2. Pengurusan Kesihatan
ï‚— Mengikut WHO kesihatan didefinisikan
sebagai satu keadaan yang sempurna dari
segi fizikal mental /emosi, rohani dan
sosial.
ï‚— Kesihatan juga merupakan satu proses
dinamik yang sentiasa berubah serta boleh
diperoleh melalui pemupukan ilmu
pengetahuan, sikap, amalan yang seimbang
dan berterusan.
3. Sambungan konsep……….
ï‚— Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan
merupakan keadaan kesejahteraan fizikal,
mental dan sosial bukan hanya sekadar
bebas dari penyakit sahaja.
ï‚— Sekiranya salah satu daripada unsur- unsur
yang disebutkan mengalami gangguan
bermakna individu tersebut tidak sihat.
4. Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak
ï‚— Mengawal vector dan agen yang menyebabkan
penyakit.
ï‚— Menyediakan air yang mencukupi
ï‚— Mewujudkan persekitaran kerja yang sihat.
ï‚— Mengawal pencemaran.
ï‚— Mempastikan persekitaran prasekolah
ï‚— yang sihat,selesa dan selamat.
ï‚— Mempastikan sanitasi makanan dan minuman yang
baik.
5. Keselamatan Di Prasekolah
ï‚— Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-
langkah yang dilaksanakan oleh individu atau
kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan
seperti kemalangan, kematian atau kecederaan.
Tanpa perlindungan
ï‚— keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang
atau mudah terdedah kepada sesuatu yang
memudaratkannya sama ada secara sedar atau
tidak.
6. Sambungan………….
ï‚— Tanpa keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak
dijalankan secara berkesan kerana dihantui oleh
kebimbangan dan takut yang tidak menentu.
ï‚— Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil
hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya
dapat memenuhi tuntutan keperluan
ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari
resah, bebas dari ketakutan di mana semuanya
merupakan aspek keselamatan.
ï‚— Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu
keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.
7. Prinsip keselamatan kanak-kanak:
ï‚— Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.
ï‚— Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh kanak-
kanak.
ï‚— Pastikan lantai kelas tidak licin.
ï‚— Ruang dapur adalah tempat larangan dan bukan
laluan bagi kanak-kanak.
ï‚— Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup, alat
permainan perlu dipastikan keselamatannya.
ï‚— Kawasan perlu berpagar.
8. Sambungan………………
ï‚— Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya
2 kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang
mana prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :
a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak jauh di
luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul.
b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.
c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan
bergerak secara tenang jika berlaku kecemasan.
d) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.
9. Pertolongan Cemas
ï‚— Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk
mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat
penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang
mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang
malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau
kecederaan.
ï‚— Pertolongan cemas memiliki batasannya yang
tersendiri, kerana bukan semua penyelamat
merupakan ahli paramedik atau pun doktor, namun
begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan
amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang
menyeluruh.
10. Prinsip-prinsip pertolongan cemas
1. Menyelamatkan nyawa mangsa
2. Mengelakkan komplikasi atau keadaan
3. Jangan panik dan perlu bertenang.
4. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan
mengikut tertibnya dengan logik.
5. Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau
dapatkan bantuan secepat mungkin.
6. Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota yang
patah, jangan gerakkan mangsa tersebut.
11. Pengurusan Makanan
ï‚— Konsep Makanan dan Pemakanan
ï‚— Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh
dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk,
tekstur, bau dan rasa.
ï‚— Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat
atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status
kesihatan seseorang akan menentukan keperluan
pemakanannya.
12. Konsep makanan dan pemakanan
dalam pendidikan di prasekolah
ï‚— Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
ï‚— Membina kelaziman dan minat kanak-
kanak supaya makan makanan berkhasiat.
ï‚— Meningkatkan proses perkembangan dan
pertumbuhan yang positif.
ï‚— Memelihara adab sopan dan peraturan
makan.
13. Sambungan……………
ï‚— Berpeluang memperoleh bimbangan ilmu
pengetahuan tentang pemakanan, vitamin dan
nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup
yang sihat.
ï‚— Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan
rezeki yang diberi.
ï‚— Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak
dari segi fizikal, emosi atau rohani.