Teks pengacara majlis ini boleh digunakan oleh guru-guru ketika mengacarakan LDP atau Kursus Dalaman Guru.
1 of 4
More Related Content
Teks pengacara konsultasi set 2
1. Disediakan oleh : Latifah binti Tarkep / teks 2 SMK Agama Johor
Bahru
TEKS PENGACARA MAJLIS
KURSUS KONSULTASI SIRI ……
SMK AGAMA JOHOR BAHRU
Yang Berbahagia
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….
Penceramah bagi slot konsultasi petang/pagi ini
Yang Berusaha
Pn. Hjh. Mariam binti Hj Ibrahim
Pengetua
SMK Agama Johor Bahru
Yang Berusaha
Pn. Noraini binti Mohamad
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Agama Johor Bahru
Yang Dihormati
En. Azmi bin Mamat
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati
Pn. Norsaleha binti Abdul Ghani
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati
Ketua-ketua bidang, guru-guru cemerlang
rakan-rakan guru dan staf sokongan.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
1
2. Disediakan oleh : Latifah binti Tarkep / teks 2 SMK Agama Johor
Bahru
Assalammualaikum wbh. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul
pada pagi/petang yang bermakna ini
untuk menjayakan Kursus Konsultasi Slot …. Sesi 2009
bertajuk …………………………………………………………………
Majlis amat berbesar hati atas kesudian puan/tuan penceramah
hadir untuk slot konsultasi pada hari ini
Selamat datang kami ucapkan.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon berkat
Semoga majlis sentiasa diberkati
Majlis mempersilakan …………………………………………………
Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
( bacaan doa …)
hadirin hadirat sekelian,
Sebelum kita memulakan slot konsultasi pagi/petang ini
Moleklah kiranya kita berkenalan serba ringkas akan biodata
penceramah kita
Penceramah kita ialah
…………………………………………………………
Berasal dari ……………………………………..
Dan mendapat pendidikan menengah dan rendah
di………………………………………………………….
Kemudian beliau menyambung pengajian peringkat ijazah pertama
di ……………………………………………
dalam bidang …………………………………….
Seterusnya melengkapkan sarjana dalam bidang
……………………………..
Di Universiti
………………………………………………………………….
2
3. Disediakan oleh : Latifah binti Tarkep / teks 2 SMK Agama Johor
Bahru
Beliau pernah mejawat beberapa jawatan dalam bidang pendidikan
seperti
1………………………………………………………..
2………………………………………………………..
3………………………………………………………..
4………………………………………………………..
dan yang terakhir / kini beliau menyandang jawatan sebagai
………………………………………………………………………………
………………
………………………………………………………………………………
………………
Hadirin hadirat sekelian,
Di sini ada pekerja yang tekun berusaha
Di sini ada pentadbir yang tidak pernah kenal erti putus asa
Di sini ada ketua berjasa
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.
Seterusnya
Marilah sama-sama kita menggarap pemikiran
………………………………………………………………………………
bagi memenuhi slot konsultasi pagi/petang ini.
Majlis menjemput dan mempersilakan, puan/tuan.
( slot konsultasi…)
Demikianlah tadi penerangan terperinci
yang telah disampaikan oleh puan/tuan penceramah kita
pastinya kerut-kerut di dahi dan tanda soal yang muncul
pada saat mendengar tajuk slot pagi/petang ini telah dapat
dirungkaikan.
Justeru, sama-samalah kita bekerja bersama, berganding bahu
Untuk meningkatkan kualiti kerja kita secara berpasukan.
Ada padi adalah beras
Bertanak nasi periuk tembaga
Ada budi adalah balas
Orang berbudi kita berbahasa
3
4. Disediakan oleh : Latifah binti Tarkep / teks 2 SMK Agama Johor
Bahru
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami
Dijemput ……………………………………………………..
Untuk meyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada
………………………………………………………………..
dijemput dan dipersilakan.
Rakan-rakan guru dan staf sekelian,
Slot Kursus konsultasi pagi/petang ini akan melabuhkan tirainya.
Yang salah kita betulkan
Yang kurang ditokok
Yang lusuh diperbaharui
Yang koyak ditampal
Yang lapuk dikajangi.
Sebelum bersurai/berhenti rehat
Diharapkan segala kekhilafan sepanjang majlis
dapat ditinggalkan di sini
dan apa yang dibawa pulang
ialah kenangan manis dan ilmu yang berguna.
Akhirul kalam, wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum wbh.
4