ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

ISI KANDUNGAN
PERKARA

HALAMAN

Pengenalan

2

Hasil Pembelajaran

3

Aktiviti Berpusatkan Pelajar

4

Strategi, Kaedah atau Teknik yang digunakan

5-7

Justifikasi Menggunakan Strategi, Kaedah atau Teknik tersebut

7-8

Kaitannya dengan Teori Pembelajaran

9

Penilaian Pencapaian Hasil Pembelajaran

10

Rumusan

11

Bibliografi

12

Lampiran

13-21

1
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku setiap hari sama ada di dalam bilik darjah,
mahu pun diluar bilik darjah. Pelbagai strategi, kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru
dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ada beberapa komponen dan aspek selalunya dinilai oleh pensyarah dari Institut Pendidikan
Guru atau dari pihak pentadbiran sekolah. Antaranya ialah ;
Komponen Perancangan iaitu hasil pembelajaran, isi pelajaran, strategi pengajaran dan
pembelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai dan unsur kemahiran
berfikir.
Manakala komponen Pelaksanaan meliputi permulaan, perkembangan pelajaran, pengurusan
bilik darjah, komunikasi, kualiti pembelajaran, penutup,pencapaian hasil pembelajaran dan
aplikasi nilai.
Seterusnya komponen Amalan Refleksi iaitu pemikiran reflektif, catatan reflektif dan
pembinaan portfolio.
Komponen yang terakhir ialah Sikap dan Sahsiah yang mengandungi penampilan diri,
keperihatinan.pekerti dan sifat professional.
Mengikut tugasan yang diberi, saya telah membuat pemerhatian pengajaran seorang rakan di
Sekolah Taman Ria, Padang Serai pada 21 mac 2013 yang lalu.Moga ulasan saya ini menjadi
panduan dalam penambahbaikkan untuk pengajaran dan pembelajaran kita bersama.

2
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

A) HASIL PEMBELAJARAN
Berdasarkan permerhatian saya, hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar cikgu
Norliza begitu baik sekali dan jelas tercapai objektifnya.
Pelajar-pelajar Tahun Empat kelas 4 RIA 2 ini dapat membaca teks cerita ‘ Penggembala
Yang Tamak ‘ dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan cikgu Norliza.
Teori pembelajaran kognitif adalah berkaitan rapat dengan aktiviti bacaan ini. Pelajar
yang dibimbing dalam bacaan secara berulang-ulang dapat memfokuskan bahawa
keupayaan mental pelajar untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara
pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Oleh itu, pelajar dapat membaca
dengan sebutan dan intonansi yang betul setelah dibimbing oleh guru.Menurut psikologis
ini, dalam pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap
kali pelajar belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam
‘ingatan’. Pelajar-pelajar kelas ini juga berjaya mencapai objektif dalam aktiviti
menyenaraikan kata kerja mengikut konteks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.Setelah
penerangan guru tentang kata kerja berserta contoh di dalam bacaan, pelajar dapat
memahami kehendak dan arahan guru mereka.Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.
Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk
mempelajari sesuatu.
Manakala aktiviti membina ayat tunggal dan ayat majmuk pula , pelajar kelas ini berjaya
membina ayat secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru mereka.Teori
pembelajaran Kognitif membolehkan pelajar membina semula ayat daripada perkataan
yang diberikan oleh guru.

3
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

B) AKTIVITI BERPUSATKAN PELAJAR
Salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Mok
Song Sang (2002) ialah berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar
secara individu, kumpulan dan kelas.Contohnya semua pelajar membaca teks dengan
mengulanginya semula setelah wakil setiap kumpulan membaca dengan arahan guru.
Aktiviti berpusat ini juga memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan
sumber dan aktiviti pembelajaran.Contohnya pelajar kemudian mencari dan menyatakan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks tersebut contohnya nilai kerjasama dan
kerajinan.
Aktiviti lain berkaitan juga adalah seperti langkah ke-3 iaitu pelajar mengeluarkan kata
kerja dari petikan teks yang dibaca secara berkumpulan membina ayat dari perkataanperkataan tersebut dengan bimbingan guru. Ini mewujudkan kolaboratif antara guru
dengan pelajar dalam mencari kata kerja seperti terkandung dalam aktiviti berpusatkan
pelajar.
Ini bermakna guru banyak memberi arahan dan pemudah cara, pelajar-pelajar lah yang
lebih banyak berusaha melakukan aktiviti tersebut.

4
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

C) STRATEGI, KAEDAH ATAU TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Terdapat empat jenis strategi telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas ini seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002):
i) Pemusatan Guru. Contohnya cikgu Norliza membaca teks ‘ Penggembala Yang Tamak
‘ kepada pelajarnya sebagai permulaan. Pelajar kemudian mengikut bacaan guru mereka
secara kelas.
ii) Pemusatan Murid. Ini berlaku dalam aktiviti bacaan secara kumpulan, aktiviti
menyenaraikan kata kerja di papan tulis dan pelajar membina ayat menggunakan kata
kerja yang diberikan oleh guru di dalam kumpulan yang ditetapkan.
iii)Berasaskan Bahan. Pelajar melakukan aktiviti dari bahan bacaan dengan bimbingan
guru.Contohnya perkataan ‘menjaga ‘.Pelajar dapat membina ayat daripada perkataan
tersebut.
iv) Berasaskan Tugasan/aktiviti. Aktiviti yang jelas di sini ialah aktiviti menyenaraikan
kata kerja dari bahan bacaan dan membina ayat dari kata kerja yang diberikan oleh guru.
Strategi dan aktiviti yang dijalankan adalah sesuai tetapi hanya mengambil kira
sebahagian daripada faktor berikut iaitu hasil pembelajaran yang hendak dicapai, isi
pelajaran, keunikan individu murid, sumber pengajaran dan pembelajaran, masa dan
situasi.

5
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

Manakalakaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas ini ialah ;
1. Prosedur pertama: Mengenal pasti masalah. Dalam aktiviti membaca, pelajar yang
lemah, tidak tahu membina ayat telah dikenal pasti semasa aktiviti dijalankan.
2. Prosedur kedua: Merancang penyelesaian. Guru membantu pelajar yang lemah
membaca melalui pembacaan individu dan bantuan rakan sebaya. Manakala pelajar yang
tidak dapat membina ayat diberi pemulihan dengan bantuan gambar dan kad-kad
perkataan yang dapat membentuk ayat.
3. Prosedur ketiga: Mengumpul maklumat. Kemudian guru menilai semula masalah
yang dihadapi pelajar sama ada mereka boleh atau tidak dalam aktiviti tersebut walaupun
setelah dibimbing.
4. Prosedur keempat: Membuat tafsiran. Guru mencatat nama pelajar seterusnya
membuat tindakan susulan untuk aktiviti pemulihan atau sebaliknya.
5. Prosedur kelima: Membuat kesimpulan.
Antara teknik yang digunakan oleh cikgu Norliza ialah :
1. Teknik main peranan, iaitu semasa set induksi dilaksanakan.
2. Teknik latih tubi untuk pelajar yang lemah dalam bacaan.
3. Teknik bercerita digunakan cikgu Norliza semasa langkah penutup sebagai
pengukuhan pengajarannya hari itu.
4. Teknik inkuiri, di mana ianya melibatkan pelajar dalam mencari kata kerja yang
terdapat dalam teks cerita yang telah dibaca.
5. Teknik soal jawab juga telah digunakan guru dalam mencari perkataan kata kerja.
6
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

6. Teknik perbincangan pula dibuat setelah semua wakil kumpulan menulis kata kerja
yang dicari di papan tulis.

D) JUSTIFIKASI MENGGUNAKAN STRATEGI, KAEDAH ATAU TEKNIK
TERSEBUT

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Strategi yang digunakan oleh guru ini sesuai kerana ianya ke arah pembelajaran
berpusatkan murid
Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang
mereka pelajari.
Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

7
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

Manakalakaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar
ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian
yang tersusun.Kaedah cikgu Norliza ialah ;
1. Prosedur pertama : Mengenal pasti masalah.
2. Prosedur kedua : Merancang penyelesaian.
3. Prosedur ketiga : Mengumpul maklumat.
4. Prosedur keempat : Membuat tafsiran.
5. Prosedur kelima : Membuat kesimpulan.
Kaedah ini sesuai digunakan kerana dapat mengatasi masalah pengajaran dan
pembelajaran dengan cepat. Manakala tindakan susulan akan dapat dibuat dengan kadar
segera supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Dari segi Teknik pula, menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Antara
teknik yang digunakan oleh cikgu Norliza ialah Teknik Main Peranan, Teknik Latih Tubi
,Teknik Bercerita, Teknik Inkuiri, Teknik Soal Jawab dan juga Teknik Perbincangan.
Semua teknik yang pelbagai ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pelajaran
pada waktu tersebut.

8
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

E) KAITANNYA DENGAN TEORI PEMBELAJARAN
Teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan iaitu Teori
Pembelajaran Kognitif.
Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan
mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala
pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan
dengan masalah

yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa

pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya sebagaimana
yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran,
murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali pelajar belajar, ia akan
menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali
sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba
jaya untuk mempelajari sesuatu.
Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi,
memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik pelajar , guru perlulah
menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan.
Banyak aktiviti yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas ini berpandukan
teori ini.Contohnya bacaan berulang-ulang supaya pelajar dapat mengingati semula, guru
memberi contoh perkataan sebelum pelajar mencari di dalam teks cerita.

9
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

F) PENILAIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
Berdasarkan permerhatian saya, hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar cikgu
Norliza begitu eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kehendak sukatan pelajaran
tetapi kurang mengikut kebolehan murid.
Pelajar-pelajar ini dapat membaca teks cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul
dengan bimbingan guru.Jadi objektif tercapai dengan baik sekali secara bacaan inidividu
dan kumpulan.
Pelajar-pelajar kelas ini juga berjaya mencapai objektif dalam aktiviti menyenaraikan
kata kerja mengikut konteks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.Setelah penerangan
guru tentang kata kerja berserta contoh di dalam bacaan, pelajar dapat memahami
kehendak dan arahan guru mereka.Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu,
nyatalah seseorang individu boleh menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari
sesuatu.
Manakala aktiviti membina ayat tunggal dan ayat majmuk pula , pelajar kelas ini berjaya
membina ayat secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru mereka. Teori
pembelajaran Kognitif membolehkan pelajar membina semula ayat daripada perkataan
yang diberikan oleh guru. Pelajar berjaya membina ayat mudah hasil dari perbincangan
kumpulan dan mempamerkannya di papan tulis dan membaca bersama-sama kawan lain
di dalam kelas.

10
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

RUMUSAN
Kepentingan menggunakan strategi, teori dan variasi teknik serta kaedah mengajar dalam
situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar. Dengan teknik dan kaedah
pengajaran yang kreatif, pelajarakan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka
akan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Kaedah dan teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian pelajar terhadap sesi
pengajaran guru. Apabila pelajar tertarik dengan strategi, kaedah dan teknik mengajar
yang digunakan oleh guru, perhatian pelajar akan dapat dikekalkan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu juga, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin
tahu dalam diri pelajar. Contohnya seorang guru menggunakan teknik bercerita untuk
mengajar, pelajar
perkembangan

akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut.Dengan ini

pelajaran

menjadikan

lebih

menarik

dan

pelajar

bersemangat

menumpukan pelajaran pada hari tersebut.

11
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan.(1984). Linguistik Am untuk guru Bahasa Melayu. Petaling Jaya :
Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
Adenan Ayub & Khairudin Mohamad.(2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin.(1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir.(2005). Teori Bahasa : Implikasi terhadap
pengajaranTatabahasa. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nor Hashim et al.(1996). Pedagogi Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala
Lumpur : PTS Publishing Sdn. Bhd.

12
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

LAMPIRAN

BIODATA

NAMA

: NORLIZA HANIM BINTI SAAT

UMUR

: 35 TAHUN

K /P

: 780527-08-5212

ASAL

: KUALA SEPETANG, PERAK

PENGKHUSUSAN / MAJOR

: BAHASA MELAYU

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA
094000 PADANG SERAI, KEDAH.

13
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran

:

Bahasa Melayu Tahun Empat

Tarikh

:

21 Mac 2013

Masa

:

11:10 – 12:10 Tengahari ( 60 minit )

Tema

:

SekolahKu Berjasa

Tajuk

:

Nasihat Guru

Tahun

:

4 RIA 2 ( Lelaki = 24 orang / Perempuan = 18 orang )

Fokus Utama

:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.
Aras 1 ( i ) Membaca lancar bahan sastera dan bukan
sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan

:

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam

sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 ( i ) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan tajuk.

14
UUM CAS

Objektif

:

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
3. Menyenaraikan kata kerja mengikut konteks berdasarkan teks
cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

:

1. Membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.
2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
3. Mencari kata kerja dalam teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.
Sistem Bahasa
a- Sintaksis ( Membina ayat )
b- Sebutan dan intonasi
c- Tatabahasa ( Kata Kerja )
Pengisian Kurikulum
-

Kemahiran Bernilai Tambah :

Kecerdasan Pelbagai ( Verbal-Linguistik,
Inter personal dan Intra personal )

:

Kontekstual (Menghubungkaitkan pengajaran Kehidupan )

15
UUM CAS

:

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

Kemahiran Berfikir ( Membuat kaitan dan
perhubungan )

Strategi Pengajaran :

Direktif

Kemahiran Generik
-

Kemahiran Berfikir

-

Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P
a) Penggabungjalinan
1. Kemahiran Membaca
2. Kemahiran Menulis
b)Penyerapan
1. Ilmu : Pendidikan Moral
2. Nilai-nilai murni : Kerjasama, Kerajinan
c)Pemulihan
Meminta murid-murid membaca semula teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan
bantuan rakan yang boleh membaca dengan lebih baik.
d) Pengayaan
Membaca buku cerita teladan lain di Pusat Sumber dan meminta murid membina ayat
mudah yang dapat menonjolkan erti kosa kata yang baru dipelajari oleh mereka.
e) Penilaian

16
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja dengan betul.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
a) Bahan Bercetak
- Gambar anjing dengan baying-bayang
- Petikan cerita
- Lembaran kerja
b) Bahan Maujud
- Pisang
- Buku Cerita Gergasi
- Bakul / plastik
Pengetahuan Perlu Ada :
Murid pernah mendengar, membaca dan menonton kisah-kisah teladan.

17
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

LANGKAH

ISI

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

/ MASA

KANDUNGAN

CATATAN

PEMBELAJARAN

a)
a) a) Guru membawa beberapa biji pisang.

- Kecerdasan
Pelbagai Visual

b) Guru meminta tiga orang murid
tampilke hadapan kelas dan
Set Induksi
( 5 minit )

- BBM : Pisang

mengambil beberapa biji pisang.
Main Peranan
- Kemahiran
c) Ketiga-tiga murid akan memainkan
peranan seperti yang diminta oleh

Berfikir
Interpersonal

guru.

d) Guru mengaitkan main peranan murid
dengan isi pelajaran.

a) Guru meminta murid mendengar dan

KBCK

18
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

menghayati cerita yang akan dibaca
oleh guru iaitu ‘Penggembala Yang

- Mendengar
dengan cekap

Tamak’

Langkah 1

Teks cerita

b) Guru meminta seorang murid tampil

( 20 minit )

Penggembala

ke hadapan kelas dan membaca

Yang Tamak

cerita ‘Penggembala Yang Tamak’.

KB
- Membuat
kesimpulan

c) Murid menyatakan mesej serta nilai
yang terdapat dalam cerita.

a) Penerangan oleh guru tentang kata
Kata kerja dalam
teks :
- Menjaga

kerja dan guru meminta tiga murid

Kemahiran
Berfikir

tampilke hadapan kelas dan membuat - mengenalpasti
aksi menggunakan kata kerja.

- Mengajaknya
- Menyerahkan

b) Murid mengeluarkan kata kerja yang

- Merayu
Langkah 2
( 17 minit )

terdapat dalam petikan secara

- Mengembalika

BCB

berkumpulan seperti yang telah

n

- mencatat

ditetapkan oleh guru.

- Memegang
- Meminta

c) Setiap wakil kumpulan akan tampil ke

- Memberi

hadapan kelas dan menulis kata kerja

- Menunjukkan

yang disenaraikan oleh kumpulan

19
UUM CAS
- Menyapu

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

mereka.

- melihat
d) Murid tentang kata kerja yang
disenaraikan oleh murid dan guru
menampal lima kata kerja yang perlu
murid gunakan untuk membina ayat.

Membina ayat

a) Guru meminta murid menyalin kata

menggunakan

kerja yang telah disenaraikan oleh

kata kerja yang

Sintaksis
- membina ayat

guru di dalam buku tatabahasa.

diberi ;
Langkah 3

- menjaga

b) Murid dikehendaki membina ayat

( 13 minit )

- merayu

tunggal dan majmuk berdasarkan

- meminta

kata kerja yang diberikan oleh guru.

- melihat
- menyapu

c) Guru membimbing murid membina
ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan betul.

Rumusan

a) Guru merumuskan isipelajaran

Kontekstual

(kognitif)) -

dengan rumusan cerita ‘

- menghubungkait

mengisahkan

Penggembala Yang Tamak ‘

kan pengajaran

seorang lelaki
telah memberikan

dengan
b) Guru memberikan beberapa

kehidupan.

20
UUM CAS

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN
PENULISAN

harta karun

pengajaran berdasarkan gambar

kepada pemuda

anjing dengan bayang-bayang.

yang bernama
Awang. Awang
yang tamak tidak
berasa cukup
dengan harta
Penutup

yang

( 5 minit )

diperolehinya.
- sikap tamaknya
telah memakan
diri sendiri.

Rumusan sosial
- Guru tunjuk
gambar anjing
dengan bayang –
bayang.

Aktiviti susulan : Lembaran Kerja.

21

More Related Content

Rafisah p&p

  • 1. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Pengenalan 2 Hasil Pembelajaran 3 Aktiviti Berpusatkan Pelajar 4 Strategi, Kaedah atau Teknik yang digunakan 5-7 Justifikasi Menggunakan Strategi, Kaedah atau Teknik tersebut 7-8 Kaitannya dengan Teori Pembelajaran 9 Penilaian Pencapaian Hasil Pembelajaran 10 Rumusan 11 Bibliografi 12 Lampiran 13-21 1
  • 2. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku setiap hari sama ada di dalam bilik darjah, mahu pun diluar bilik darjah. Pelbagai strategi, kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka. Ada beberapa komponen dan aspek selalunya dinilai oleh pensyarah dari Institut Pendidikan Guru atau dari pihak pentadbiran sekolah. Antaranya ialah ; Komponen Perancangan iaitu hasil pembelajaran, isi pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai dan unsur kemahiran berfikir. Manakala komponen Pelaksanaan meliputi permulaan, perkembangan pelajaran, pengurusan bilik darjah, komunikasi, kualiti pembelajaran, penutup,pencapaian hasil pembelajaran dan aplikasi nilai. Seterusnya komponen Amalan Refleksi iaitu pemikiran reflektif, catatan reflektif dan pembinaan portfolio. Komponen yang terakhir ialah Sikap dan Sahsiah yang mengandungi penampilan diri, keperihatinan.pekerti dan sifat professional. Mengikut tugasan yang diberi, saya telah membuat pemerhatian pengajaran seorang rakan di Sekolah Taman Ria, Padang Serai pada 21 mac 2013 yang lalu.Moga ulasan saya ini menjadi panduan dalam penambahbaikkan untuk pengajaran dan pembelajaran kita bersama. 2
  • 3. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN A) HASIL PEMBELAJARAN Berdasarkan permerhatian saya, hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar cikgu Norliza begitu baik sekali dan jelas tercapai objektifnya. Pelajar-pelajar Tahun Empat kelas 4 RIA 2 ini dapat membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan cikgu Norliza. Teori pembelajaran kognitif adalah berkaitan rapat dengan aktiviti bacaan ini. Pelajar yang dibimbing dalam bacaan secara berulang-ulang dapat memfokuskan bahawa keupayaan mental pelajar untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Oleh itu, pelajar dapat membaca dengan sebutan dan intonansi yang betul setelah dibimbing oleh guru.Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali pelajar belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Pelajar-pelajar kelas ini juga berjaya mencapai objektif dalam aktiviti menyenaraikan kata kerja mengikut konteks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.Setelah penerangan guru tentang kata kerja berserta contoh di dalam bacaan, pelajar dapat memahami kehendak dan arahan guru mereka.Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu. Manakala aktiviti membina ayat tunggal dan ayat majmuk pula , pelajar kelas ini berjaya membina ayat secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru mereka.Teori pembelajaran Kognitif membolehkan pelajar membina semula ayat daripada perkataan yang diberikan oleh guru. 3
  • 4. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN B) AKTIVITI BERPUSATKAN PELAJAR Salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002) ialah berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.Contohnya semua pelajar membaca teks dengan mengulanginya semula setelah wakil setiap kumpulan membaca dengan arahan guru. Aktiviti berpusat ini juga memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.Contohnya pelajar kemudian mencari dan menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks tersebut contohnya nilai kerjasama dan kerajinan. Aktiviti lain berkaitan juga adalah seperti langkah ke-3 iaitu pelajar mengeluarkan kata kerja dari petikan teks yang dibaca secara berkumpulan membina ayat dari perkataanperkataan tersebut dengan bimbingan guru. Ini mewujudkan kolaboratif antara guru dengan pelajar dalam mencari kata kerja seperti terkandung dalam aktiviti berpusatkan pelajar. Ini bermakna guru banyak memberi arahan dan pemudah cara, pelajar-pelajar lah yang lebih banyak berusaha melakukan aktiviti tersebut. 4
  • 5. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN C) STRATEGI, KAEDAH ATAU TEKNIK YANG DIGUNAKAN Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Terdapat empat jenis strategi telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas ini seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002): i) Pemusatan Guru. Contohnya cikgu Norliza membaca teks ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ kepada pelajarnya sebagai permulaan. Pelajar kemudian mengikut bacaan guru mereka secara kelas. ii) Pemusatan Murid. Ini berlaku dalam aktiviti bacaan secara kumpulan, aktiviti menyenaraikan kata kerja di papan tulis dan pelajar membina ayat menggunakan kata kerja yang diberikan oleh guru di dalam kumpulan yang ditetapkan. iii)Berasaskan Bahan. Pelajar melakukan aktiviti dari bahan bacaan dengan bimbingan guru.Contohnya perkataan ‘menjaga ‘.Pelajar dapat membina ayat daripada perkataan tersebut. iv) Berasaskan Tugasan/aktiviti. Aktiviti yang jelas di sini ialah aktiviti menyenaraikan kata kerja dari bahan bacaan dan membina ayat dari kata kerja yang diberikan oleh guru. Strategi dan aktiviti yang dijalankan adalah sesuai tetapi hanya mengambil kira sebahagian daripada faktor berikut iaitu hasil pembelajaran yang hendak dicapai, isi pelajaran, keunikan individu murid, sumber pengajaran dan pembelajaran, masa dan situasi. 5
  • 6. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Manakalakaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas ini ialah ; 1. Prosedur pertama: Mengenal pasti masalah. Dalam aktiviti membaca, pelajar yang lemah, tidak tahu membina ayat telah dikenal pasti semasa aktiviti dijalankan. 2. Prosedur kedua: Merancang penyelesaian. Guru membantu pelajar yang lemah membaca melalui pembacaan individu dan bantuan rakan sebaya. Manakala pelajar yang tidak dapat membina ayat diberi pemulihan dengan bantuan gambar dan kad-kad perkataan yang dapat membentuk ayat. 3. Prosedur ketiga: Mengumpul maklumat. Kemudian guru menilai semula masalah yang dihadapi pelajar sama ada mereka boleh atau tidak dalam aktiviti tersebut walaupun setelah dibimbing. 4. Prosedur keempat: Membuat tafsiran. Guru mencatat nama pelajar seterusnya membuat tindakan susulan untuk aktiviti pemulihan atau sebaliknya. 5. Prosedur kelima: Membuat kesimpulan. Antara teknik yang digunakan oleh cikgu Norliza ialah : 1. Teknik main peranan, iaitu semasa set induksi dilaksanakan. 2. Teknik latih tubi untuk pelajar yang lemah dalam bacaan. 3. Teknik bercerita digunakan cikgu Norliza semasa langkah penutup sebagai pengukuhan pengajarannya hari itu. 4. Teknik inkuiri, di mana ianya melibatkan pelajar dalam mencari kata kerja yang terdapat dalam teks cerita yang telah dibaca. 5. Teknik soal jawab juga telah digunakan guru dalam mencari perkataan kata kerja. 6
  • 7. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN 6. Teknik perbincangan pula dibuat setelah semua wakil kumpulan menulis kata kerja yang dicari di papan tulis. D) JUSTIFIKASI MENGGUNAKAN STRATEGI, KAEDAH ATAU TEKNIK TERSEBUT Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi yang digunakan oleh guru ini sesuai kerana ianya ke arah pembelajaran berpusatkan murid Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. 7
  • 8. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Manakalakaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.Kaedah cikgu Norliza ialah ; 1. Prosedur pertama : Mengenal pasti masalah. 2. Prosedur kedua : Merancang penyelesaian. 3. Prosedur ketiga : Mengumpul maklumat. 4. Prosedur keempat : Membuat tafsiran. 5. Prosedur kelima : Membuat kesimpulan. Kaedah ini sesuai digunakan kerana dapat mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dengan cepat. Manakala tindakan susulan akan dapat dibuat dengan kadar segera supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka. Dari segi Teknik pula, menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Antara teknik yang digunakan oleh cikgu Norliza ialah Teknik Main Peranan, Teknik Latih Tubi ,Teknik Bercerita, Teknik Inkuiri, Teknik Soal Jawab dan juga Teknik Perbincangan. Semua teknik yang pelbagai ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pelajaran pada waktu tersebut. 8
  • 9. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN E) KAITANNYA DENGAN TEORI PEMBELAJARAN Teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan iaitu Teori Pembelajaran Kognitif. Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali pelajar belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu. Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik pelajar , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan. Banyak aktiviti yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas ini berpandukan teori ini.Contohnya bacaan berulang-ulang supaya pelajar dapat mengingati semula, guru memberi contoh perkataan sebelum pelajar mencari di dalam teks cerita. 9
  • 10. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN F) PENILAIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN Berdasarkan permerhatian saya, hasil pembelajaran yang dicapai oleh pelajar cikgu Norliza begitu eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kehendak sukatan pelajaran tetapi kurang mengikut kebolehan murid. Pelajar-pelajar ini dapat membaca teks cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru.Jadi objektif tercapai dengan baik sekali secara bacaan inidividu dan kumpulan. Pelajar-pelajar kelas ini juga berjaya mencapai objektif dalam aktiviti menyenaraikan kata kerja mengikut konteks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘.Setelah penerangan guru tentang kata kerja berserta contoh di dalam bacaan, pelajar dapat memahami kehendak dan arahan guru mereka.Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu boleh menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu. Manakala aktiviti membina ayat tunggal dan ayat majmuk pula , pelajar kelas ini berjaya membina ayat secara lisan dan bertulis dengan bimbingan guru mereka. Teori pembelajaran Kognitif membolehkan pelajar membina semula ayat daripada perkataan yang diberikan oleh guru. Pelajar berjaya membina ayat mudah hasil dari perbincangan kumpulan dan mempamerkannya di papan tulis dan membaca bersama-sama kawan lain di dalam kelas. 10
  • 11. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN RUMUSAN Kepentingan menggunakan strategi, teori dan variasi teknik serta kaedah mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar. Dengan teknik dan kaedah pengajaran yang kreatif, pelajarakan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka akan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Kaedah dan teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian pelajar terhadap sesi pengajaran guru. Apabila pelajar tertarik dengan strategi, kaedah dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru, perhatian pelajar akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar. Contohnya seorang guru menggunakan teknik bercerita untuk mengajar, pelajar perkembangan akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut.Dengan ini pelajaran menjadikan lebih menarik dan pelajar bersemangat menumpukan pelajaran pada hari tersebut. 11
  • 12. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan.(1984). Linguistik Am untuk guru Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. Adenan Ayub & Khairudin Mohamad.(2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamarudin Husin.(1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir.(2005). Teori Bahasa : Implikasi terhadap pengajaranTatabahasa. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nor Hashim et al.(1996). Pedagogi Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn. Bhd. 12
  • 13. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN LAMPIRAN BIODATA NAMA : NORLIZA HANIM BINTI SAAT UMUR : 35 TAHUN K /P : 780527-08-5212 ASAL : KUALA SEPETANG, PERAK PENGKHUSUSAN / MAJOR : BAHASA MELAYU NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA 094000 PADANG SERAI, KEDAH. 13
  • 14. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Empat Tarikh : 21 Mac 2013 Masa : 11:10 – 12:10 Tengahari ( 60 minit ) Tema : SekolahKu Berjasa Tajuk : Nasihat Guru Tahun : 4 RIA 2 ( Lelaki = 24 orang / Perempuan = 18 orang ) Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 ( i ) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 ( i ) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. 14
  • 15. UUM CAS Objektif : SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. 3. Menyenaraikan kata kerja mengikut konteks berdasarkan teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : 1. Membaca teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘. 2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. 3. Mencari kata kerja dalam teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘. Sistem Bahasa a- Sintaksis ( Membina ayat ) b- Sebutan dan intonasi c- Tatabahasa ( Kata Kerja ) Pengisian Kurikulum - Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai ( Verbal-Linguistik, Inter personal dan Intra personal ) : Kontekstual (Menghubungkaitkan pengajaran Kehidupan ) 15
  • 16. UUM CAS : SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Kemahiran Berfikir ( Membuat kaitan dan perhubungan ) Strategi Pengajaran : Direktif Kemahiran Generik - Kemahiran Berfikir - Kemahiran Belajar Penekanan Konsep 5P a) Penggabungjalinan 1. Kemahiran Membaca 2. Kemahiran Menulis b)Penyerapan 1. Ilmu : Pendidikan Moral 2. Nilai-nilai murni : Kerjasama, Kerajinan c)Pemulihan Meminta murid-murid membaca semula teks cerita ‘ Penggembala Yang Tamak ‘ dengan bantuan rakan yang boleh membaca dengan lebih baik. d) Pengayaan Membaca buku cerita teladan lain di Pusat Sumber dan meminta murid membina ayat mudah yang dapat menonjolkan erti kosa kata yang baru dipelajari oleh mereka. e) Penilaian 16
  • 17. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja dengan betul. Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : a) Bahan Bercetak - Gambar anjing dengan baying-bayang - Petikan cerita - Lembaran kerja b) Bahan Maujud - Pisang - Buku Cerita Gergasi - Bakul / plastik Pengetahuan Perlu Ada : Murid pernah mendengar, membaca dan menonton kisah-kisah teladan. 17
  • 18. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN LANGKAH ISI AKTIVITI PENGAJARAN DAN / MASA KANDUNGAN CATATAN PEMBELAJARAN a) a) a) Guru membawa beberapa biji pisang. - Kecerdasan Pelbagai Visual b) Guru meminta tiga orang murid tampilke hadapan kelas dan Set Induksi ( 5 minit ) - BBM : Pisang mengambil beberapa biji pisang. Main Peranan - Kemahiran c) Ketiga-tiga murid akan memainkan peranan seperti yang diminta oleh Berfikir Interpersonal guru. d) Guru mengaitkan main peranan murid dengan isi pelajaran. a) Guru meminta murid mendengar dan KBCK 18
  • 19. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN menghayati cerita yang akan dibaca oleh guru iaitu ‘Penggembala Yang - Mendengar dengan cekap Tamak’ Langkah 1 Teks cerita b) Guru meminta seorang murid tampil ( 20 minit ) Penggembala ke hadapan kelas dan membaca Yang Tamak cerita ‘Penggembala Yang Tamak’. KB - Membuat kesimpulan c) Murid menyatakan mesej serta nilai yang terdapat dalam cerita. a) Penerangan oleh guru tentang kata Kata kerja dalam teks : - Menjaga kerja dan guru meminta tiga murid Kemahiran Berfikir tampilke hadapan kelas dan membuat - mengenalpasti aksi menggunakan kata kerja. - Mengajaknya - Menyerahkan b) Murid mengeluarkan kata kerja yang - Merayu Langkah 2 ( 17 minit ) terdapat dalam petikan secara - Mengembalika BCB berkumpulan seperti yang telah n - mencatat ditetapkan oleh guru. - Memegang - Meminta c) Setiap wakil kumpulan akan tampil ke - Memberi hadapan kelas dan menulis kata kerja - Menunjukkan yang disenaraikan oleh kumpulan 19
  • 20. UUM CAS - Menyapu SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN mereka. - melihat d) Murid tentang kata kerja yang disenaraikan oleh murid dan guru menampal lima kata kerja yang perlu murid gunakan untuk membina ayat. Membina ayat a) Guru meminta murid menyalin kata menggunakan kerja yang telah disenaraikan oleh kata kerja yang Sintaksis - membina ayat guru di dalam buku tatabahasa. diberi ; Langkah 3 - menjaga b) Murid dikehendaki membina ayat ( 13 minit ) - merayu tunggal dan majmuk berdasarkan - meminta kata kerja yang diberikan oleh guru. - melihat - menyapu c) Guru membimbing murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Rumusan a) Guru merumuskan isipelajaran Kontekstual (kognitif)) - dengan rumusan cerita ‘ - menghubungkait mengisahkan Penggembala Yang Tamak ‘ kan pengajaran seorang lelaki telah memberikan dengan b) Guru memberikan beberapa kehidupan. 20
  • 21. UUM CAS SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN harta karun pengajaran berdasarkan gambar kepada pemuda anjing dengan bayang-bayang. yang bernama Awang. Awang yang tamak tidak berasa cukup dengan harta Penutup yang ( 5 minit ) diperolehinya. - sikap tamaknya telah memakan diri sendiri. Rumusan sosial - Guru tunjuk gambar anjing dengan bayang – bayang. Aktiviti susulan : Lembaran Kerja. 21