2. Pengenalan Mata
Pelajaran
Tasawwur Islam
Add a footer 2
Apa Itu Tasawwur Islam
Mata
pelajaran
Elektif bidang
Pengajian
Islam
Kod 5226
dalam
Sijil Pelajaran
Malaysia
(SPM)
Terbuka
kepada semua
pelajar
tingkatan 4
& 5 TANPA
MENGIRA
LATAR
BELAKANG
AGAMA
Silibus
pembelajaran
&
Peluang
bidang
pengajian atau
pekerjaan yang
sangat relevan
dengan IR4.
3. SILIBUS DAN PELUANG
KERJAYA
Add a footer 3
SILIBUS / KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
TASAWWUR ISLAM
Tingkatan 4:
1. Konsep Ketuhanan
2. Konsep Kerasulan
3. Konsep Insan
4. Konsep Alam
5. Tanggungjawab
Memelihara dan
Memulihara Alam
6. Wahyu, Akal, Al-
Quran dan Hadis
7. Ajaran Sesat dan
Pengaruh yang
Merosakkan
Pemikiran
8. Pandangan Hidup
Islam
Tingkatan 5:
1. Ekonomi Islam:
 Islam dan Harta
 Islam dan Hak Milik
 Islam dan Pekerjaan
 Falsafah dan Sistem
Muamalah Islam
2. Falsafah
Perundangan
Islam:
 Perundangan Islam
 Falsafah Ibadat
dalam Islam
3. Penyelesaian
Masalah:
 Asas pertimbangan
penyelesaian
masalah menurut
Islam.
 Isu, masalah dan
cara penyelesaian
menurut Islam.
 Kelebihan
penyelesaian
IJAZAH
SARJANA
IPTA LALUAN
KERJAYA
1. Undang-
Undang
2. Ekonomi
3. Sains
Pentadbira
n
4. Perakauna
n
5. Sains
Sosial
6. Sains
Politik
7. Pentadbira
n
Muamalat
dan
sebagainy
a
1. UIAM
2. UKM
3. UM
4. USIM
5. UiTM
6. KUIS
7. USM
8. UPM
9. UPN
M
1. Peguam
2. Pegawai
ekonomi
3. Akauntan
4. Penasihat
ekonomi
5. Pegawai
tadbir
6. Pengurus
7. Penganali
sis politik
dan
sebagainy
a
4. FOKUS MATA PELAJARAN
TASAWWUR ISLAM
1) Mata pelajaran ini menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang
menyeluruh mengenai Islam meliputi aspek-aspek utama yang sering
dikaitkan dengan suasana semasa dalam konteks Malaysia Hari ini.
2) Pengolahan dibuat berasaskan kepada bidang-bidang utama iaitu Asas
Pemikiran Islam, Pandangan Hidup Islam, Institusi Islam, Ekonomi Islam,
Falsafah Perundangan Islam dan Penyelesaian Masalah. Penyusunan ini
berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
Teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu Islam.
Tasawwur Islam diolah berasaskan bidang-bidang yang lebih sesuai kerana
ia menyepadukan aspek-aspek akidah, ibadah, akhlak, sirah dan Tamadun
Islam.
3) Penawaran mata pelajaran ini terbuka kepada semua pelajar samada Islam
atau bukan Islam kerana kandungannya lebih menumpukan kepada konsep
Islam, tidak kepada aspek peribadatan khusus dalam Islam. Ini adalah
selaras dengan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang
kaum, agama dan kebudayaan dan juga selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
5. FOKUS MATA PELAJARAN
TASAWWUR ISLAM
4) Pelajar perlu memahami persoalan-persoalan dan isu kehidupan
yang luas yang mencorak dan mempengaruhi budaya dan cara
hidup mereka. Semua persoalan ini perlu dilihat dari kacamata
dan pandangan hidup yang luas. Tasawwur Islam boleh memberi
penjelasan yang menyeluruh terhadap persoalan-persoalan di
atas.
5) Budaya negatif yang semakin meningkat di samping kerapuhan
aspek ketahanan dan jati diri di kalangan masyarakat terutama
golongan remaja boleh mengancam budaya dan nilai-nilai hidup
murni masyarakat. Mata pelajaran Tasawwur Islam mampu
menjelaskan peranan dan sumbangan positif Islam terhadap
kemajuan dunia dan keupayaannya menangani cabaran-cabaran
baru yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.
8. OBJEKTIF KAJIAN
• Menjadikan mata pelajaran Tasawwur Islam sebagai salah
satu mata pelajaran teras atau wajib di dalam peperiksaan
SPM.
1
• Meningkatkan prestasi mata pelajaran Tasawwur
Islam dalam peperiksaan SPM.
2
• Mata pelajaran Tasawwur Islam boleh diajar
oleh semua guru opsyen Pendidikan Islam
dan bukan opsyen Pendidikan Islam.
3
9. METODOLOGI
1. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Teori Al-Taswir iaitu
proses mendapatkan gambaran umum sesuatu masalah dengan
mengumpul data dan isi berkaitan untuk menemukan satu hukum
baharu.
2. Rekabentuk kajian adalah kajian kes menggunakan bentuk kajian
kuantitatif dan kualitatif iaitu soalan kaji selidik dan temu bual.
3. Seramai 15 pelajar tingkatan lima dari SMK Bandar Putra Kulai,
Johor dan 15 pelajar tingkatan lima dari SMK Taman Kota Kulai,
Johor telah menjawab soalan kaji selidik yang diedarkan dan dibantu
oleh guru Tasawwur Islam sekolah berkenaan.
4. Data awal dianalisis secara manual yang akan dianalisis sepenuhnya
mengunakan perisian SPSS dan NVIVO.
11. CADANGAN
Menjadikan mata pelajaran Tasawwur Islam
sebagai salah satu mata pelajaran teras
atau wajib di dalam peperiksaan SPM.
Mata pelajaran Tasawwur Islam boleh
diajar oleh semua guru opsyen Pendidikan
Islam dan bukan opsyen Pendidikan Islam.
Promosi dan prestasi mata pelajaran Tasawwur
Islam diperkasakan dari peringkat akar umbi hingga
ke peringkat global meliputi seluruh lapisan
masyarakat dan kaum.