際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Maklumat
Tone Excel Sdn. Bhd. (861591-U) ditubuhkan pada tahun 2009, berusaha untuk memajukan
industri telekomunikasi (telefon bimbit) di Malaysia. Misi Tone Excel adalah untuk membantu
setiap individu mencapai kebebasan kewangan melalui konsep pemasaran yang inovatif.
Alamat:
B-2-8 & B-3-8, Jalan 3/149/E,
Taman Sri Indah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling,
Kuala Lumpur
No. Tel.: 03-90543809
No. Faks: 03-90540278
No. Tel. Bimbit: 010-5000969 / 010-5333969
Emel: info@toneexcel.com
Isnin - Jumaat: 9.00pg - 6.00ptg
Sabtu & Ahad : 1.00pg - 6.00ptg
Tone Excel menggabungkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang insurans, pemasaran
rangkaian dan juga perkhidmatan kewangan untuk merumuskan saluran dan strategi baru,
seterusnya memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan.
CEO Tune Talk, Jason Lo dan Pengerusi Tone Excel, Syed Kamaruzaman dalam sesi
tandatangan.
Sesi bergambar kumpulan dari pihak Tune Talk dan Tone Excel selepas sesi tandatangan rasmi.
Pada 10 Februari 2010, Tune Talk Sdn. Bhd. dan Tone Excel Sdn. Bhd. telah mencapai
persetujuan untuk melancarkan satu program kemasyarakatan dikenali sebagai Program Rujukan
Komuniti WOW! Tone Excel. Penyertaan keahlian untuk program ini dipasarkan melalui pelan
pemasaran yang inovatif.
Tone Excel juga telah berdaftar sebagai rakan niaga Lembaga Pelindung dan Kebajikan
Pengguna Malaysia (LPKPM) pada 17 April 2013. Kemunculan Tone Excel dalam usaha
membantu masyarakat untuk menjana pendapatan turut mendapat sokongan daripada Yayasan
Sultanah Bahiyah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.toneexcel.com
Tune Talk Sdn. Bhd. merupakan salah satu cabang perniagaan Tune Group selain Tune Air (Air
Asia), Tune Money, Tune Hotel, Tune Sport, Tune Insurance dan lain-lain. Tune Talk telah
dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2009 di Hangar 2, KLIA Sepang.
Tune Talk merupakan satu lagi perkhidmatan telekomunikasi prabayar mudah alih berdaftar di
bawah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) selain 3 syarikat gergasi
tersohor iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Tune Talk menggunakan awalan nombor 010 (dulu
dikenali/digunakan untuk perkhidmatan ART-900: Celcom di zaman Analog).
Tune Talk dipegang oleh Celcom Axiata Berhad dengan saham sebanyak 35%. 25.1% dipegang
oleh Tune Venture Sdn. Bhd. dan selebihnya oleh Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan, Lim
Kian Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester.
Di dalam 25.1% saham yang dipegang oleh Tune Venture itu terdapat 70% daripadanya di
kuasai oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Dato' Kamarudin Meranun.
Tune Talk ini sebenarnya dikenali sebagai MVNO (Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih) di
mana mereka tidak ada lesen frekuensi radio tersendiri, juga tidak ada sebarang infrastruktur
sokongan seperti network cabin dan juga stesen pemancar, ia menumpang syarikat
telekomunikasi sedia ada yang dipanggil MVNO (Mobile Virtual Network Operator).
Kaedah yang digunakan oleh Tune Talk ini sebenarnya telah lama dipraktikan di United
Kingdom di mana ia telah menjadi satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi komersial yang
berjaya iaitu Virgin Mobile UK yang dilancarkan pada tahun 1999 dan kini mereka telah
mempunyai lebih 4 juta pelanggan.
Di Malaysia, ada beberapa lagi syarikat telekomunikasi MVNO selain Tune Talk. Diantaranya
Salamfone, Happy Prepaid, Altel Communications dan sebagainya.
Tune Talk menandatangani perjanjian MVNO dengan Celcom pada Disember 2008 yang
dipengerusikan oleh Jason Lo, penyanyi berasal dari Sarawak yang berdarah kacukan Cina dan
Irish.
Kerjasama dengan Celcom merupakan satu perkongsian mercu tanda yang mempamerkan
kejayaan jangka masa panjang dan datang bersama-sama pembekal telekomunikasi utama dan
MVNO untuk membawa inovasi dan merevolusikan industri mudah alih di negara ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tunetalk.com
Celcom Axiata Bhd. atau panggilan ringkasnya Celcom (dahulunya dikenali sebagai Celcom (M)
Bhd.) ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli
kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan
syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan
telefon bimbit, Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia
melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan teknologi NMT-900 generasi pertama.
Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara berbanding perkhidmatan mudah alih
telekomunikasi lain di Malaysia. Celcom mengakui liputan GSM dwijalurnya (900/1800 MHz)
telah mencapai 97% populasi Malaysia pada tahun 2006. Seperti pada tahun 2006, Celcom
menawarkan perkhidmatan 2.5G dan 3G melalui jenama pascabayar Minutes dan prabayar Xpax
. Bilangan pelanggan kini kira-kira 7.8 juta, setiap seorang memulangkan RM65. Celcom
mendakwa liputan perkhidmatan telefon mudah alih seluruh negara mencapai 95% termasuk
terdapatnya 3G di kebanyakan tempat di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Kedah dan Pulau
Pinang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.celcom.com.my

More Related Content

Info lengkap toneexcel

  • 1. Maklumat Tone Excel Sdn. Bhd. (861591-U) ditubuhkan pada tahun 2009, berusaha untuk memajukan industri telekomunikasi (telefon bimbit) di Malaysia. Misi Tone Excel adalah untuk membantu setiap individu mencapai kebebasan kewangan melalui konsep pemasaran yang inovatif. Alamat: B-2-8 & B-3-8, Jalan 3/149/E, Taman Sri Indah, Bangunan Endah Promenade, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur No. Tel.: 03-90543809 No. Faks: 03-90540278 No. Tel. Bimbit: 010-5000969 / 010-5333969 Emel: info@toneexcel.com Isnin - Jumaat: 9.00pg - 6.00ptg Sabtu & Ahad : 1.00pg - 6.00ptg Tone Excel menggabungkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang insurans, pemasaran rangkaian dan juga perkhidmatan kewangan untuk merumuskan saluran dan strategi baru, seterusnya memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan.
  • 2. CEO Tune Talk, Jason Lo dan Pengerusi Tone Excel, Syed Kamaruzaman dalam sesi tandatangan. Sesi bergambar kumpulan dari pihak Tune Talk dan Tone Excel selepas sesi tandatangan rasmi. Pada 10 Februari 2010, Tune Talk Sdn. Bhd. dan Tone Excel Sdn. Bhd. telah mencapai persetujuan untuk melancarkan satu program kemasyarakatan dikenali sebagai Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel. Penyertaan keahlian untuk program ini dipasarkan melalui pelan pemasaran yang inovatif. Tone Excel juga telah berdaftar sebagai rakan niaga Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) pada 17 April 2013. Kemunculan Tone Excel dalam usaha membantu masyarakat untuk menjana pendapatan turut mendapat sokongan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah.
  • 3. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.toneexcel.com Tune Talk Sdn. Bhd. merupakan salah satu cabang perniagaan Tune Group selain Tune Air (Air Asia), Tune Money, Tune Hotel, Tune Sport, Tune Insurance dan lain-lain. Tune Talk telah dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2009 di Hangar 2, KLIA Sepang.
  • 4. Tune Talk merupakan satu lagi perkhidmatan telekomunikasi prabayar mudah alih berdaftar di bawah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) selain 3 syarikat gergasi tersohor iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Tune Talk menggunakan awalan nombor 010 (dulu dikenali/digunakan untuk perkhidmatan ART-900: Celcom di zaman Analog). Tune Talk dipegang oleh Celcom Axiata Berhad dengan saham sebanyak 35%. 25.1% dipegang oleh Tune Venture Sdn. Bhd. dan selebihnya oleh Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan, Lim Kian Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester. Di dalam 25.1% saham yang dipegang oleh Tune Venture itu terdapat 70% daripadanya di kuasai oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Dato' Kamarudin Meranun.
  • 5. Tune Talk ini sebenarnya dikenali sebagai MVNO (Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih) di mana mereka tidak ada lesen frekuensi radio tersendiri, juga tidak ada sebarang infrastruktur sokongan seperti network cabin dan juga stesen pemancar, ia menumpang syarikat telekomunikasi sedia ada yang dipanggil MVNO (Mobile Virtual Network Operator). Kaedah yang digunakan oleh Tune Talk ini sebenarnya telah lama dipraktikan di United Kingdom di mana ia telah menjadi satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi komersial yang berjaya iaitu Virgin Mobile UK yang dilancarkan pada tahun 1999 dan kini mereka telah mempunyai lebih 4 juta pelanggan. Di Malaysia, ada beberapa lagi syarikat telekomunikasi MVNO selain Tune Talk. Diantaranya Salamfone, Happy Prepaid, Altel Communications dan sebagainya. Tune Talk menandatangani perjanjian MVNO dengan Celcom pada Disember 2008 yang dipengerusikan oleh Jason Lo, penyanyi berasal dari Sarawak yang berdarah kacukan Cina dan Irish. Kerjasama dengan Celcom merupakan satu perkongsian mercu tanda yang mempamerkan kejayaan jangka masa panjang dan datang bersama-sama pembekal telekomunikasi utama dan MVNO untuk membawa inovasi dan merevolusikan industri mudah alih di negara ini.
  • 6. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tunetalk.com Celcom Axiata Bhd. atau panggilan ringkasnya Celcom (dahulunya dikenali sebagai Celcom (M) Bhd.) ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan telefon bimbit, Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan teknologi NMT-900 generasi pertama. Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara berbanding perkhidmatan mudah alih telekomunikasi lain di Malaysia. Celcom mengakui liputan GSM dwijalurnya (900/1800 MHz) telah mencapai 97% populasi Malaysia pada tahun 2006. Seperti pada tahun 2006, Celcom menawarkan perkhidmatan 2.5G dan 3G melalui jenama pascabayar Minutes dan prabayar Xpax . Bilangan pelanggan kini kira-kira 7.8 juta, setiap seorang memulangkan RM65. Celcom mendakwa liputan perkhidmatan telefon mudah alih seluruh negara mencapai 95% termasuk terdapatnya 3G di kebanyakan tempat di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Kedah dan Pulau Pinang.
  • 7. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.celcom.com.my