ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PENGARAH
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA




Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis



Y.B. Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar



Y.B. Datuk M. Saravanan

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar



Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman

Presiden, Perbadanan Putrajaya



Ketua setiausaha – ketua setiausaha kementerian

Ketua-ketua Jabatan, dif-dif kehormat

Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.




                                                                  1
1.    Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita

dapat bersama-sama dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Raja Nong

Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan

Bandar, yang sudi menerima undangan kami untuk menyempurnakan Majlis

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan

Putrajaya.   Saya   juga   merakamkan   setinggi-tinggi   penghargaan   kepada

Perbadanan Putrajaya yang memberikan kerjasama padu bagi melaksanakan

kegiatan kebahasaan dan menyediakan prasarana yang lengkap agar sambutan

BBK Peringkat Putrajaya ini dapat dijayakan dengan penuh gemilang.



Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,



2.    Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 merupakan penjenamaan dan

perwajahan semula kempen bahasa yang telah diberikan nafas baru yang telah

dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri

Malaysia yang juga merupakan penaung Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.

Majlis pelancaran peringkat kebangsaan telah diadakan di Ipoh, Perak pada 5

Oktober 2010. kegiatan tahunan ini merupakan program bahasa yang sebelum

ini dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) yang telah




                                                                             2
dimulakan pada tahun 1999. Program ini, pada asalnya dikenali dengan nama

Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan

sepanjang dekad 60-an, kemudian Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang

dijalankan pada tahun 1987 hingga tahun 1988, Minggu Sastera Negara dari

tahun 1987 hingga tahun 1998, seterusnya Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor

Swasta dari tahun 1996 hingga tahun 2005.



3.   Sambutan     Bulan   Bahasa    Kebangsaan    (BBK)    bertujuan   untuk

memantapkan, memperkukuh dan menyerlahkan jati diri dan citra bangsa

Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan rakyat

Malaysia. Selain itu, BBK juga dilancarkan untuk mempersegar kecintaan dan

kemegahan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan, mengeratkan dan

memperkukuhkan perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan

kesusasteraan, dan menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera

kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan negara bangsa. Objektif ini

selari dengan Misi Nasional yang tercakup dalam pelan Induk Pembangunan

Pendidikan.



4.   Sambutan BBK ini adalah bertunjangkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa.

Slogan ini merupakan slogan keramat Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah

dicipta sejak tahun awal penubuhannya. Slogan ini wajar diketengahkan semula




                                                                           3
memandangkan pada masa kini kedaulatan bahasa kebangsaan semakin

dicabar dan kedudukannya semakin dipinggirkan dalam arus globalisasi kini.

Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk

membina dan memperkembangkan bahasa dan sastera kebangsaan terus

berusaha mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan.



     Dewan Bahasa dan Pustaka sejak penubuhannya 54 tahun yang lalu,

telah melalui jalan yang panjang, masa yang lama, kesukaran dan cabaran yang

pelbagai dalam memperkasakan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan

Pustaka telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi, sekali gus memasyarakatkan dan mengangkat

persuratan Melayu sebagai citra peradaban bangsa. Bahasa Melayu telah

berkembang maju sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu, bahasa komunikasi

dan bahasa tamadun tinggi, di samping menjadi bahasa pemersatu masyarakat

Malaysia. Natijahnya, perpaduan bangsa dapat diperkukuh, ratusan ribu

graduan, pakar serta sarjana dalam pelbagai bidang ilmu dapat dilahirkan

melalui sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar

bahasa Melayu.



5.   Objektif sambutan BBK ini juga adalah selaras dengan konsep 1Malaysia

yang digagaskan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Razak,




                                                                           4
Perdana Menteri Malaysia. Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan

dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian       yang selama ini menjadi

kekuatan Malaysia serta rakyatnya, dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai

bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran. Sambutan BBK ini juga

mencakupi prinsip 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, kesetiaan

dan integriti. Dengan mengadakan program BBK       ini diharap dapat menjadi

pembentuk jati diri bangsa Malaysia yang harmoni dan berjiwa kebangsaan yang

jitu.



Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,



6.      Tanggungjawab memperkasakan bahasa kebangsaan bukan semata-mata

terletak di bahu Dewan Bahasa dan pustaka, malah menjadi tanggungjawab

seluruh seluruh masyarakat Malaysia – individu, jabatan kerajaan, pertubuhan

bukan kerajaan dan pihak swasta – untuk bersama-sama mendaulatkan bahasa

kebangsaan yang telah diwartakan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152.

Semangat jati diri dan megah bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia,

khususnya di Putrajaya ini dapat diserlahkan melalui majlis ini dan pengisian

program BBK     yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pelancaran

Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah atas komitmen dan




                                                                            5
penyertaan seluruh warga Putrajaya dan masyarakat umumnya. Dengan

kejayaan yang dikecapi lewat 54 tahun ini, kita tidak harus alpa dan lalai akan

cabaran dan ancaman luar ataupun dalaman yang berhasrat untuk menghakis

jati diri bangsa Melayu dan bahasa ibundanya. Penganjuran program ini secara

berterusan dan menyeluruh akan dapat melahirkan generasi baru yang lebih

komited selaku penggerak bahasa, sastera dan budaya negara pada masa akan

datang yang akan memberikan impak kepada keutuhan bahasa kebangsaan.

Sesungguhnya, kecintaan terhadap bahasa Melayu samalah seperti kecintaan

terhadap negara yang perlu dipupuk, disemai dan        dikembangkan dengan

amalan.



7.    Mudah-mudahan melalui sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini

akan dapat mengimbau kembali sejarah kecemerlangan bahasa Melayu pada

zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan Kesultanan-kesultanan Melayu selepas

itu yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa

ekonomi, bahasa persuratan dan bahasa hubungan antarabangsa. Semoga

pengisian program kebahasaan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan

ini dapat menggamit penglibatan seluruh lapisan masyarakat agar terus

memainkan peranan utama dalam pembentukan negara bangsa.




                                                                              6
8.    Akhir kata, saya sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

Yang Berhormat Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah

Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kerana sudi menyempurnakan Majlis

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Putrajaya. Juga jutaan

terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri

Samsudin Osman dan seluruh staf Perbadanan Putrajaya yang berganding bahu

memberikan kerjasama dan komitmen padu bagi menjayakan sambutan ini.

Seterusnya, sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Dewan

Bahasa dan Pustaka yang bersama-sama menguruskan majlis pelancaran ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang turut sama menjayakan

majlis ini, secara langsung atau tidak langsung.



Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.



Sekian. Terima kasih.




                                                                           7

More Related Content

Ucapan aluan

  • 1. TEKS UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PENGARAH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Terima kasih Saudara Pengacara Majlis Y.B. Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Y.B. Datuk M. Saravanan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman Presiden, Perbadanan Putrajaya Ketua setiausaha – ketua setiausaha kementerian Ketua-ketua Jabatan, dif-dif kehormat Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 1
  • 2. 1. Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, yang sudi menerima undangan kami untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya yang memberikan kerjasama padu bagi melaksanakan kegiatan kebahasaan dan menyediakan prasarana yang lengkap agar sambutan BBK Peringkat Putrajaya ini dapat dijayakan dengan penuh gemilang. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 2. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 merupakan penjenamaan dan perwajahan semula kempen bahasa yang telah diberikan nafas baru yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan penaung Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Majlis pelancaran peringkat kebangsaan telah diadakan di Ipoh, Perak pada 5 Oktober 2010. kegiatan tahunan ini merupakan program bahasa yang sebelum ini dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) yang telah 2
  • 3. dimulakan pada tahun 1999. Program ini, pada asalnya dikenali dengan nama Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan sepanjang dekad 60-an, kemudian Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dijalankan pada tahun 1987 hingga tahun 1988, Minggu Sastera Negara dari tahun 1987 hingga tahun 1998, seterusnya Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta dari tahun 1996 hingga tahun 2005. 3. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, BBK juga dilancarkan untuk mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan, mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan, dan menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan negara bangsa. Objektif ini selari dengan Misi Nasional yang tercakup dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 4. Sambutan BBK ini adalah bertunjangkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa. Slogan ini merupakan slogan keramat Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dicipta sejak tahun awal penubuhannya. Slogan ini wajar diketengahkan semula 3
  • 4. memandangkan pada masa kini kedaulatan bahasa kebangsaan semakin dicabar dan kedudukannya semakin dipinggirkan dalam arus globalisasi kini. Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk membina dan memperkembangkan bahasa dan sastera kebangsaan terus berusaha mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka sejak penubuhannya 54 tahun yang lalu, telah melalui jalan yang panjang, masa yang lama, kesukaran dan cabaran yang pelbagai dalam memperkasakan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sekali gus memasyarakatkan dan mengangkat persuratan Melayu sebagai citra peradaban bangsa. Bahasa Melayu telah berkembang maju sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa tamadun tinggi, di samping menjadi bahasa pemersatu masyarakat Malaysia. Natijahnya, perpaduan bangsa dapat diperkukuh, ratusan ribu graduan, pakar serta sarjana dalam pelbagai bidang ilmu dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu. 5. Objektif sambutan BBK ini juga adalah selaras dengan konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Razak, 4
  • 5. Perdana Menteri Malaysia. Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya, dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran. Sambutan BBK ini juga mencakupi prinsip 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, kesetiaan dan integriti. Dengan mengadakan program BBK ini diharap dapat menjadi pembentuk jati diri bangsa Malaysia yang harmoni dan berjiwa kebangsaan yang jitu. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, 6. Tanggungjawab memperkasakan bahasa kebangsaan bukan semata-mata terletak di bahu Dewan Bahasa dan pustaka, malah menjadi tanggungjawab seluruh seluruh masyarakat Malaysia – individu, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta – untuk bersama-sama mendaulatkan bahasa kebangsaan yang telah diwartakan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152. Semangat jati diri dan megah bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di Putrajaya ini dapat diserlahkan melalui majlis ini dan pengisian program BBK yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah atas komitmen dan 5
  • 6. penyertaan seluruh warga Putrajaya dan masyarakat umumnya. Dengan kejayaan yang dikecapi lewat 54 tahun ini, kita tidak harus alpa dan lalai akan cabaran dan ancaman luar ataupun dalaman yang berhasrat untuk menghakis jati diri bangsa Melayu dan bahasa ibundanya. Penganjuran program ini secara berterusan dan menyeluruh akan dapat melahirkan generasi baru yang lebih komited selaku penggerak bahasa, sastera dan budaya negara pada masa akan datang yang akan memberikan impak kepada keutuhan bahasa kebangsaan. Sesungguhnya, kecintaan terhadap bahasa Melayu samalah seperti kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk, disemai dan dikembangkan dengan amalan. 7. Mudah-mudahan melalui sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini akan dapat mengimbau kembali sejarah kecemerlangan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan Kesultanan-kesultanan Melayu selepas itu yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa persuratan dan bahasa hubungan antarabangsa. Semoga pengisian program kebahasaan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini dapat menggamit penglibatan seluruh lapisan masyarakat agar terus memainkan peranan utama dalam pembentukan negara bangsa. 6
  • 7. 8. Akhir kata, saya sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kerana sudi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Putrajaya. Juga jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman dan seluruh staf Perbadanan Putrajaya yang berganding bahu memberikan kerjasama dan komitmen padu bagi menjayakan sambutan ini. Seterusnya, sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang bersama-sama menguruskan majlis pelancaran ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang turut sama menjayakan majlis ini, secara langsung atau tidak langsung. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Sekian. Terima kasih. 7