際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PROFESION PERGURUAN 
TASK 1 
Noor Farahanah binti Mohd Noor 
p73673 
Nurul Hanani binti Norazmi p73674 
Aisyah humairah binti Ahmad Fauzi 
p73672
GURU 
PEKERJAAN 
MULIA
 惘ルリ郊 抉  ル 抉悵 悄リзル悋  ル悦悵 悖惠悋 
抉惺 惆リ悦リルル 惠 
Firman Allah dalam surah Al-Mujaadalah ayat 11. 
Maksudnya: 
 Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang 
beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu 
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa 
darjat.
悽ル 惘 ル 惠 惺ル 悋 惘 リ郊 ル - 
惘悋 悋惡悽悋惘 
Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya: 
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar 
Al-Quran dan mengajarkannya. 
(Hadis Riwayat Bukhari)
悒 悋 悋悧惠 悖 悋愕悋悋惠 悋悖惘惷 忰惠 悋悸  
悴忰惘悋  忰惠 悋忰惠  惶 惺 惺 悋悋愕 悋悽惘. 
惘悋 悋惠惘悵 
Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : 
Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit 
serta bumi sehinggakan semut yang berada di 
dalam lubangnya dan ikan-ikan (di 
lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar 
kebaikan kepada manusia. (Hadis Riwayat Tirmizi )
 Berdasarkan firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah, jelaslah bahawa guru 
ataupun pengajar merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah. 
Malah seluruh alam semesta juga turut memuliakan seorang guru. 
 Guru merupakan insan memikul tanggungjawab yang sangat besar. Bukan 
sahaja mengajar, malah mendidik, membimbing dan mendorong. Guru ialah 
ibu bapa yang kedua selepas ibu bapa kandung. Guru juga bertanggungjawab 
membina sahsiah pelajar ketika di sekolah. Rosak guru, rosaklah pelajar. 
 Masyarakat juga memandang mulia terhadap guru. Hal ini terbukti apabila 
tibanya Hari Guru, masyarakat tidak putus-putus mengirim doa dan ucapan 
disertakan dengan hadiah sebagai tanda menghargai usaha guru dalam 
mendidik anak-anak mereka malah yang pernah mendidik mereka.
 Tidak dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini negara 
digemparkan dengan beberapa isu yang membabitkan guru. 
Isu kertas UPSR bocor, isu guru merogol pelajar dan beberapa 
isu lagi. Namun, janganlah kerana nila setitik rosak susu 
sebelanga. Masih ramai lagi guru yang mempertahankan 
maruah sebagai seorang guru agar tidak dicemari. Masih 
ramai lagi yang menjunjung kerjaya sebagai seorang guru yang 
dipandang mulia dalam Islam.
 Dalam satu hadis Rasulullah yang bermaksud, apabila 
matinya seorang anak Adam, maka terhapuslah segala 
amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang 
bermanfaat dan anak soleh yang mendoaknnya. Maka 
jelaslah di sini bahawa ilmu yang diajarkan oleh guru 
sekiranya digunakan berterusan, maka pahalanya akan 
mengalir sepanjang zaman. 
 Kesimpulannya, kerjaya guru merupakan satu pekerjaan yang 
dipandang mulia oleh Allah, bahkan oleh seluruh alam 
semesta beserta isi di dalamnya.
TUGAS GURU 
MUDAH???
ISU TERKINI DALAM PENDIDIKAN 
 Dunia pendidikan kini semakin digemparkan dengan 
isu-isu antara murid dan guru. Ada sahaja berita yang 
terpampang di dada-dada akhbar tempatan, yang 
disiarkan dalam berita, yang dipampangkan di internet 
tentang masalah-masalah murid dan guru. 
 Pelajar ugut cikgu, pelajar belasah cikgu,cikgu 
mendenda pelajar,cikgu cabul dan rogol pelajar, sistem 
PBS membebankan guru, pelajar ponteng sekolah, 
pelajar bawa gadget ke sekolah adalah antara tajuk-tajuk 
utama yang sering terpampang di akhbar-akhbar. 
Malah mungkin banyak lagi yang tidak di siarkan.
Task 1 profesion perguruan
Task 1 profesion perguruan
Task 1 profesion perguruan
 Ramai masyarakat di luar sana termasuk lah para ibu bapa yang mendakwa 
bahawa kerja guru merupakan satu kerja yang mudah. Malah ada yang 
berpendapat pekerjaan guru menjanjikan kesenangan dan kemewahan. Tetapi 
tidak ramai yang memahami kerja sebenar seorang guru itu. Ia tidaklah 
semudah yang disangka. 
 Berikutan kes-kes yang dilaporkan baik yang melibatkan pelajar ataupun guru 
atau kedua-duanya sekali, cabaran yang dihadapi oleh guru menjadi semakin 
sukar. Malah beban kerja mereka menjadi semakin banyak. 
 Cabaran yang dihadapi oleh para guru berubah seiring dengan perubahan 
zaman. Jika dulu murid hanya mendiamkan diri apabila dimarahi, namun 
sekarang, murid malah bertindak membelasah guru yang memarahi. Malah 
ada yang sanggup mengugut bunuh guru yang terbabit. Dan ini tidak 
seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat.
 Jika dulu, para ibu bapa sanggup sekiranya anak mereka didenda atau 
dirotan dan sebagainya, namun kini ibu bapa malah datang ke sekolah dan 
memarahi guru yang mendenda anak mereka. Ada ketikanya mereka 
menyalahkan guru atas ketidakcemerlangan anak mereka. 
 Tidak lama dulu kita digemparkan dengan kes guru mendenda murid 
makan rumput kerana tidak buat kerja sekolah. Luarannya memang guru 
tersebut salah, tetapi tidakkah kita terfikirkan beban yang ditanggung 
oleh guru tersebut sehingga menyebabkan beliau bertindak diluar 
kawalan? 
 Pelaksanaan sistem PBS yang ditangguhkan sementara juga menjadi satu 
beban kepada guru. Guru-guru terpaksa memperuntukkan banyak masa 
untuk memasukkan data bukan sahaja di sekolah, malah di rumah. Masa 
guru dihabiskan dengan kerja-kerja yang dibawa balik ke rumah 
sehinggakan masa bersama keluarga terhad. Pengorbanan guru demi 
untuk membina anak bangsa yang berwawasan tidak harus dipandang 
enteng oleh masyarakat. 
 Adakah ini yang dikatakan pekerjaan guru itu sesuatu yang mudah?
Task 1 profesion perguruan
Task 1 profesion perguruan

More Related Content

Task 1 profesion perguruan

  • 1. PROFESION PERGURUAN TASK 1 Noor Farahanah binti Mohd Noor p73673 Nurul Hanani binti Norazmi p73674 Aisyah humairah binti Ahmad Fauzi p73672
  • 3. 惘ルリ郊 抉 ル 抉悵 悄リзル悋 ル悦悵 悖惠悋 抉惺 惆リ悦リルル 惠 Firman Allah dalam surah Al-Mujaadalah ayat 11. Maksudnya: Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
  • 4. 悽ル 惘 ル 惠 惺ル 悋 惘 リ郊 ル - 惘悋 悋惡悽悋惘 Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (Hadis Riwayat Bukhari)
  • 5. 悒 悋 悋悧惠 悖 悋愕悋悋惠 悋悖惘惷 忰惠 悋悸 悴忰惘悋 忰惠 悋忰惠 惶 惺 惺 悋悋愕 悋悽惘. 惘悋 悋惠惘悵 Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia. (Hadis Riwayat Tirmizi )
  • 6. Berdasarkan firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah, jelaslah bahawa guru ataupun pengajar merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah. Malah seluruh alam semesta juga turut memuliakan seorang guru. Guru merupakan insan memikul tanggungjawab yang sangat besar. Bukan sahaja mengajar, malah mendidik, membimbing dan mendorong. Guru ialah ibu bapa yang kedua selepas ibu bapa kandung. Guru juga bertanggungjawab membina sahsiah pelajar ketika di sekolah. Rosak guru, rosaklah pelajar. Masyarakat juga memandang mulia terhadap guru. Hal ini terbukti apabila tibanya Hari Guru, masyarakat tidak putus-putus mengirim doa dan ucapan disertakan dengan hadiah sebagai tanda menghargai usaha guru dalam mendidik anak-anak mereka malah yang pernah mendidik mereka.
  • 7. Tidak dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini negara digemparkan dengan beberapa isu yang membabitkan guru. Isu kertas UPSR bocor, isu guru merogol pelajar dan beberapa isu lagi. Namun, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Masih ramai lagi guru yang mempertahankan maruah sebagai seorang guru agar tidak dicemari. Masih ramai lagi yang menjunjung kerjaya sebagai seorang guru yang dipandang mulia dalam Islam.
  • 8. Dalam satu hadis Rasulullah yang bermaksud, apabila matinya seorang anak Adam, maka terhapuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoaknnya. Maka jelaslah di sini bahawa ilmu yang diajarkan oleh guru sekiranya digunakan berterusan, maka pahalanya akan mengalir sepanjang zaman. Kesimpulannya, kerjaya guru merupakan satu pekerjaan yang dipandang mulia oleh Allah, bahkan oleh seluruh alam semesta beserta isi di dalamnya.
  • 10. ISU TERKINI DALAM PENDIDIKAN Dunia pendidikan kini semakin digemparkan dengan isu-isu antara murid dan guru. Ada sahaja berita yang terpampang di dada-dada akhbar tempatan, yang disiarkan dalam berita, yang dipampangkan di internet tentang masalah-masalah murid dan guru. Pelajar ugut cikgu, pelajar belasah cikgu,cikgu mendenda pelajar,cikgu cabul dan rogol pelajar, sistem PBS membebankan guru, pelajar ponteng sekolah, pelajar bawa gadget ke sekolah adalah antara tajuk-tajuk utama yang sering terpampang di akhbar-akhbar. Malah mungkin banyak lagi yang tidak di siarkan.
  • 14. Ramai masyarakat di luar sana termasuk lah para ibu bapa yang mendakwa bahawa kerja guru merupakan satu kerja yang mudah. Malah ada yang berpendapat pekerjaan guru menjanjikan kesenangan dan kemewahan. Tetapi tidak ramai yang memahami kerja sebenar seorang guru itu. Ia tidaklah semudah yang disangka. Berikutan kes-kes yang dilaporkan baik yang melibatkan pelajar ataupun guru atau kedua-duanya sekali, cabaran yang dihadapi oleh guru menjadi semakin sukar. Malah beban kerja mereka menjadi semakin banyak. Cabaran yang dihadapi oleh para guru berubah seiring dengan perubahan zaman. Jika dulu murid hanya mendiamkan diri apabila dimarahi, namun sekarang, murid malah bertindak membelasah guru yang memarahi. Malah ada yang sanggup mengugut bunuh guru yang terbabit. Dan ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat.
  • 15. Jika dulu, para ibu bapa sanggup sekiranya anak mereka didenda atau dirotan dan sebagainya, namun kini ibu bapa malah datang ke sekolah dan memarahi guru yang mendenda anak mereka. Ada ketikanya mereka menyalahkan guru atas ketidakcemerlangan anak mereka. Tidak lama dulu kita digemparkan dengan kes guru mendenda murid makan rumput kerana tidak buat kerja sekolah. Luarannya memang guru tersebut salah, tetapi tidakkah kita terfikirkan beban yang ditanggung oleh guru tersebut sehingga menyebabkan beliau bertindak diluar kawalan? Pelaksanaan sistem PBS yang ditangguhkan sementara juga menjadi satu beban kepada guru. Guru-guru terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk memasukkan data bukan sahaja di sekolah, malah di rumah. Masa guru dihabiskan dengan kerja-kerja yang dibawa balik ke rumah sehinggakan masa bersama keluarga terhad. Pengorbanan guru demi untuk membina anak bangsa yang berwawasan tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat. Adakah ini yang dikatakan pekerjaan guru itu sesuatu yang mudah?