UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA MENGGUNAPAKAI SISTEM TORRENS BAGI MENGIKTIRAF HAK MILIK TANAH. NAMUN BEGITU, PRINSIP EKUITI AKAN DIGUNAKAN JIKA TERDAPAT LAKUNA DALAM SISTEM PERUNDANGAN NEGARA.
1 of 14
Downloaded 16 times
More Related Content
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di Malaysia
1. Pemakaian Prinsip Ekuiti Dalam
Sistem Torens Di Malaysia:
Analisis Kes Berkaitan
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD IRFAN BIN SHAFIE (16BI01159)
MUHAMMAD AMIRUL AKMAL BIN ISMAIL (16BI01087)
Semester 6LE
2. Pengenalan
• MALAYSIA mengguna pakai undang-undang inggeris; common law, ekuiti dan
perundangan.
• Ekuiti: kesaksamaan atau keadilan asasi. Prinsip-prinsip yang diturunkan oleh
mahkamah chancery sebelum 1873.
• Tujuan ekuiti:
1. Menambahkan hak-hak remedi yang baru kepada common law.
2. Memberi kelonggaran kepada prinsip common law yang terlalu ketat dan tiada
tolak ansur
• Pemakaian undang-undang inggeris di malaysia berkuatkuasa melalui seksyen 3
dan seksyen 5 akta undang-undang sivil 1956.
• Syarat :
1. Terdapatnya lakuna dalam sistem perundangan di negara
2. Bersesuaian dengan kehendak atau nilai-nilai masyarakat tempatan
3. Sejarah Ekuiti
mahkamah-mahkamah
CL gagal memberi tebus
rugi dalam beberapa kes
yang tebus rugi
dikehendaki.
Pihak litigan yang
kecewa telah merujuk
kepada raja untuk
mendapatkan relif luar
biasa
raja melalui Canselornya
menubuhkan sebuah
Mahkamah Chancery untuk
menerima dan meyelesaikan
petisyen-petisyen.
berbidangkuasa untuk mengendalikan
perkara-perkara yang mana CL tidak
memperuntukkan remedi dan perkara-
perkara yang walau pun ada namun
tidak mencukupi atau tidak sesuai
dalam kes-kes tertentu.
persaingan yang sengit.
Hakim-hakim Chancery
dan common law
mengeluarkan
keputusan-keputusan
yang bercanggah.
Pertelingkahan berakhir dalam kes
Earl of Oxford. ; atas syor peguam
negara Sir Francis Bacon, James 1 : kes
percanggahan atau perbezaan di
antara kaedah common law dan
kaedah ekuiti, maka kaedah ekuiti
yang akan diutamakan.
Sehingga tahun 1875,
Judicature Act 1873 telah
menghapuskan Mahkamah
Common Law dan
Mahkamah Chancery yang
lama dan digantikan dengan
Mahkamah Supreme Court
Of Judicature yang tunggal
dan setiap cawangan
mempunyai kuasa penuh
untuk mentadbir kedua-dua
common law dan ekuiti.
4. Sistem pentadbiran tanah di malaysia
• Prinsip undang-undang tanah yang diamalkan di Malaysia adalah berasaskan
kepada prinsip Torrens; daftar sebagai salah satu cara pengiktirafan hak milik.
• segala urusniaga tanah yang dibuat perlu didaftarkan bagi menjamin kesahannya
dari segi undang-undang
• Pendaftaran akan memberi kesan pemilikan atau kepentingan yang tidak boleh
disangkal terhadap individu yang namanya tercatat sebagai pemilik dalam
dokumen pendaftaran.
• Kes-kes mahkamah yang memakai prinsip ekuiti dan mengenepikan Torrens
menunjukkan wujud pengecualian ekuiti terhadap prinsip tidak boleh disangkal
• Sistem torens yang diguna pakai dalam undang-undang tanah di Malaysia
tidaklah dipakai secara menyeluruh dan ekslusif tetapi bersifat terbuka dan
memberi ruang kepada pemakaian prinsip-prinsip lain seperti ekuiti.
5. Pemakaian ekuiti
• wujud konflik sama ada ekuiti boleh diguna pakai dalam pentadbiran tanah di
Negara.
• Malaysia menggunakan prinsip perundangan tanah yang berasaskan kepada
sistem Torrens dan mempunyai satu kod perundangan tanah iaitu Kanun Tanah
Negara 1965
• Akta Undang-undang Sivil 1956, seksyen 6 menjelaskan bahawa sebarang prinsip
perundangan tanah Inggeris tidak boleh diguna pakai di dalam sistem
perundangan tanah di Malaysia.
• dipakai bersama S3 AUS 1956; ada lacuna & mengikut norma masyarakat.
• Walau pun pada awalnya mahkamah tempatan dan Majlis Privi enggan
membenarkan pemakaian prinsip ekuiti Inggeris berkenaan dengan undang-
undang tanah, namun sedikit demi sedikit mahkamah telah mengubah pendirian
mereka dengan membenarkan pemakaian prinsip ekuiti di dalam undang-undang
tanah di Malaysia.
6. Remedi Ekuiti
INJUNKSI
perintah mahkamah yang menghendaki seseorang individu
atau organisasi sama ada melakukan sesuatu atau untuk
menghalang daripada melakukan sesuatu.
PELAKSANAAN SPESIFIK
• Perintah mahkamah yang mengarahkan defendan untuk
melaksanakan kontraknya.
• Beroperasi terhadap keseluruhan kontrak dan bukan
sekadar sebahagian daripada perjanjian sahaja.
7. PEMBATALAN
• Remedi yang digunakan untuk mengetepikan kontrak dan memulihkan
pihak-pihak ke keadaan pra-kontrak mereka.
• Ekuiti menuntut keupayaan untuk mengetepikan kontrak di mana urus
niaga tersebut dicemari oleh apa yang dikenali sebagai faktor yang
merosakkan.
• Dasar untuk pembatalan termasuklah salah nyataan, kesilapan fakta atau
undang-undang, pengaruh tidak berpatutan dan pelanggaran tugas
fidusiari
PEMBETULAN
• Pembetulan merujuk kepada penulisan semula dokumen untuk bersetuju
dengan apa yang dipersetujui oleh pihak-pihak
• untuk membetulkan kesilapan yang dibuat
• Pembetulan kerap berlaku apabila suatu terma diabaikan dari kontrak
bertulis disebabkan kesilapan pihak-pihak.
• kes: Oh Hiam Lwn Tham Kong
10. SENTUL MURNI SDN BHD v AHMAD
AMIRUDDIN BIN KAMARUDDIN & ORS [2000] 4
MLJ 503 (Hak dari segi ekuiti)
• Perayu adalah pemilik berdaftar sekeping tanah.
• Perayu telah memfailkan satu tuntutan terhadap responden-responden
mendakwa mereka semua adalah penceroboh dan memohon milikan
kosong.
• Responden menafikan tuduhan perayu dan menyatakan bahawa mereka
adalah pemilik sah tanah tersebut sebagai pemegang lesen berserta ekuiti.
• Responden menegaskan pendudukan mereka diatas tanah tersebut
diketahui serta dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri .
• Pendudukan mereka diiktiraf oleh kerajaan dan mahkamah memutuskan
menolak rayuan perayu.
11. Neo Kock Cher & Anor v Huang Sheng
Industries Sdn Bhd [2012] MLJU 993 (ganti
rugi ekuiti)
• Defendan di dalam kes ini merupakan pemilik tanah yang disewakan
kepada Plaintif.
• Di dalam kes ini telah digugurkan tuntutan pencerobohan dan kacau
ganggu dan bersetuju untuk menghadkan isu hanya terhadap tuntutan
hutang ekuiti.
• Isu yang menjadi pertikaian di dalam kes ini:
Isu yang pertama ama ada tuntutan Plaintif untuk wang sejumlah
RM450,000 sebagai ekuiti boleh dibernarkan
Isu yang kedua pula ialah sama ada Plaintif perlu membayar Defendan-
Defendan hutang sewa dan sewa dua kali ganda (mens profit) selepas
Plaintif bersetuju menyerahkan milikan kosong tanah tersebut kepada
Defendan-Defendan.
12. Samb..
• Mahkamah sebelum ini telah terkhilaf dengan memberkan pampasan
ekuiti bernilai 50,000.00.
• Mahkamah telah menolak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dan
memutuskan untuk membenarkan rayuan defendan dengan kos RM
1,500.00.
13. Husam Bin Musa lwn Mohd Yasin Bin Yusof
[2018] MLJU 497 (Remedi Injunksi Ekuiti)
• Plaintif merupakan ADUN Salor yang menduduki tanah Allahyarham
Ahmad Rosli dan Defendan merupakan Setiausaha Kerja Badan
Perhubungan Kelantan dan juga Tuan Berdaftar Tanah tersebut.
• Plaintif telah mendapat izin pemilik tanah asal untuk menduduki
tanah tersebut dan membuat penambahbaikan keatas premis 1
tingkat diatas tanah tersebut serta pembinaan bangunan 3 tingkat.
• Plaintif telah diarahkan mengosongkan hartanah tersebut dan tidak
berpuas hati telah memohon injunksi di mahkamah.
• Mahkamah memutuskan diatas imbangan kesenangan dan menolak
permohonan plaintif dengan kos.
14. KESIMPULAN
• Penggunaan prinsip ekuiti ini hanya apabila terdapat lacuna dalam
perundangan Negara dan mestilah mengikut norma masyarakat setempat.
Berdasarkan s3 dan s5 Akta Undang-Undang Sivil.
• Prinsip ekuiti masih tetap boleh digunakan penggunaan prinsip ekuiti
adalah setakat keadaan di mana prinsip perundangan tanah Negara di
bawah Kanun Tanah Negara tidak bercanggah dengan prinsip ekuiti yang
khususnya diguna pakai bagi perundangan Inggeris. Berdasarkan s6 Akta
Undang-Undang Sivil.
• Sistem Torrens yang diamalkan di Malaysia bukanlah satu sistem yang
eksklusif dan mutlak, tetapi masih memberi ruang kepada pemakaian
prinsip undang-undang lain yang sesuai.