1. Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau
Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan
Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari
segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan
Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua
ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau
matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan
dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal
A'lamin
2. 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan
lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di
akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasannombor2 : Ahli syurga
mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-
hisab ku di tangan kanan ku ini".Penjelasannombor3 : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan
hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari
terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di
Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku
ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku
melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7: Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi
ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"Penjelasannombor
8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala
hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan
kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu