2. 2
Dan bermesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan itu dan apabila engkau
telah berazam, maka bertakwalah
kepada Allah.
(Ayat 159, Surah Al-Imran)
3. Organisasi Mesyuarat
3
Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang
dirancang dengan teliti. Hal ini melibatkan
penentuan butiran mesyuarat dan peranan
jawatankuasa pengurusan mesyuarat yang
terdiri daripada pengerusi, setiausaha,
bendahari dan ahli mesyuarat.
4. Penentuan Butiran Mesyuarat
4
Tarikh
Tarikh yang sesuai
Dimaklumkan kepada semua ahli yang terlibat.
Masa
Masa juga hendaklah sesuai.
5. Penentuan Butiran Mesyuarat
5
Tempat
Tempat yang selesa.
Bilangan anggota mesyuarat tidak ramai.
Susunan duduk yang membolehkan interaksi .
Kehadiran
Bilangan orang ditetapkan terlebih dahulu.
Bilangan yang hadir tidak kurang daripada 他
jumlah semua ahli.
6. Penentuan Butiran Mesyuarat
6
Agenda
Ucapan alu-aluan pengerusi.
Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
Perkara-perkara berbangkit.
Hal-hal lain.
7. Peranan Ahli Mesyuarat
7
Pengerusi
Memiliki sifat peribadi yang tenang dan
peramah, boleh berfikir secara objektif,
berpengetahuan cukup tentang tatacara
mesyuarat, mesra dan berkeupayaan mengawal
diri.
Pengerusi perlu berhubung rapat dan
bekerjasama dengan setiausaha.
Berpakaian kemas dan bersopan.
8. Peranan Ahli Mesyuarat
8
Mematuhi beberapa peraturan asas dalam
mempengerusikan mesyuarat:
Kuasa pengerusi mengatasi semua yang hadir
dalam sesuatu mesyuarat.
Keputusannya tentang tatacara mesyuarat
adalah muktamad.
Pastikan mesyuarat dimulakan dan
ditangguhkan tepat pada waktunya.
9. 9
Jika ahli mesyuarat hilang kepercayaan kepada seseorang
pengerusi cara untuk menyingkirnya adalah seperti yang
berikut :
1) Seorang ahli mesyuarat mesti mengemukakan satu ketetapan,
Bahawa mesyuarat ini hilang kepercayaan kepada pengerusi.
2) Ketetapan tersebut perlu disokong dan dikemukakan kepada
mesyuarat oleh setiausaha.
3) Jika ketetapan ini mendapat sokongan majoriti, pengerusi mesti
mengosongkan kerusinya.
4) Mesyuarat perlu mengambil keputusan sama ada ditangguhkan
atau melantik pengerusi baru untuk meneruskannya.
5) Undi tidak percaya hanya berkuat kuasa untuk satu mesyuarat
sahaja tetapi lazimnya hal ini akan
10. 10
Perkara-perkara yang patut dilakukan dan
dielakkan oleh pengerusi:
1) Bercakap atau berucap dengan ringkas.
Belajarlah bercakap terus kepada pokok
perbincangan dengan jelas dan ringkas.
2) Belajarlah untuk menghadapi sesuatu keadaan
dengan tenang walaupun boleh menyakitkan
hati.
3) Hindarkan ketidaksabaran atau menggunakan
bahasa yang kasar khasnya kepada mereka .
11. Peranan Ahli Mesyuarat
11
Setiausaha
Seseorang setiausaha seharusnyalah
penyelenggara yang baik.
Berdisiplin dan kemas kerjanya, jelas dan tenang
pemikirannya.
Peramah dan bijak.
Setiausaha perlu mencatat minit (rekod yang
tepat dan ringkas tentang perkara yang
dibincangkan dalam mesyuarat) dalam setiap
mesyuarat.
12. Tugas Penting Setiausaha
12
Menguruskan sesuatu mesyuarat.
Membuat agenda bersama pengerusi.
Mencatat minit-minit mesyuarat.
Menulis laporan tahunan.
Melaksanakan semua arahan jawatankuasanya.
Memberikan maklumat kepada setiap ahli yang memerlukannya.
Surat-menyurat.
Memanggil setiap mesyuarat, sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh mesyuarat.
Menjawab surat dalam masa 24 jam tidak boleh dibiarkan tidak
berjawab melebihi satu minggu.
Mengepilkan salinan surat jawapan pada surat asal sebelum
disimpan di dalam fail atau sekurang-kurangnya ada nota tentang
tarikh tindakan diambil atau surat dikirimkan.
13. 13
Sebelum mesyuarat diadakan, setiausaha
perlu:
Mengirim/menghantar notis-notis pemberitahuan.
Memanggil mesyuarat melalui telefon atau sistem
pesanan ringkas bukanlah prosedur yang betul.
Berbincang dengan pengerusi tentang tarikh
mesyuarat.
Menyediakan agenda mesyuarat jawatankuasa
bersama-sama dengan pengerusi.
14. Penyediaan Minit Mesyuarat
14
Membuat catatan semasa mesyuarat sedang
dijalankan, kemudian merekodkannya semula
dengan segera.
Minit harus ringkas dan padat dengan
merekodkan keputusan terakhir mesyuarat itu.
Setiap patah perkataan tentang ketetapan dan
pindaan hendaklah dicatatkan sepenuhnya
bersama-sama nama pencadang dan
penyokongnya.
15. Rangka Minit Mesyuarat
15
1) Tajuk Mesyuarat
Bentuk mesyuarat (sama ada mesyuarat jawatankuasa
kerja, mesyuarat jawatankuasa kecil, mesyuarat agung
tahunan dan sebagainya).
Tempat, waktu dan tarikh diadakan.
Mesyuarat Jawatankuasa
Hari Anugerah Cemerlang Ke-2
9.00 pagi di Bilik Gerakan
3 JUN 2006
16. 16
2) Kehadiran
Ahli yang hadir. Nama pengerusi dicatatkan terlebih
dahulu. Bagi mesyuarat kecil, diikuti dengan ahli-ahli
lain hadir. Untuk mesyuarat yang lebih besar,
memadailah mencatatkan bilangan yang hadir.
Nyatakan alasan ketidakhadiran bagi nama ahli yang
tidak hadir.
Hadir:
1. Encik Abu Bakar Pengerusi
2. Encik Salleh Mokhtar
Tidak Hadir:
1. Puan Saadiah Ahmad Cuti Sakit
17. 17
3) Minit Mesyuarat Terakhir
Diedarkan lebih awal kepada ahli untuk tujuan
semakan dan makluman.
4) Laporan Perkara Berbangkit
Laporan tentang sebarang tindakan yang diambil hasil
keputusan mesyuarat terakhir.
18. 18
3) Minit Mesyuarat Terakhir
Dicetak dan diedarkan kepada ahli.
4) Laporan Perkara Berbangkit
Laporan tentang sebarang tindakan yang diambil hasil
keputusan mesyuarat terakhir.
5) Laporan
Laporan daripada jawatankuasa.
6) Hal-hal Lain
Perkara lain yang dibincangkan.
19. 19
Setelah rangka minit mesyuarat disiapkan
lalu ditunjukkan kepada pengerusi untuk
disahkan dan salah satu daripada tindakan
yang berikut perlu diambil:
Dicetak minit itu lalu dikirimkan kepada setiap
ahli dan disimpan satu salinan dalam buku minit.
Disalin dengan tulisan tangan ke dalam buku minit
yang berukuran folio.