Menyesal kerana terlanjur menolong tidaklah sebesar menyesal tersilap menghukum. Menolong orang, kalaupun tidak dihargai tetapi pahala di sisi Allah tetap ada. Tersilap menghukum, kalaupun dimaafkan tetapi ia tetap menjejaskan peribadi kita pada mata orang lain! Beribu kali kebaikan yang kita buat mungkin mudah dilupakan oleh orang lain, tetapi sekali kesilapan yang kita buat mungkin sukar dilupakan sampai bila-bila.