1. PENGALAMAN MELANCONG DI JOHOR
Pada tahun lalu, saya sekeluarga melancong ke Legoland. Kami berjalan di
sekitar Miniland iaitu bangunan-bangunan mercu tanda di 17 negara Asia seperti
Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur, Taj Mahal di India dan sebagainya.
Kami ke Lego Ninjago The Ride menaiki roller coaster dengan system 4D
tercanggih di Asia. Kemudian kami ke Lego Kingdoms yang menempatkan istana-
istana permainan, jualan makanan dan cenderahati.
Seterusnya kami ke Lego Technic mendengar taklimat pembelajaran dan
perlumbaan lego. Kami ke Land of Adventure dan Lego City menaiki roller coaster
yang mencabar dan menaiki keretapi mengelilingi Legoland.
Kami ke Taman Tema Air menaiki lungsur air dan mandi manda. Kemudian,
kami menukar pakaian dan menunaikan solat berjemaah. Tepat jam 6.00 petang, kami
pulang ke rumah dengan perasaan gembira.