemudian, beliau
memberi beberapa contoh dan bukan contoh. Seterusnya,
murid dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan.
19. PENDEKATAN PENGAJARAN
4. EKLEKTIF:
Pendekatan eklektif adalah gabungan kaedah
pengajaran seperti gabungan pendekatan induktif dan
deduktif.
(Source:http://www.aber.ac.uk/~mflwww/seclangacq/
langteach8.html)
(Layari laman web di atas untuk mendapatkan
maklumat tambahan)