1. http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2012/10/nota-
ringkas-edu3105-teknologi.html
Nota Ringkas EDU3105 Teknologi Pendidikan
BAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P
1.0 PENGENALAN & KONSEP TEKNOLOGI
1. Gailbrath (1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau
pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara sistematik
sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga
tugas tersebut mencapai kejayaan.
2. Evan &Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itu digunakan
untuk tujuan-tujuannya.
3. Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan
alat atau bahan itu mencapai kejayaan.
1.1 PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM P&P
1. Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap
ilmu pengetahuan.
2. Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 Definisi pertama tentang
teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual.
3. Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994
Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan
kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.
4. Teori Kognitif dan Konstruktif Mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus,
menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain.
1.2 DOMAIN TEKNOLOGI DALAM P&P
1. Fasa Pertama (AECT) 1977 Pengurusan pengajaran, Pengembangan pengajaran, dan
Sumber pembelajaran.
2. Fasa Kedua (Seel dan Richey) 1994 Teori dan amalan berhubung dengan reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk
pembelajaran.
PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P
1. Pembelajaran Kendiri
2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3. Peluang Belajar Untuk Semua.
2. BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)
2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk
perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
2. 3 kategori RP :
RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)
RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)
RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)
3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:
Reka bentuk sistem pengajaran
Reka bentuk strategi
Reka bentuk mesej
Ciri-ciri pelajar
2.2 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Richey (1986) menggariskan 6 elemen asas, iaitu :
Menentukan keperluan pelajar
Menentukan matlamat dan objektif
Membina prosedur penilaian
Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
Mencuba sistem pengajaran
Menilai keseluruhan sistem
2. Gustalfon (1991) membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :
Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)
Produk
Sistem
2.2.1 MODEL ADDIE
- Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas
kepada semua model RP.
A(Analysis) - Analisis
D(Design) - Bentuk
D(Development) - Perkembangan
3. I(Implementation) - Pelaksanaan
E(Evaluation) - Penilaian
2.2.2 MODEL ASSURE
- Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.
- Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.
A (Analyses learner) Analisis pelajar
S (State objectives) Nyatakan objektif
S (Select method, media and materials) Pilih kaedah, media & bahan sumber
U (Utilise media and materials) Gunakan media & bahan sumber
R (Require learner response / participation) Libatkan pelajar
E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula
2.2.3 MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)
Tentukan matlamat pengajaran
Laksanakan analisis pengajaran
Kenal pasti ciri-ciri pelajar
Bentuk objektif pengajaran pembelajaran
Pilih kaedah pengajaran
Sediakan bahan pengajaran
Rancang dan laksanakan penilaian formatif
Rancang dan laksanakan penilaian sumatif
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
1. Meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur
3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh
2.3 REKA BENTUK MESEJ
1. Heinech et al (2002) media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.
2. Reiser dan Gagne (1983) media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej
disampaikan.
3. Torkelson (1972) membahagikan media kepada 3 komponen :
Mesej isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan.
Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yg sebenar,
dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.
4. Saluran mesej alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalam bentuk
elektrikal, mekanikal dan digital.
4. Gagne dan Briggs (1974) 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :
Perkataan / struktur bahasa
Bentuk bunyi bukan bahasa
Perkataan bercetak
Gambar statik
Gambar bergerak
Sampel sebenar
BAB 3 MEDIA PENGAJARAN
1. Media = Medium yg bermaksud sesuatu saluran komunikasi yg membawa maklumat.
2. Berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan dengan ini
meningkatkan pemahaman pelaja terhadap isi pengajaran.
3. Teknologi memungkinkan proses P&P berlangsung tanpa kehadiran guru.
4. Media pengajaran yg mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan
media yg disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain.
5. Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran,
pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian.
6. Percival dan Elington (1984) mengetengahkan 2 bentuk media :
Saluran Komunikasi radio, televisyen dan suratkhabar;
Alatan Fizikal Teknologi filem, slaid, gambar, pita rakaman dll.
7. Media dalam pengajaran sesuatu alatan yg berupaya menyalurkan mesej pengirim
kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan
menarik perhatian penerima.
FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembantu Guru
Pengganti Guru
Pembelajaran Berasaskan Projek
Media Dalam Pendidikan Khas
Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh
Media Dalam Folio Pembelajaran
Media Penyebar Ilmu
5. 3.3 JENIS DAN KLAFIKASI MEDIA
1. Hoban dan Zissman (1937) meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung
pada tahap realistiknya.
2. Pengalaman Konkrit pengalaman sebenar yg dialami oleh pelajar dan ia semakin
berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.
3. Pengalaman Abstrak pengalaman yg dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual
@ verbal yg perlu ditafsirkan.
4. Jenis dan klafikasi media :
Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem)
Orang (guru, pelajar & orang ramai)
Objek / Model yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
Teks (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)
Visual (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll)
Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)
BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE
4.1 PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
1. Gagne (1985) pembelajaran berlaku sebagai satu proses yg berkembang secara
berperingkat.
2. Events of Instruction : -
i. Tarik perhatian pelajar.
ii. Beritahu objektif pembelajaran.
iii. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
iv. Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran-pembelajaran.
v. Bimbing pembelajaran pelajar.
vi. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
vii. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
viii. Taksir pencapaian pembelajaran.
ix. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.
4.2 MODEL ASSURE
1. Analisis Pelajar
Berdasarkan aspek-aspek berikut :
Ciri-ciri umum pelajar
Pengetahuan / pengalaman sedia ada
Gaya pembelajaran pelajar
6. 2. Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran
Penyataan objektif yg baik mengandungi 4 kriteria :
Kumpulan pelajar
Bentuk tingkah laku baru
Situasi @ Syarat perlakuan
Tahap pencapaian minimum perlakuan
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Proses pemilihan merangkumi 3 langkah :
Penentuan kaedah ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar
& objektif pembelajaran.
Pemilihan format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yg
hendak disampaikan.
Pemilihan bahan sumber memilih bahan sumber sedia ada, mengubahsuai bahan
sumber sedia ada & merekabentuk bahan sumber baru.
4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru :
Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas.
Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran yg sesuai untuk penggunaan bahan sumber.
Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran
Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan
dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar.
6. Nilai dan Semak Semula
Penilaian semasa proses dan selepas proses P&P membolehkan guru membuat pembetulan,
penambahbaikan, dan tindakan susulan yg sesuai.
BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK
5.1 GRAFIK
1. Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @ citra yg
menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea
daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P).
7. 2. Grafik suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk
menyampaikan informasi @ mesej
3. Media elektronik grafik interakrif @ grafik multimedia
4. Multimedia perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan
sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio dan
video.
PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK
Akal (kreativiti)
Mata
Tangan
Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll)
Komputer, dll.
FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN
1. Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi
yg berbeza.
2. Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana
pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.
5.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK
1. Titik
- penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam
ruang. - tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah,
secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.
2. Garisan - percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. - kombinasi gari
membentuk imej 2D dan 3D.
Rupa geometri rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap.
Rupa organik rupa-rupa yg bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yg tetap.
Chang Hon Woon (1997) garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan
pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta
ruang, dan menimbulkan jalinan.
3. Permukaan - beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau
mendatar. - contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding)
dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).
4. Bentuk - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
8. 5. Ruang - kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai
jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda.
Ruang nyata ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar
bersifat 3D.
Ruang tampak ruang ilusi yg timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar, lukisan dll.
6. Warna - pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan.
Warna asas Biru, Merah dan Kuning.
Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah =
Jingga.
Warna tertier Warna Asas + Warna Sekunder.
- fungsi warna melahirkan kesan @ pengaruh tertentu.
- mewujudkan perasaan harmoni.
5.5 Prinsip Reka Letak Visual
1. 6 prinsip asas reka letak visual CASPER
C (Contrast) Kontras
A (Alignment) Seimbang
S (Simplicity) Simplisiti (Keep It Simple and Stupid)
P (Proximity) Kumpulan item yg berkaitan bersama jarak
E (Emphasis) Fokus kepada item utama
R (Repetition) Berulang grafik
2. Tipografi suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang yg
tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa untuk membaca
semaksimum mungkin.
i. Stail Fon : Roman fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada
hujungnya. Sans serif fon ini tidak mempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif goresan
tangan, miring ke kanan.Egyption ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi. Dekoratif
pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada.
ii. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan 6 ke 72 poin.
BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI
6.2 BAHAN 2 DIMENSI (2D)
則 Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.
則 Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.
Bahan Bercetak
9. Buku teks asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.
Bahan bacaan percuma brosur, risalah dll.
Kelebihan :
- Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
- Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.
- Boleh dialih.
- Murah dari segi penghasilan / percuma.
Kelemahan:
- Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
- Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).
- Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).
- Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.
Carta
Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan /
bertulis.
Jenis-jenis Carta :
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.
Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan
sebagainya.
Carta tabular / jadual mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam
bentuk jadual.
Carta aliran carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran sesuatu
aktiviti.
Graf
Perwakilan visual data numerikal.
Jenis-jenis Graf :
Graf bar menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian bar mengukur
kuantiti yg ingin diwakili.
Graf garisan graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.
Graf pai satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili
sebahagian peratus daripada keseluruhan.
Gambar
Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan untuk
memudahkan pemahaman pelajar.
10. Kelebihan :
- Murah dan mudah diperoleh.
- Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
- Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
- Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
- Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.
Kekurangan :
- Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
- Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
- Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
- Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.
Peta
Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, dan warna.
6.3 BAHAN 3 DIMENSI (3D)
則 Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.
則 Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan
model-model).
Realia
Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah.
Zukowski-Faust (1997) objek konkrit dan paraphernalia kehidupan.
Model
Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil.
Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan.
Ciptaan Objek Tiruan
Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran.
Diorama
Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar.
Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang.
Tujuan mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @ menggambarkan masa
depan.
Meja Pasir
Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika.
11. KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P
1. Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.
2. Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
3. Mengembangkan kemahiran dan konsep.
KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3DDALAM P&P
1. Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
2. Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
3. Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.
BAB 7 ASAS FOTOGRAFI
7.1 SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI
- Photography secara literal bermaksud menulis dengan cahaya.
- Sekitar abad 17-18, kamera Abscura dicipta untuk kemudahan melukis imej
berbantukan cahaya.
- Sekitar 1888, George Eastmen mencipta kamera Kodak.
- Tahun 1900, kamera Mammoth dicipta (beratnya 1400 paun).
7.2 KOMPONEN ASAS KAMERA
LENSA
則 Lensa, @ dikenali sebagai kanta, digunakan untuk membentuk imej yg jelas di atas
permukaan filem di dalam kamera.
Jenis-jenis Kanta :
1. Lensa Bidang Luas (Wide Angle Lens)
Ukurannya 6 mm 45 mm.
Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yg luas.
2. Lensa Biasa (Standard / Normal Lens)
Ukurannya 43 mm 50 mm.
Sudut pandangan sisesuaikan dengan pandangan biasa mata.
3. Lensa Foto Jauh (Telefoto)
85 mm 120 mm : untuk gambar potret.
135 mm 200 mm : sesuai untuk sukan.
300 mm 600 mm : sesuai untuk pergerakan, alam semula jadi, dan hidupan liar.
4. Lensa Zoom
12. Gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit. 28 mm 50 mm : sudut luas ke normal
50 mm 100 mm : normal ke sederhana 70 mm 200 mm : normal ke jauh 135 mm
300 mm : sederhana ke jauh
Sesuai pada subjek yg berubah-ubah dengan cepat.
則 Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa (kanta) dari permukaan filem supaya
satu imej subjek yg jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.
APERTUR (SAIZ BUKAAN LENSA)
1. Apertur ialah gegelang yg boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal
kemasukan cahaya yg akan menuju ke filem.
2. Skala pada apertur ini berukuran / ditanda dengan f @ f/stops.
3. Skala pada apertur akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, dan 22. (skala dari besar
ke kecil).
SHUTTER (PENGATUP)
1. Shutter @ pengatup ialah sebuah tingkap yg menutup permukaan filem daripada terkena
cahaya.
2. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yg sesuai untuk
mendapatkan gambar foto yg baik.
3. Indeks kelajuan pengatup B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, dan 2000 yg
bermaksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup.
4. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih
indeks kelajuan maka lebih lama dedahan dibenarkan.
FILEM
1. Filem ialah kepingan plastik khas yg mempunyai satu permukaan bahan kimia (silver
halide crystals) yg peka cahaya.
2. Kepekaan filem disukat berdasarkan skala :
ASA (American Standard Association)
JIS (Japan Industrial Standards)
DIN (Deutche Industrie Norme)
ISO (International Organization of Standardization)
3. Jenis-jenis filem :
Filem hitam putih negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih.
Filem warna negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni.
Filem slaid Filem positif untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.
13. Kepekaan Filem
則 Kadar kepekaan filem yg berlainan ukuran adalah tidak sama.
則 Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya.
則 Dedahan cahaya yg tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tiga faktor
utama : - sensitiviti / kelajuan filem - bukaan apertur lensa - kelajuan shutter.
LAMPU FLASH
Banyak teknik yg boleh dipraktikkan ketika menggunakan flash :
1. Halaan terus ke objek (direct flash)
2. Halaan pantulan (bounce flash) sesuai untuk potret
3. Penggunaan filter pada flash
4. Flash berkembar beri tambahan cahaya
5. Simbahan manual sesuai dengan teknik low shutter speed
7.7 JENIS KAMERA
Ada beberapa jenis kamera yg terdapat di pasaran.
Antaranya ialah :
Kamera piring (disk)
Kamera segera (instant) @ polaroid
Kamera katrij (catridge)
Kamera pembalikan
Kamera format besar (large format view)
KAMERA KOMPAK (KAMERA FOKUS TETAP)
則 Tidak mempunyai mekanisme fokus, sebaliknya yg ada hanya sebuah penilik pandangan yg
kedudukannya jauh sedikit dari lensa.
則 Mempunyai apertur pelaras yg mudah dengan simbol.
KAMERA SATU LENSA REFLEKS (SLR)
則 Tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah depannya. Ia hanya mempunyai
tingkap menenang di sebelah belakang.
則 Sistem lensa yg boleh ditukar ganti.
則 Kegemaran jurufoto profesional dan penggiat seni foto.
KAMERA DIGITAL
則 Mempunyai sensor elektronik yg menggantikan filem.
則 Pengguna dapat melihat dengan segera imej, menyimpan, memadam, @ merakam semula.
則 Menggunakan sistem CCD (charge-coupled-device) bagi menukar imej cahaya kepada
signal @ informasi digital.
14. 則 CMOS (complementary metal oxide semiconductor) digunakan bagi kamera yg berharga
murah.
則 Camcorder juga boleh menghasilkan imej pegun, tetapi resolusinya agak kasar. Imej tidak
jelas apabila diperbesar saiznya.
7.8 TEKNIK PENGGAMBARAN
Secara umum :
1. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik
punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom @ kelajuan
shuttle yg perlahan.
2. Jangan menghalang bidikan bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap @
terlindung.
Teknik Jarak Dekat
Imej yg dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yg membantu P&P apabila
guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar.
Teknik Jarak Sederhana Untuk Foto Pemandangan
Sangat sesuai dijadikan BBM kerana imej yg menyeluruh itu meluaskan
pemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara.
Teknik Panning Foto Aksi @ Sukan
Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shutter pada
kelajuan shutter yg agak perlahan.
Hasilnya, imej objek yg bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yg statik akan
kelihatan kabur.
7.9 MUAT TURUN IMEJ
1. Muat turun imej ke komputer
2. Muat turun imej dari telefon bimbit
3. Menggunakan mesin pengimbas
PERANAN FOTOGRAFI DALAM P&P
1. Menarik minat pelajar.
2. Meningkatkan pemahaman pelajar terhada sesuatu konsep @ tema.
3. Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong penerokaan dan
perkembangan idea pelajar.
4. Memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa
pelajar.
15. BAB 8 PENGGUNAAN OHP DAN TRANSPARENSI
PROJEKTOR OHP
1. Suatu alat pengganti papan tulis yg dapat memprojeksikan imej dari transparensi ke skrin.
2. Jenis model OHP jenis meja dan jenis mudah alih (boleh dibuka pasang, ringan dan
mudah di bawa ke mana-mana).
Panduan Menggunakan OHP
1. Projektor dan skrin perlu diletakkan pada kedudukan yg betul dan sesuai untuk
mengelakkan dua bentuk keystone.
2. Pastikan jarak antara projektor dengan skrin disesuaikan supaya imej yg dipancarkan itu
memenuhi seluruh kawasan skrin.
3. Pastikan permukaan lensa platen dan kepala adalah bersih.
Kelebihan :
- Pengganti kepada papan tulis.
- Memudahkan pengawalan bilik darjah.
- Mengekalkan komunikasi lisan dan bukan lisan dengan pelajar.
- Mudah disimpan dan boleh digunakan secara berulang-ulang.
- Tidak memerlukan kemahiran teknikal yg kompleks.
Kelemahan :
- Memerlukan kuasa bekalan elektrik.
- Kos agak tinggi untuk membeli alat membuat transparensi normal, transparensi untuk
fotokopi dan cetakan.
- Jika projektor tidak diletakkan dengan betul, masalah keystone akan berlaku.
- Perlu mempunyai kemahiran grafik untuk menghasilkan transparensi yg sempurna dan
bermutu.
TRANPARENSI OHP
Prinsip Asas dalam Penyediaan Transparensi OHP
1. Jangan cuba masukkan terlalu banyak maklumat dalam satu transparensi.
2. Reka letak transparensi harus sistematik.
3. Pastikan semua bahan pameran dalam transparensi dapat diprojeksikan pada skrin.
Cara Penyediaan Transparensi OHP
1. Secara Write-on @ Tulis Terus - memerlukan pengguna menggunakan pen tranparensi
untuk menulis pada transparensi.
2. Jenis Termal @ Peka Haba - mempunyai permukaan bersalut lapisan bahan kimia
termal. - dimasukkan ke dalam alat pembuat stensel.
3. Dicetak dan Salinan Foto - dicetak terus @ salinan foto amat jelas. - menggunakan
mesin fotostat @ pencetal laser berwarna.
16. Teknik untuk Persembahan Transparensi OHP
1. Tranparensi Urutan / Progresif - untuk memperkenalkan isi pelajaran secara urutan.
2. Transparensi Tindih-tindan - membolehkan tokok tambah maklumat sehingga
memberikan gambaran secara keseluruhan secara bersistem dengan bantuan tranparensi
tindan.
3. Penggunaan Animasi - boleh dibuat melalui OHP seperti dalam persembahan aliran dan
pergerakan.
Keberkesanan OHP bergantung pada :
a) Tulisan pada transparensi harus sesuai dan jelas.
b) Jarak antara baris sesuai.
c) Bahan pada transparensi tidak padat dan hanya terdiri daripada isi-isi penting sahaja.
BAB 9 BAHAN AUDIO
9.1 PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID
1. Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam
saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah,
memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), dan
bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
2. Mendengar pula berlaku secara psikologi bermula apabila seseorang itu menyedari dan
memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.
Kemahiran Bahasa
則 Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yg dimiliki oleh kanak-kanak
mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.
Kejelasan Punca Audio
則 Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar
dengan jelas dan memahami mesej yg hendak disampaikan.
Nada Audio yg Tidak Sekata (Monotonous)
則 Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.
Kesediaan Mendengar
則 Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka
memahami mesej yg hendak disampaikan.
Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P
ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).
9.2 PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKAN
Langkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio :
Langkah 1 : Tetapkan matlamat.
17. Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan.
Langkah 4 : Menulis skrip.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan.
Langkah 6 : Membuat rakaman. Langkah 7 : Prebiu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.
9.3 FORMAT AUDIO
Format-format audio :
Kaset audio
Kaset mikro
Fonograf @ piring hitam
Cakera padat @ CD
9.4 PENERBITAN AUDIO
Untuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti
berikut :
Mikrofon. (rujuk ms 146-148)
Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
Pita audio @ kaset audio.
Studio (tempat rakaman yg khusus)
Bilik kawalan (pilihan)
Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
Muzik (sebagai muzik latar)
Kabel.
9.5 PENGADUN SUARA
1. Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input yg boleh dilaras bahananya
dan satu output.
2. Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.
3. Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan membuat latihan
membaca skrip.
Singkatan-singkatan yg perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda menyediakan skrip :
1. FI (Fade In) Muzik masuk perlahan-lahan.
2. FO (Fade Out) Muzik hilang perlahan-lahan.
3. FUp (Fade Up) Muzik menaik perlahan-lahan.
4. FD (Fade Down) Muzik menurun perlahan-lahan.
5. BG (Background) Muzik latar.
18. 9.6 SUNTINGAN
Boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisian Sound Forge.
(rujuk ms 151-157)
息 Azure PISMP 4.02 (25-28/10/2009)
9.7 FORMAT FAIL AUDIO
1. Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
2. Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)
3. Sound (SND)
4. Roll (ROL)
5. Wave (WAV)
6. Sun Audio (AU)
7. Voice (VOC)
8. MPEG Level 3 (MP3)
9. RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)
BAB 10 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN
10.1 VIDEO DALAM P&P
1. Video media bergerak yg realistik dan sangat bermanfaat dalm penyampaian sesuatu
mesej kepada penonton.
2. Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah seperti letupan
gunung berapi, bom atom dll.
3. Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat, serta memanipulasi ruang.
4. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi.
10.2 KAMERA DAN PERAKAM VIDEO
1. Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder.
2. Imej yg dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukar
kepada beberapa siri signal elektronik. Signal ini kemudian dipancar dan dirakamkan ke atas
pita magnetik. Pada masa yg sama, bunyi yg dikesan sebagai signal elektronik melalui
mikrofon bina dalam, juga akan dirakam di atas pita yg sama.
3. Sekiranya ingin membeli camcorder, perlulah mengambil kira perkara-perkara yg berikut :
Format storan.
19. Warna dan resolusi.
Intensiti cahaya kamera video yg baik memerlukan pengcahayaan yg sedikit untuk
menghasilkan rakaman yg berkualiti.
Cip CCD lagi banyak mempunyai cip CCD, semakin baik resolusi dan warna yg
dapat dirakamkan.
Input dan Output iaitu aksesori seperti audio, video, mikrofon, headphone dan
punca kuasa luar.
10.3 JENIS-JENIS KAMERA VIDEO
Kamera Video Analog
則 Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
則 Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yg pelbagai format seperti VHS,
VHS-C, Hi 8, dan U-matic.
Kamera Video Digital
則 Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
則 Menngunakan kaset video dalam saiz kecil yg biasanya dalam format DVC (Digital Video
Cassette).
則 Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire.
則 Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer.
10.4 BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KAMERA VIDEO
1. Butang Zoom merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara
fizikal.
2. Gelang Fokus melakukan fokus secara manual.
3. Sensor dedahan (exposure) mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa
yg sesuai dengan intensiti cahaya.
4. Shutter kelajuan shutter yg tinggi memerlukan lebih banyak cahaya, menyebabkan
apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.
5. Butang White Balance untuk mencipta keseimbangan warna yg menarik tetapi mungkin
bukan warna asal.
6. Alat rakam suara untuk merakam suara semula jadi.
10.5 MEDAN JELAS
1. Medan jelas jarak di antara subjek yg kelihatan jelas.
2. Medan jelas bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus.
3. Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya, terutama apabila memfokus
20. subjek yg dekat.
4. Sebaliknya, sekiranya bukaan apertur kecil, maka imej ketajaman atau kejelasan yg
dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas.
10.6 JENIS-JENIS SHOT
Full Length Shot (FLS)
Long Shot (L/S)
Knee Shot (KS)
Waist Shot (WS)
Bust / Medium Close-up Shot
Close Up Shot (C/UP)
Big Close Up (BC/U)
Extra Big Close Up (EBC/U)
10.7 JENIS-JENIS PERGERAKAN KAMERA
Panning
則 Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam.
則 Untuk merakam imej objek yg bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.
Pergerakan Tilting
則 Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membanding beza dua
objek yg berlainan saiz.
Pergerakan Dolly
則 Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)kamera yg dipasangkan di atas tripod
beroda.
Pergerakan Truck
則 Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.
則 Biasanya, merakam objek yg bergerak @ berjalan.
10.8 MERANCANG PENERBITAN BAHAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN
1. Tetapkan tujuan dan objektif.
2. Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan.
3. Pilih bahan-bahan yg sesuai.
4. Menulis skrip.
5. Bersedia membuat penggambaran.
6. Sediakan bahan-bahan grafik.
7. Sediakan bahan dan peralatan.
8. Mulakan penggambaran.
9. Menyunting.
21. 10. Membuat rakaman audio.
11. Prebiu.
12. Gunakan dalam pengajaran.
13. Penilaian dan penambahbaikan.
10.9 MENYUNTING VIDEO
1. Teknik asas menyunting video menggunakan hanya sebuah pemain video dan
sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-dua perlu disambungkan dengan
AV cable.
2. Menyunting dalam kamera shot dan panjang shot ditentukan semasa rakam dibuat.
3. Assemble editing shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yg dikehendaki.
4. Teknik sisipan rakaman baru dilakukan pada pita asal.
5. Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting. (rujuk ms 180-181)
6. Menyunting berbantukan komputer. - Windows Movie Maker (ms 182-191) - VCD
Cutter v.4.04 (ms 191- 195)
BAB 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK) DALAM P&P
1.Pemprosesan menggunakan menggunakan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas
menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.
Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara
elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari
papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).
2.Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan
sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi pengajaran.
Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video
untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.
3.Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor
untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.
Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan
akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.
Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata,
memberikan gred, menyusun serta menyaring data.
Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan, mengurus,
22. dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.
Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat
dengan pencarian kata-kata kunci.
5.Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yg boleh mengintegrasikan kombinasi
unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej
yg ada ciri interaktif.
Projek multimedia interaktif yg dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P.
Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan
pelajar yg pelbagai kecerdasan.
6.Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik,
interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar
boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-
paced dan self-directed).
7.Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia
memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.
Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.
Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.
8.Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar
meneroka maklumat.
Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut
minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.
Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia dll.
BAB 12 ISU-ISU & TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN
HAK CIPTA TERPELIHARA
則 Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.
則 Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dilindungi di
bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).
KESELAMATAN
則 Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara.
KERAHSIAAN
23. 則 Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat / objek,
bahan bertulis sperti peta.
KAWALAN KENDIRI
則 Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan
proses-proses pemikiran.
TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN
則 Penggunaan Media Tradisional secara Berterusan
則 Pembelajaran Elektronik sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar
luar kelas formal.
PERUBAHAN DALAM PERANAN GURU
則 Sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak dalam era perkembangan teknologi.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
則 Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas.