2. KONSEP KATA
Unit bahasa yang bebas dan boleh berdiri sendiri
Sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi
yang sesuai, dan mengandungi maksud yang
lengkap
Merupakan satuan yang bermakna kerana setiap
kata memiliki maksud tertentu dan maknanya
dapat diketahui dengan merujuk kamus
Merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk
membentuk kata lain seperti kata terbitan, kata
ganda, kata majmuk, dan kata akronim
3. Dalam ayat, kedudukan kata boleh
berubah-ubah
Pelajar itu pandai. (Konsistuen subjek dalam
ayat)
Guru selalu memuji pelajar pandai itu.
(Konsistuen objek dalam ayat)
Komputer riba itu akan dihadiahkan kepada
pelajar yang paling pandai. (Unsur pelengkap
kepada kata sendi nama dalam ayat )
4. 1.6.1 KATA AKAR
Merupakan kata yang tidak mempunyai
makna yang jelas.
Perlu bergabung dengan morfem lain sama
ada morfem terikat atau morfem bebas yag
lain untuk membentuk perkataan. Contohnya:
5. Kata akar
(Tidak
bermakna)
Penggabungan dengan Morfem bebas / morfem terikat Perkataan
(Bermakna)
tani asas + tani
(morfem bebas + kata akar)
asas tani
pe + tani
(morfem terikat + kata akar)
petani
tapa ber + tapa
( morfem terikat + kata akar)
bertapa
tawa ke + tawa
(morfem terikat + kata akar)
ketawa
igau meng + igau
(morfem terikat + kata akar)
mengigau
renang beR- + renang
(morfem terikat + kata akar)
berenang
jerumus ter + jerumus
(morfem terikat + kata akar )
terjerumus
lanjur ke + ter + lanjur + an
(morfem terikat + kata akar)
keterlanjuran
6. 1.6.2 KATA DASAR
Kata dasar ialah yang menjadi dasar bagi sesuatu
perkataan
Terdapat 6 unsur yang boleh menjadi kata dasar
dalam Bahasa Melayu, iaitu :
Kata akar juang
Kata juang ialah kata
akar
pejuang
Kata juang ialah kata dasar
bagi pejuang
Kata tunggal guru
Kata guru ialah kata
tunggal
perguruan
Kata guru ialah kata dasar bagi
perguruan
Kata
terbitan
perkenan
Kata berimbuhan
memperkenankan
Kata perkenan ialah kata dasar
bagi memperkenankan
7. Kata ganda tinggi-tinggi
Kata ganda penuh
setinggi-tinggi
Kata tinggi-tinggi ialah kata
dasar bagi setinggi-tinggi
Kata majmuk
antarabangsa
kata majmuk
mengantarabangsakan
Kata antarabangsa ialah
kata dasar bagi
mengantarabangsakan
kenal pasti
Kata majmuk
pengenalpastian
Kata kenal pasti ialah kata
dasar bagi pengenalpastian
Frasa
tidak percaya
Frasa
ketidakpercayaan
Frasa tidak percaya ialah
kata dasar bagi
ketidakpercayaan
ke tepi
Frasa sendi nama
mengetepikan
Frasa sendi nama ke tepi
ialah kata dasar bagi
mengetepikan