Terlalu banyak cerita yang ku pendam,
Hingga hanya mampu ku berdiam,
Menghadapinya hanya dengan tangisan,
Bahawa aku lemah tanpa-Nya.
Kami mohonkan ketabahan,
Pada perkara yang diinginkan,
Dan perlu dilepaskan
Hanya kerana mengharap redhamu, Ya Allah.
Wahai Tuhan,
Kami khilaf,
Jangan jadikan hati kami buta,
Tanpa dapat melihat agungnya diri-Mu,
Jangan biarkan kami tuli,
Apabila mendengar peringatan-Mu,
Jangan biarkan hati kami lali,
Atas setiap perintah-Mu pada kami,
~Bantu kami Ya Rabbi. Tatkala hati berbolak-balik, kuatkanlah ia. Tatkala hati kami sakit, sembuhkanlah ia~
~Allah akan menjagamu, andai kau menjaga-Nya dalam hatimu, dalam tiap hirup nafas dan langkahmu~
Sungguh, kitalah m